返回总目录
Bagaimanakah Allah memberi wahyuNya?
Terjemahan kepada siri risalah-risalah

Bagaimanakah Allah
Mendedahkan DiriNya?
(HOW DOES GOD REVEAL HIMSELF?)

Umat Muslim dan Kristian sama-sama menuntut
bahawa mereka masing-masing memelihara pegangan iman Nabi Ibrahim
(as). Kedua-duanya menuntut bahawa Nabi-nabi mereka dan tulisan
mereka telah memelihara wahyu Tuhan atau Allah dengan tepatnya.
Tetapi apakah ertinya Wahyu bagi kedua-kedua umat
ini? Kita semua yang ingin menyembah Tuhan Maha Esa Yang Benar
bersetuju bahawa Tuhan mestilah mendedahkan ataupun
memperkenalkan diriNya kepada kita. Kita tidak dapat
menemuiNya dengan daya usaha kita sendiri tetapi
sebaliknya kita perlukan pendedahan wahyuNya kepada kita. Tetapi
bagaimanakah telah Allah memberi wahyuNya?
Surah 42 ayat 51-52 (Terjemahan Al-Qur'anul Karim)
Tidak adalah bagi manusia, bahwa Allah bercakap-cakap dengan dia,
kecuali dengan wahyu atau dari balik dinding, atau Dia utus
seorang utusan(malaikat) lalu utusan itu mewahyukan dengan
izinNya apa-apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Dia Mahatinggi
lagi Mahabijaksana. Demikianlah Kami wahyukan kepada engkau suatu
ruh (Quran yang menghidupkan hati) dari perintah Kami. Engkau
belum tahu, apakah kitab dan apakah iman ? Tapi Kami jadikan
dia(Quran) jadi nur (cahaya penerangan), Kami tunjuki dengan dia,
siapa yang Kami kehendaki diantara hamba-hamba Kami.
Pandangan Islam Mengenai Wahyu
Pandangan Kristian Mengenai Wahyu
Isa Al-Masih (as), Kalimat Allah
Perbandingan yang lebih sesuai
-
Surah 42 ayat 51-52 dengan jelas menyatakan bahawa Allah
s.w.t. tidak bercakap dengan manusia melainkan melalui suatu ruh
Quran yang menghidupkan hati. Inilah sebabnya Allah
'mendedahkan' diriNya melalui Nabi-nabi terpilih yang digelar
Rasul yang bererti yang diutus. Nabi-nabi
ini hanya manusia sahaja dan terhad kebolehan mereka. Wahyu dalam
Islam ialah daripada Allah kepada manusia melalui nabi-nabi.
Wahyu terakhir dan yang paling utama, menurut Islam, adalah
Al-Quran. Ia diturunkan kepada Muhammad di antara 610-632
TM, melalui malaikat Jibril dalam proses yang dipanggil Nazil
(untuk menurun tanzil ) yang membawa erti wahyu
secara kata-demi-kata.
Renungilah papan yang terjaga (lauh-mahfuz) di syurga (surah
85 ayat 21,22). Papan-papan ini, di atas mana Al-Qur'an dikatakan
ditulis untuk sediakala; tidak pernah diciptakan. Oleh kerana
Allah adalah abadi dan tidak ada permulaanNya pula, adalah logik
bahawa Al-Qur'an pun sama-sama abadi dan tidak ada titik
permulaannya. Wahyu yang akhir ini yang dibawa melalui
perantaraan nabi Muhammad s.a.w. adalah suci dan tidak dapat
didugai atau dikritik oleh manusia. Jadi Al-Qur'an yang kita
miliki hari ini adapun suci dan muktamad dari sediakala dan tidak
boleh diubahkan teksnya.
Kita sepatutnya menyanjung al-Quran ini yang diturunkan Allah
dan janganlah mempersoalkan hujah-hujahnya. Dapatkah seorang
hamba mempersoalkan pemiliknya? Tidak! Jadi seorang Muslim tidak
boleh mempersoalkan al-Quran.
Di sini, orang-orang Muslim menanyakan umat Kristian:
Bagaimanakah dengan Al-Kitab kamu? Marilah kita
berbanding Al-Qur'an dengan Al-Kitab (Bible).
Malangnya, tempat ini kurang tepatnya untuk memulakan
perbincangan kita. Bagi umat Kristian, untuk membandingkan
Al-Kitab/Bible dengan Al-Quran akan membawa kepada kefahaman yang
kurang tepat mengenai konsep 'Wahyu'.
Menurut kefahaman Kristian, Allah tidak mendedahkan diriNya
dalam satu cara sahaja, tetapi dalam beberapa cara-cara yang
lain, misalnya:
- Ciptaan alam semulajadi, iaitu akibat
daripada kuasa gubahan ilahi.
- Peristiwa-peristiwa, apabila berlakunya
mukjizat-mukjizat yang menakjubkan dan apabila Tuhan
telah mencelahi secara langsung di dalam urusan manusia.
- Rasul-rasul. Melalui utusan-utusan yang
telah diberikan kepada mereka.
Wahyu-wahyu ini semua ada pada kita. Akan tetapi kerana
pengingkaran Adam di Taman Firdaus, umat manusia telah
pun dicemari oleh dosa. Ini telah menutupi fikiran kita
dan inilah yang menggugat kita dari mengenal Allah (2
Korintus 4 ayat 4). Akibatnya, manusia sejagat telah
dengan sentiasa gagal mengenal Tuhan. Oleh kerana manusia
telahpun tercela dan dicemari akibat dosa ini, fahaman
berhala dan penyembahan berhala yang kufur bermula dan
penghayatan Tuhan Allah yang Maha Esa tidak tercapai.
Akibatnya, Allah telah membuat pilihan muktamadNya. Dia
telah menjelma sebagai seorang manusia dan telah
berbicara kepada kita, secara langsung. Oleh kerana sifat
Tuhan Allah, Dia sahaja yang dapat menjelma secara
langsung kepada manusia, dan hanya Allah saja yang berhak
bercakap bagi pihak diriNya sendiri. Kalau kamu cuba
memberitahu saya siapa itu Allah semestinya kamu akan
gagal. Saya dan kamu hanya manusia yang fana, lagipun
kita dicemari dosa dan kita memutarbelitkan wahyu Tuhan
yang sebenarnya. Allah sendiri seharusnya membuat
perhubunganNya dengan kita kerana semua Nabi-nabi dan
pengantara yang lain tidak sempurna untuk menjadi
'saluran' bagi jelmaan Ilahi itu! Maka inilah cara
keempat Allah telah 'bercakap'
- Hazrat Isa, yang juga bergelar Kalimat
Allah, telah menjelmakan Tuhan Allah kepada kita
dengan sempurnanya.
Isa Al-Masih itu, tidak lain dan tidak bukan daripada
penjelmaan Allah sendiri kepada umat manusia. Dia telah menolak
semua pengantara-pengantara yang lain untuk berbicara kepada kita
secara langsung. Di dalam Al-Masih ini sajalah, dapat manusia
mengenal Tuhan.
Isa Al-Masih sendiri telah mengisytiharkannya, Filipus,
seorang hawariyun dan pengikut hazrat 'Isa telah memintakan satu
wahyu daripadanya, dan Hazrat 'Isa menjawab kepadanya "Sudah
lama Aku bersama-sama kamu semua, dan kamu belum mengenal Aku
juga, Filipus? Orang yang sudah melihat Aku juga, sudah melihat
Bapa (iaitu Allah). Mengapa kamu berkata, "Tunjukkanlah Bapa
kepada kami"? Filipus, tidakkah kamu percaya bahawa Aku
bersatu dengan Bapa, dan Bapa bersatu dengan Aku? (Yahya 14 ayat
9-10)
Marilah kita membandingkan Wahyu Hazrat 'Isa (as) dengan
wahyu-wahyu Allah yang lain.
- Ciptaan Tuhan. Ia mengisytiharkan
keagungan Allah, tetapi hakikat ini dipercayai dan
dipegangi oleh para munafik dan penyembah-penyembah
berhala juga. Apakah para munafik ini mengecam siapa Dia
Allah dengan sempurnanya? Tidak. Mereka perlukan sesuatu
yang lebih tinggi dari alam semulajadi untuk memberitahu
mereka Siapakah Allah itu.
- Mukjizat-mukjizat mensahkan yang
seseorang Nabi itu diutus Allah. Tetapi
perhatikanlah 'nabi-nabi' yang meluahkan ajaran-ajaran
munafik yang menentang Allah yang sebenar dengan
menyatakan terdapat banyak 'tuhan' dan dewa-dewa yang
lain, ada pula di antara mereka menuntut diri mereka
sebagai Tuhan! Ada pendita-pendita ugama Hindu dan ugama
Buddha yang melakukan mukjizat sehingga menakjubkan
orang-orang yang mencurigai mereka. Jadi adakah
mukjizat-mukjizat mencukupi untuk membuktikan seseorang
nabi itu diutus Allah? Tidak, kita memerlukan lebih
daripada itu.
- Al-Kitab, sebagai koleksi kata-kata nabi-nabi
dan rasul-rasul yang diutus adalah
Firman Allah yang utuh dan tidak bercela. Ia merupakan
saksi Allah kepada KalimatNya Hazrat 'Isa (surah 4 ayat
171). Hazrat 'Isa sendiri berkata bahwa Al-Kitab/Bible
secara keseluruhannya telah menyatakan tentang diriNya :
"Sebenarnya Al-Kitab memberikan kesaksian tentang
Aku" (Yahya 5 ayat 39). Al-Kitab bukannya penghujung
di dalam pemahaman kita mengenai Wahyu, tetapi pangkal
jalannya pula, satu 'papan tanda' yang mengacu arah kita
kepada 'Isa Al-Masih. Akan tetapi, daya minda kita
semata-mata tidak mencukupi bagi mengenal Allah dengan
menyelidiki sebuah buku walaupun kita begitu alim, serius
dan bertekad di dalam penyelidikan kita itu. Jadi, hanya
melalui Roh Allah, boleh kita mengenal 'Isa Al-Masih di
dalam ayat-ayat Al-Kitab.
Kita boleh faham kalau bagi umat Islam, fahaman ini mungkin
mengelirukan dan mengancam. Untuk menjelaskan kebenaran ini kita
perlukan satu perspektif dan sudut pandangan yang lebih sesuai.
Satu kebiasaannya ialah untuk membandingkan Al-Qur'an dengan
Al-Kitab, tetapi sebaliknya kita harus membandingkan Al-Qur'an
dengan 'Isa Al-Masih sendiri, oleh kerana kedua-dua Kitab suci
ini telah pun memberi gelaran "Kalimat Allah" kepada
Hazrat 'Isa iaitu sebagai satu wahyu yang tulen kepada umat
manusia.
Lazimnya, kebanyakan orang Islam telah cuba membandingkan nabi
Muhammad dengan 'Isa Al-Masih dan Al-Qur'an dengan Al-Kitab
(Bible) (lihat carta)
| PERBANDINGAN YANG LAMA |
Kedua-duanya adalah: |
| Al-Qur'an dengan Al-Kitab |
Kitab-kitab semata-mata |
| Muhammad dibandingkan dengan Isa
Al-Masih |
Manusia |
Tidak hairanlah umat Islam dan Kristian telah mengadakan
perbincangan yang kurang bermanfaat! Satu pendekatan yang lebih
tepat ialah untuk membandingkan apakah wahyu Allah yang teragung
di dalam fahaman Islam dengan wahyu Allah yang teragung menurut
fahaman Kristian. Menurut kategori-kategori ini, perbandingan
yang lebih sesuai ialah diantara: Al-Qur'an dengan 'Isa Al-Masih,
Muhammad dengan rasul-rasul 'Isa atau hawari-hawari, Al-Kitab
(Bible) dengan Hadith, Tarikh, sira dan Tafsir.
| PERBANDINGAN YANG LEBIH SESUAI |
Kedua-duanya adalah: |
| Al-Qur'an dengan Isa
Al-Masih |
Wahyu Allah teragung |
| Muhammad dengan rasul-rasul
Hazrat 'Isa |
Pelapor-pelapor wahyu (Reporters of the Revelation |
| Hadith, Tarikh, Sira dan Tafsir
dengan Al-Kitab/Bible |
Ajaran-ajaran dan sejarah catatan Wahyu itu |
Walaupun kaedah ini membolehkan kita saling memahami sesama
sendiri, kita harus memerhatikan bahawa Injil menyatakan
terutamanya mengenai Isa (as) sendiri lebih daripada cara
hidupNya. Hadis dan Sira, sebaliknya membincangkan cara hidup
Muhammad, perbuatan-perbuatannya dan cuma sedikit saja mengenai
penafsiran tentang apa yang diucapkannya.
Dalam sebarang perbincangan di antara umat Islam dengan
Kristian, kita haruslah membandingkan Isa Al-Masih dengan
Al-Qur'an, bukanlah Al-Kitab/Bible dengan Al-Qur'an. Umat
Kristian tidak merujuk kepada Al-Kitab tetapi menganggap Isa
Al-Masih sebagai Wahyu Allah yang muktamad. Isalah merupakan
Kalimat Allah yang muktamad dan sesiapapun dapat mengenalNya
melalui pertolongan Ruh Allah -yang akan mendedahkanNya melalui
catitan-catitan Injil dan juga melalui pengalaman peribadi.
Itulah sebabnya bagi pendirian kami bahawa Injil adalah
catatan yang diilhamkan Allah yang tidak tercemar, dan
mengandungi sejarah perbuatan-perbuatan dan kata-kataNya sehingga
peristiwa-peristiwa kelahiran, kehidupan dan kebangkitan Isa
Al-Masih. Hanya dia sahaja, apabila kita mendekatinya dengan
iman; akan mendedahkan Allah kepada kita. Allah adalah jauh lebih
besar dan di luar jangkauan ungkapan-ungkapan penjelasan manusia.
Dia telah menjelmakan diriNya sendiri kepada kita.
Pada hari ini, Ruh Allah masih memimpin jiwa-jiwa yang sedang
mencari kebenaran kembali kepada Isa Al-Masih di mana Allah telah
menjelmakan diriNya. Kami harus membiarkan mereka yang berpuas
hati dengan wahyu yang didakwa diturunkan Allah bergantung kepada
kesaksian kata-kata seorang manusia bagi menaruh iman mereka
dalam risiko. Akan tetapi, kami tidak puas hati dengan hakikat
yang kurang daripada pendedahan secara langsung dengan Allah
yang.telah menjelmakan diriNya!
Menurut perbandingan-perbandingan ini, tiada persaingannya di
antara kedua-dua wahyu ini - Isa Al-Masih dengan Al-Qur'an.
Al-Qur'an hanya merupakan sebuah Buku yang ketulenannya
bergantung semata-mata kepada seorang manusia fana yang berdosa
yang telahpun mengakuinya (Surah 80 ayat 1-3). Ini tidak mungkin
menyaingi Isa Al-Masih, yang disanjungi bersama-sama oleh umat
Islam dan Kristian sebagai tidak berdosa, iaitu penjelmaan Allah
sendiri-Wahyu yang paling sempurna.
"Pada masa lampau, banyak kali Allah
berfirman kepada nenek moyang kita melalui nabi-nabi dengan
berbagai-bagai cara. Tetapi pada zaman akhir ini Dia telah
berfirman kepada kita melalui Anak-Nya.Melalui Anak-Nya inilah
Allah menciptakan alam semesta. Allah sudah menetapkan bahawa
Anak-Nya inilah yang berhak memiliki segala sesuatu pada
akhirnya." (IBRANI 1 ayat 1-2).

[English]
[Malay]
[Answering Islam Main Site.] [Homepej-homepej
Bahasa Melayu]