返回总目录
Wafatnya al-Masih Isa ibnu Maryam
Wafatnya al-Masih Isa ibnu Maryam
- Pandangan Daripada Sumber-Sumber Islam
Nabi Isa adalah satu-satunya al-Masih
yang telah dijanjikan Allah. Kewafatannya merupakan satu tajuk yang menarik
sekali di kalangan umat Islam. Ada yang berhemat bahawa dia tidak mati
dibunuh tetapi diselamatkan oleh Tuhan di saat-saat terakhir, ada pula
yang berkata sememangnya al-Masih `Isa ibnu Maryam itu sudah pun mati dengan
kerelaan Tuhan, dan al-Quran sendiri telah mengesahkan hakikat ini secara
muktamad.
Kita akan merujuk kepada beberapa
sumber-sumber yang sahih lagi berautoriti dan berwibawa seperti al-Quran
ul-Karim,
Hadith-hadith sahih serta
tafsir-tafsir Ulamak-ulamak ahlus sunnah wa'l jamaah yang terkenal.
Pandangan dan Tafsiran Ulamak-ulamak
Islam hari ini.
I. Ulamak - ulamak dari Tanah Suci Arab
1. Di dalam bukunya "The Message of the Quran"
(Utusan al-Quran) yang diterbit oleh the Muslim World League of Makka
pada
dahun 1964, penulisnya, Muhammad Asad menterjemahkan Surah 3 ayat
55 kepada Bahasa Inggeris seperti berikut :
"Lo! God said: O Jesus! Verily, I shall cause thee to die, and exalt thee
unto Me."
Terjemahannya :
"Allah berkata: 'Ya 'Isa, sesungguhnya Aku mewafatkan engkau
dan meninggikan (darjat) engkau kepadaKu.."
Surah 5:117 pula diterjemahkan seperti berikut :
"And I bore witness to what they did as long
as I dwelt amongst them; but since Thou hast caused me to die,
Thou alone hast been their keeper. For Thou art witness
unto everything".
Terjemahannya :
"Dan Aku menjadi saksi atas mereka , selama aku
hidup bersama mereka. Tatkala Engkau mewafatkan aku, Engkaulah mengawas
mereka. Engkau menjadi saksi atas tiap-tiap satu."
Pada nota kaki kepada surah 4 ayat 157 (yang menyangkal penyaliban
Nabi Isa), penterjemah ini telah memberi penjelasan seperti berikut :
"Begitulah al-Quran kononnya menafikan cerita
penyaliban Hazrat Isa. Di kalangan umat Muslim terwujud banyak cerita-cerita
dongeng yaitu kononnya disaat-saat terakhir Allah telah menggantikan Nabi
Isa dengan seorang lain yang menyerupaibeliau (mengikut cerita sesetengah
orang, orang itu Yudas, seorang pengikutnya). Orang ini telah mati
disalib pula.
Tetapi, cerita-cerita dongeng ini tidak ada sokongan
sedikit pun daripada al-Quran mahu pun daripada Hadith-hadith yang sahih.
Oleh itu, segala-gala cerita ini yang dipergunakan oleh ahli-ahli tafsir
klasik haruslah ditolak sebulat-bulatnya."
Nota kaki yang berikutnya pula mengandungi kata-kata :
"Tidak terdapat di mana-mana tempat di dalam
al-Quran apa-apa alasan bagi menyokong pendapat sesetengah para Muslim
bahawa Allah telah mengangkat jasad Nabi Isa secara jasmaniah kedalam
Syurga."
2. Dalam Tafsir al-Qurannya, Ulamak Abdul Rahman Sa'di
pula telah berkata bahawa :
"Allah telah memuliakan Isa dengan memperbanyakkan
murid-muridnya di dunia ini, semasa hayatnya dan juga selepas kematiannya
(mamat)."
(Tafsir al-Manan, diterbitkan di Makka)
II. Ulamak-ulamak dari Mesir.
1. Ulamak Mesir yang terkenal Mufti Muhammad Abduh
mempercayai bahawa Isa telah meninggal dunia:
i. "Dalam kitab Tafsir al-Manar, guru dan Imam
Muhammad Abduh, setelah mengambil maksud jelasayat tersebut dan menyatakan
bahawa perkataan tawaffa di dalamnya membawa maksudnya yang
jelas yakni 'membunuh'. 'Diangkatkannya' (raf'a) pula
mengikuti selepasnya dan ini pula bermaksud kemuliaan rohaniah."
(Qasas al-Anbiya oleh Abdul Wahab al-Najar,
ms. 428)
ii. "Tawaffa disini bererti membunuh atau
mematikan seperti di fahami secara jelas dan biasa."
(Al-Manar)
2. Syaikh Mahmud Shaltut, bekas Mufti Besar
Mesir dan bekas Rektor (Ketua universiti) Universiti al-Azhar,
Kaherah, telah mengeluarkan satu fatwa
seperti berikut:
i. "Tidak terdapat alasan (autoriti) berasaskan
kepada al-Quran atau pun Sunnah yang boleh membenarkan kepercayaan
bahawa 'Isa telah diangkat ke Syurga dengan jasadnya dan beliau masih hidup
disana dan beliau akan turun ke bumi dari sana pada Hari Qiyamat."
(Al-Fatawa, diterbitkan oleh Al-Idara
al-‘Ama lil-Saqafat al-Islamiyya bil-Azhar, ms. 52-58)
ii. "Ayat-ayat al-Quran dalam nas tersebut (QS.4/157)
menunjukkan bahawa Tuhan telah menjanjikan 'Isa bahawa beliau akan diwafatkan
pada waktu yang ditetapkan, kemudian dimuliakan (diangkatkan) kepada hadhirat
Allah (swt) sendiri dan seterusnya dilindungi daripada musuh-musuhnya.
Janji ini sudah pun termakbul, Tuhan telah pun mewafatkan beliau dan
seterusnya memuliakannya ke dalam hadirat Allah s.w.t."
(Al-Fatawa, diterbitkan oleh Al-Idara
al-‘Ama lil-Saqafat al-Islamiyya bil-Azhar, ms. 52-58)
3. Al-Ustaz Mustafa al-Maraghi:
i. Ustaz Mustafa memberi tafsirannya mengenai ungkapan,
Ya
'Isa inna mutawaffi-ka
Dia menyatakan :
"Dalam ayat ini terdapat berita baik mengenai
kejayaan `Isa di atas komplot musuh-musuh Yahudinya, serta hayat `Isa mencapai
waktu penamatannya. Tawaffa membawa maksud kewafatan atau kematian
sebagai insan di dunia ini. Dan raf`(kebangkitan) pula merujuk kepada
keadaan roh selepas kematian. Maksudnya ialah "Saya akan mewafatkan ('mematikan')
kamu (mumitu-ka), dan selepas kematianmu (maut) saya akan
membawa kamu menaiki suatu kedudukan yang mulia di sisi Ku. Saperti mana
Tuhan telah melakukan kepada Nabi Idris: 'Dia telah mengangkatkannya (iaitu
Nabi Idris) kepada suatu kedudukan yang mulia'."
(Tafsir al-Maraghi, bahagian iii, ms.
165)
ii) Surah Ali-Imran 3 ayat 14 berbunyi :
"Sesungghnya kamu (Muhammad) telah bercita-cita
hendak mati sebelum menemuinya,sesungguhnya kamu sudah melihatnya, sedang
kamu memperhatikannya."
Di dalam penjelasan ayat al-Quran ini, beliau telah menulis
:"Ini bermaksud bahawa Nabi Muhammad itu hanya insan yang fana dan akan
meninggal dunia seperti manusia yang lain juga. Ada rasul-rasul yang lain
juga yang telah mati sama seperti manusia biasa yang lain. Ada yang telah
mati dibunuh seperti Zakaria dan Yahya. Tiada ada satu pun di antara rasul-rasul
Allah yang dapat hidup selama-lamanya. Jadi, jika Nabi Muhammad saw sendiri
meninggal dunia,ini sama sahaja seperti Musa, Isa (as) dan Nabi-nabi
yang lain sebelumnya."
(Tafsir al-Maraghi, bahagian iv, ms.
87)
4. Ulamak Muhammad
Farid Wajadi pula memberi ulasan kepada pandangan para ahli tafsir
dan para pengkaji al-Quran yang lain seperti berikut:
"Ada ahli2 tafsir yang menyatakan bahawa Allah
telah mematikan 'Isa sama seperti Dia menamatkan hayat manusia biasa yang
lain. Kemudian rohnya diangkatkan ke Syurga.Ini dibuktikan oleh kata-kata:
'Inni mutawaffi-ka wa rafi'u-ka ilayya.'"
(Da’irat-ul-Mu‘arif, Islamic Encyclopedia,
vol. vi,ms. 784)
III. Ulamak-ulamak dari Lubnan dan negeri-negeri
lain.
1. Ahli tafsir Lubnan yang terkenal Ahmad Al-`Ajuz
bertulis :
"'Isa sememangnya sudah mengalami kematian mengikut
firman Allah inni mutawaffi-ka yang bererti :'Saya akan mewafatkan
kamu (mumitu-ka). Kematian (maut) adalah sesuatu yang semestinya
berlaku, seperti mana Allah telah mengucap melalui mulut Hazrat `Isa (as)
sendiri:'Salam sejahtera bagiku pada hari aku dilahirkan, pada hari
aku diwafatkan dan pada hari aku dibangkitkan hidup semula'."
Ditandatangani oleh : Ahmad Al-`Ajuz.
2. Al-Ustaz Abdul Karim
al-Sharif telah menulis:
"Seperti mana disebut di dalam al-Quran, Tuhan
telah menyebabkan kewafatan Al-Masih `Isa secara jasmani, dan telah membangkitkan
beliau kedalam hadhirat ilahiNya, serta telah menyucikannya sama sahaja
seperti Dia menamatkan hayat kita, kemudian diangkat dan disucikan roh-roh
kita."
(Al-Nafkhat al-Ula min al-Ta’wil)
3. Al-Ustaz Abdul Wahab al-Najjar memberi tafsirnya
mengenai ayat-ayat al-Quran :
Kuntu ‘alai-him shahid-an ma dumtu fi-him (5:117),
saperti berikut :
"Isa telah menjadi saksi keatas semua pengikut-pengikutNya
selama dia berada bersama-sama dengan mereka serta mengajarkan mereka firman
Allah sehingga kematiannya (wafat). Selepas itu, Tuhanlah yang menjadi
saksi diatas mereka."
(Qasas al-Anbiya, Edisi ke-4, 1956)
Tuhan mahakuasa sendiri telah menyentuh perkara kewafatan
Nabi `Isa secara khusus; selepas Nabi `Isa naik doanya mengenai kewafatan
beliau, Tuhan telah memberi jawapanNya seperti berikut :
"Allah berkata: 'Ya 'Isa, sesungguhnya Aku mewafatkan
engkau dan meninggikan (darjat) engkau kepadaKu dan menyucikan
engkau dari orang-orang kafir dan menjadikan pengikut2 engkau diatas mereka
yang kafir sampai hari kiamat.."
Surah 3 Ali Imran ayat 55
Dari ayat-ayat ini Allah telah memberi `Isa empat janji-janji,
yaitu :
1."Diwafatkan oleh Tuhan sendiri" yaitu mengalami
kematian ditangan serta dengan kebenaran Tuhan,
2."Darjat beliau akan ditinggikan ke hadhirat Allah
(raf `a)" oleh Allah sendiri,
Yakni beliau akan menikmati keadaan bersama-sama kehadhiran
Tuhan. Pada hakikatnya ungkapan raf `a (- kemuliaan) itu
membawa erti yang bertentangan dengan wad `a (kehinaan).
3."Menyucikan Engkau dari orang-orang kafir (tathir)",
iaitu beliau akan dibenarkan oleh Allah dari segala tuduhan-tuduhan musuh-musuh
beliau.
4."Menjadikan pengikut2 engkau diatas mereka yang
kafir sampai hari kiamat." Pengikut2 Hazrat `Isa akan sentiasa mengatasi
musuh-musuh mereka serta para ahli kafir sehingga hari Kiamat!
Ayat-ayat diatas membuktikan tanpa apa-apa keraguan lagi
bahawa al-Masih `Isa sudah pun mengalami kewafatan.
Oleh kerana raf `a itu hanya berlaku setelah segala-gala
lapisan-lapisan dan penghindar - penghindar jasmaniah yang lain telah dihapuskan.
Setiap insan yang salih dianugerahkan dengan raf `a setelah tamat
hayatnya. Rasullullah sendiri telah bersabda :
"Tatkala seorang yang beriman menghadapi kematiannya,
datanglah malaikat maut kepadanya.Jika dia seorang yang salih, mereka akan
berkata kepada rohnya : 'Wahai roh yang tidak tercela, keluarlah, kamu
berada di dalam tubuh yang bersih'...Jadi, roh itu akan keluar dari tubuh
itu, lalu diangkat ke Syurga dan pintu-pintu Syurga akan dibuka baginya."
(Mishkat)
Jadi, apabila seorang beriman yang salih meninggal dunia,
malaikat-malaikat akan mengangkat rohnya ke Syurga. Inilah apa yang telah
jadi kepada `Isa sendiri, jadi selepas wafatnya `Isa a.s., roh beliau telah
diangkat ke Syurga seterusnya menganggotainya bersama-sama dengan penghuni-penghuni
salih yang lain di Syurga yang sudah pun meninggal
dunia.
Oleh yang demikian, Tuhan sudah pun memenuhi semua janji-janjiNya
kepada `Isa a.s. Tuhan telah
mendengarkan doa `Isa itu, beliau telah diwafatkan dengan kebenaran Tuhan,
kemudian selepas kematiannya, `Isa al-Masih diangkat masuk ke dalam hadhirat
Allah, dan seterusnya diberi kemenangan
ke atas musuh-musuhNya, serta murid-murid al-Masih `Isa sentiasa diberi
kemenangan diatas musuh-musuh mereka dan para ahli kafirun!
Maksudnya Tawaffa
Kamus-kamus Bahasa Arab menerangkan bahawa tawaffa
Allahu-fulan-an, yaitu Tuhan telah melakukan tawaffa keatas
seseorang .., bererti bahwa Allah telah mengambil nyawa (Roh) seseorang
itu dan telah mematikan orang itu.
Demikianlah maksudnya telah yang di berikan di dalam Taj
l-'urus, Al-Qamus, Surah dan Asas al-Balaghah, serta
Al-Sihah
dan Kullyat Abi-l-Baqa.
Dari ayat-ayat di atas (QS 5/117), Hazrat `Isa telah bercakap
mengenai dua waktu yang tertentu lagi berlainan. Waktu yang pertama disebutnya
dalam ungkapan "Selama aku berada bersama-sama dengan mereka".
Dan waktu yang keduanya apabila "(Hanya) Engkaulah
(yang) mengawas mereka." "Mereka" itu adalah murid-murid dan
pengikut-pengikut `Isa -yakni umat Kristian. Waktu yang pertama (apabila
al-Masih `Isa berada bersama-sama umatnya) telah beralih dan bertukar menjadi
waktu yang kedua (apabila hanya Allah swt mengawasi murid-murid `Isa a.s.)
setelah terjadinya tawaffaitani atau `Isa telah diwafatkan (dimatikan)
dengan kebenaran Tuhan.
IV. Sumber-sumber daripada Hadith-hadith Sahih
Sekarang, marilah kita mengkaji hadith-hadith yang dilapurkan
mengenai Nabi Muhammad (saw).
Beliaulah pengantara serta pentafsir yang paling utama
bagi wahyu-wahyu dalam al-Quran. Setelah mengkaji ulasan-ulasan Nabi sendiri,
kita bolehlah membuat kesimpulan yang paling muktamad tanpa apa-apa kemusykilan
lagi! Lagi pun setiap umat Islam haruslah menunduk dan menerima kesimpulan
yang muktamad ini.
(i) Hadith yang Pertama : Maksudnya Tawaffa.
Ibni Abbas telah
membuat lapuran bahawa Nabi Agung pernah berkhutbah:
"Wahai umatku! Kamu akan semua dikumpul menghadapi Tuhanmu
(pada hari Qiyamat)...dan ada diantara kalangan kamu yang akan diheret
ke neraka. Saya akan berkata:
'Ya Allah, mereka ini adalah umatku'. Maka jawapanNya
akan berbunyi: 'Kamu tidak mengetahui perbuatan-perbuatan mereka selepas
permergian kamu'. Kemudian saya akan menjawab seperti hamba Tuhan yang
salih itu (yaitu `Isa), 'Aku menjadi saksi atas mereka, selama aku hidup
bersama mereka.(Tetapi) tatkala Engkau mewafatkan aku (tawaffaitani),
Engkaulah mengawas mereka. Engkau menjadi saksi atas tiap-tiap satu.'"
(al-Bukhari, Kitab al-Tafsir, bahagian
Surah Ma'idah)
Kata-kata terakhir
Rasulullah ini ('Aku menjadi saksi atas mereka...') dipetik daripada
al-Quran, Surah 5 ayat 117, di mana al-Masih `Isa dipetik sebagai menjawab
dengan kata-kata sedemikian rupa pada hari Qiyamat. Semua umat Islam mempersetujui
bahawa bila kata-kata tersebut telah dipakai oleh Rasulullah sendiri dalam
lapuran Hadith ini, maksud
tawaffaitani di sini adalah "Engkau
telah mewafatkan aku."
Jadi, ungkapan ini semestinya membawa maksud yang
sama apabila telah digunakan oleh `Isa, yakni; ini bermaksud yang `Isa
itu telah diambil daripada umatnya melalui kematian beliau, tidak pula
dengan diangkat ke Syurga secara hidup-hidup.
(ii) Hadith yang Kedua : Semua Nabi-nabi kena Wafat
(Mati)
Semasa Nabi sakit tenat, serta sebelum kewafatannya dia
telah memasuki masjid dengan ditunjang oleh dua orang penolongnya dan telah
memberi khutbahnya seperti berikut :
"Wahai Umatku! Telah saya mendengar yang kamu
semua takut akan kewafatan Nabi-mu. Adakah mana-mana Nabi sebelum saya
yang masih belum lagi mati ? Patutkah saya diharapkan untuk hidup selama-lamanya
di antara kamu? Dengarlah! Sedikit masa lagi saya akan bersama-sama dengan
Tuhan saya...Jadi, saya memohon supaya kamu semua
melayani para muhajir yang akan datang dengan eloknya."
(Al-anwar ul-Muhammadiyya min al-Muwahib al-Ladinya,
Mesir, m.s. 317)
Hadith ini mengesahkan maksud tiga ayat-ayat al-Quran yang
berikut :
"Muhammad itu tidak lain, (dan) hanya seorang
rasul (utusan), sesungguhnya telah terdahulu beberapa orang rasul sebelumnya
(yang sudah mati atau terbunuh)."
QS 3 ayat 144
"Bukanlah Kami jadikan
manusia sebelum engkau yang kekal abadi..."
QS 21 ayat 34
dan
"...Dan bukan pula mereka (para Nabi-nabi) itu
kekal abadi."
QS 21 ayat 8.
Jika adanya mana-mana Rasul yang masih hidup atau belum lagi
mengalami kematian, sudah tentu Rasullullah tidak akan menyebut kata-kata
di atas. Jadi, kesimpulannya yang muktamad adalah: al-Masih `Isa
sudah
pun mengalami kewafatan beliau.
(iii) Hadith yang Ketiga : Perbincangan Rasullullah
dengan rombongan Kristian dari Najran
"Apabila satu rombongan seramai enam-puluh orang umat Kristian
dari Najran telah menziarahi Nabi Muhammad, Imam besar mereka berbincang
dengannya tentang status`Isa serta siapakah ayahandanya. Rasul Tuhan telah
menanyakan bahawa "Tidakkah seorang anak akan menyerupai bapanya?" Mereka
menjawab: "Ya." Kemudian dia menyatakan:'A lastum ta‘lamuna
anna rabbana la yamutu wa anna Isa ata ‘alaihi-l-fana', yaitu
"Tidakkah
kamu tahu yang Tuhan kita kekal abadi tetapi
al-Masih `Isa telah pun meninggal dunia ?"
(Asbab an-nuzul, oleh Imam Abu-l-Hasan
Ali ibn Ahmad al-Wahidi dari Neshapur, diterbit di Mesir, m.s. 53)
Begitu terang dan jelasnya Nabi Islam, Muhammad, sendiri
telah pun memberi pengesahannya tentang hakikatnya kewafatannya Isa al-Masih
itu! Jadi, kita seharusnya janganlah ragu-ragu lagi hakikat serta kebenaran
peristiwa kewafatan `Isa, kerana pengesahan peristiwa ini datangnya dari
mulut Nabi Islam sendiri!
Sekarang kita harus pula memberi perhatian kepada kata-kata
`Isa al-Masih sendiri mengenai hal kematian baginda.
Adakah baginda menyatakan apa-apa yang menyentuh dengan
kematiannya? Apa pula yang telah dinyatakannya berhubung dengan kewafatannya?
Dari Injil kita dapat kata-katanya seperti berikut :
"Anak Manusia (yakni `Isa) tidak datang untuk
dilayani; Dia datang untuk melayani orang serta menyerahkan nyawa
nya sebagai tebusan untuk membebaskan ramai orang."
Matius 20 ayat 28
"Anak Manusia (Dia)
telah datang untuk melayani orang serta menyerahkan nyawanya sebagai
tebusan untuk membebaskan banyak orang."
Markus 10 ayat 45
Dari Injil Lukas kita
dapat mengetahui bahawa :
"Isa memanggil dua belas orang pengikut-pengikutnya,
lalu berkata kepada mereka, 'Dengarlah! Kita sekarang menuju
ke Baitul-Mukaddis. Di sana segala yang dinubuat oleh nabi-nabi tentang
al-Masih akan berlaku. Dia akan diserahkan
kepada orang bukan Yahudi, lalu mereka akan mempermainkan dia. Mereka
akan menyesah dan membunuh dia; tetapi pada hari ketiga dia akan bangkit
semula.'"
Lukas 18 : 31 - 33
Ini merupakan kali
yang ketiga al-Masih `Isa menyatakan tentang mewafatan baginda kepada para
hawariyun, yaitu murid-murid beliau.
Juga daripada nas-nas yang lain, `Isa telah mengesahkan dirinya
sebagai satu-satunya Al-Masih yang telah dijanjikan Tuhan kepada murid-muridnya.
Sebaik sahaja dia telah memberi pengesahan serta penjelasannya itu kepada
murid-muridnya, dia menyatakan sambil menubuatkan tentang kematiannya.
Setelah mendengari hakikat itu; Petrus, yakni hawariyun
yang akrab serta rapat dengan
al-Masih, telah cuba menghalang al-Masih `Isa daripada memenuhi nubuatnya
itu. Yakni, Petrus ingin menjauhi 'Isa daripada mengalami kewafatan baginda!
Apakah reaksi al-Masih 'Isa kepada perbuatan Petrus itu? Lalu `Isa telah
meneguri muridnya Petrus dengan setegas-tegasnya sekali! `Isa
al-Masih tidak ingin Petrus itu menjadi satu batu penghalang dan penggugat
kepada misi al-Masih di dunia ini, yaitu untuk menyerahkan jiwanya sebagai
satu-satunya tebusan bagi segala umat manusia.(Rujukan Injil: Matius 16:21-28,
Markus 8:1-9:1, Lukas 9:22-27).
Kenapakah semua umat manusia di dunia ini mengalami maut?
Bagaimanakah kewafatan al-Masih `Isa pula menjadi satu tebusan bagi segala
umat manusia? Marilah kita memperhatikan penjelasan daripada Injil tentang
penyelesaian yang telah datang melalui al-Masih `Isa sendiri.
Maut atau kematian itu adalah satu pengalaman sejagat
setiap insan di dunia ini! Tidak ada seorang pun yang dapat lari daripada
hakikat kematian itu. Injil menjelaskan bahawa :
"Maut atau kematian itu adalah akibat dan upah daripada
dosa-dosa kita semua." (Roma 6:23).
Oleh kerana wujudnya dosa di dalam setiap manusia itu,
maka setiap manusia akan mengalami maut akibat daripada kesan dosa itu
dalam kehidupannya (Roma 5 :12). Akan tetapi, al-Masih Isa itu tidak dicemari
dosa walhal beliau adalah suci-murni belaka.
Injil, Al-Quran, dan juga Hadis naik saksi kepada hakikat
kesucian `Isa al-Masih. Justru itu, dia tidak seharusnya
mengalami maut atau kematian kerana tidak ada apa-apa kesan dosa baginya!
Demi hakikat itulah al-Masih `Isa layak menjadi tebusan bagi segala
mereka yang sudah tercemar dan tercela oleh dosa dalam hidup mereka. Al-Masih
yang tidak berdosa itu pula tidak akan mengalami maut kerana dosa tidak
membawa apa-apa akibat dan kesan keatas beliau. Tetapi al-Masih `Isa telah
memutus dan memilih untuk mengalami kematian itu, BUKAN demi dosa-dosanya
-kerana kesucian `Isa sudah pun terbukti. Al-Masih Isa telah mengalami
kewafatan bagi pihak umat manusia sejagat yang di bawah hukuman maut bagi
dosa mereka.
Oleh kerana itu, hukuman maut yang dijatuhkan diatas manusia
itu sekarang sudah pun dipenuhi dan sudah pun dijalani dengan lengkap lagi
secukup-cukupnya oleh Isa al-Masih yang tidak berdosa itu. Justru itu,
hukuman maut itu sudah pun diketepikan oleh Tuhan, lalu Tuhan sudah pun
membuka satu-satunya jalan untuk manusia mengalami pembenaran dengan-Nya.
Inilah hasilnya korban tebusan yang telah disempurnakan oleh
'Isa Al-Masih seperti yang dijanjikannya. Seperti firman di dalam
nas Injil yang berikut:
"Hanya melalui al-Masih Isa-lah dapat manusia
diselamatkan, kerana diseluruh dunia tiada orang lain yang mendapat kekuasaan
daripada Allah untuk menyelamatkan kita."
Kisah Rasul-rasul 4:12
Sebelum sahaja al-Masih `Isa ibnu Maryam telah mengalami
kewafatan baginda, dia telah mengucap seperti berikut :
"Hati-ku gelisah. Apa yang akan aku katakan?
Haruskah aku berkata, 'Bapa, jauhkanlah aku daripada saat penderitaan ini'?
TIDAK!
Aku telah datang justru untuk mengalami saat penderitaan ini. Ya Bapa,
tunjukkanlah kemuliaanMu!" Kemudian terdengar suara dari langit berkata,
"Aku sudah menujukkan kemuliaan-Ku dan Aku akan menunjukkannya sekali lagi."
Orang ramai di situ mendengar suara itu. Mereka berkata,
"Guruh!" Tetapi ada juga yang berkata, "Bukan! Malaikat berkata-kata kepada-nya!"
Tetapi 'Isa berkata kepada mereka, "Suara itu terdengar
bukan untuk kepentingan-ku, tetapi untuk kepentingan kamu. Tibalah saatnya
dunia dihakimi; sekarang penguasa dunia ini digulingkan. Apabila aku ditinggikan
di atas bumi, Aku akan memimpin semua orang kepada-ku." Dengan kata-katanya
ini, `Isa menunjukkan cara dia akan wafat.
Yahya 12 : 27 - 33
Dengan kewafatannya, 'Isa telah menjalani hukuman maut dengan
sepenuh-penuhnya serta baginda telah menepati tuntutan-tuntutan hukum-hukum
Tuhan yang terbesar dan terpenting sekali. Demi kewafatannya dalam keadaan
yang suci dan mulia, baginda telah layak menjadi korban tebusan
yang sempurna bagi pihak manusia yang lain telah dicemari dosa. Oleh itu,
didalam Injil ada tercatit kata-kata al-Masih `Isa seperti:
"Akulah jalan, akulah kebenaran dan akulah kehidupan.
Tiada seorang pun dapat datang kepada Bapa (yaitu Allah) kecuali melalui
Aku (`Isa)."
Yahya 14 : 6
Dengan ini, jalan kembali kepada Allah Ta'ala sudah pun dibuka
semula dan untuk selama-lamanya! Di dalam Surah 37 ayat 100-107 pula kita
pelajari tentang anak Nabi
Ibrahim a.s. yang hampir-hampir disembelihkan oleh bapanya
demi perintah Allah. Pada saat-saat yang terakhir, Allah telah menghantarkan
seekor kibas (domba besar) kepadanya
sebagai pengganti sembelihan anaknya, serta Nabi Ibrahim
diperkenankan Allah kerana iman dan taat setia baginda! Allah telah memberi
satu korban tebusan menggantikan anaknya supaya dia hidup
lagi! Sesungguhnya Surah 37 ayat 107 menyatakan bahwa anak nabi Ibrahim
ditebuskan oleh Tuhan dengan 'satu (korban) sembelihan yang besar (fidia).'
Korban
sembelihan inilah satu-satunya ibarat bagi 'Isa al-Masih
yang akan datang dalam berabad-abad lagi. Anak Ibrahim yang terlepas
dari sembelihan itu ibarat bagaikan kita semua yang berdosa dan akan menghadapi
maut. Sesungguhnya kita semua; sama seperti anak Ibrahim itu, sudah pun
ditebusi 'sembelihan' kita itu oleh satu 'fid'ia', yakni satu domba
besar yang kini diterima oleh Allah sebagai pengganti sembelihan yang sempurna
serta diperkenankan-Nya.
Tidak heranlah al-Masih Isa ibnu Maryam digelar oleh Nabi
Yahya a.s. sebagai 'Domba Allah' yang datang
sebagai tebusan dosa seluruh dunia (Yahya 1 ayat 29). Semestinya Yahya
a.s. telah mengimbas kembali peristiwa berabad-abad dahulu yang dialami
oleh Ibrahim a.s. Peristiwa itu menjadi baginya satu ibarat bagi misi al-Masih
'Isa muncul di dunia ini!
Pada Hari Kiamat pula, Domba Allah akan berkuasa dan
layak untuk menghakimi dunia ini. Dalam buku Wahyu bab 5 dan 6 ada tercatit
pelaksanaan penghakiman itu yang akan dilakukan oleh Domba Allah, yakni
'Isa al-Masih.
Semua ini dipersetujui Al-Quran dalam Surah Al-Imran 3:45,
Surah Az-Zukhruf :61,63-"Sesungguhnya 'Isa itu memberitahukan Hari Kiamat,
sebab itu janganlah kamu ragu-ragu tentang itu...", juga Surah an-Nisaak
4 ay.159 dan juga Hadis-hadis sohih al-Bukhari dan Muslim : "Sesungguhnya
akan turun kepadamu 'ISA ibnu Maryam menjadi Hakim yang adil"
(H.Bukhari 1090, H.S.Muslim Jilid 1 hal.74), serta "Tidak ada Imam
MAHDI selain 'Isa Putera Maryam" (H.Ibnu Majah).
Jadi kesimpulannya ialah, kewafatan 'Isa al-Masih ibnu
Maryam dua ribu tahun dahulu sudah pun di tentukan hakikatnya serta disahkan
oleh kata-kata Nabi, hemat dan pentafsiran alim-ulamak yang waraq seperti
Imam Sheikh Shaltut dari Al-Azhar, serta imam-imam utama dari negeri-negeri
Islam yang lain, juga oleh Hadis-hadis yang sahih serta kenyataan-kenyataan
dari mulut Nabi Muhammad sendiri. Kita seharusnya menolak cerita yang dipelopori
sesetengah pihak yang kononnya sahabat 'Isa telah ditukarkan wajahnya itu
mirip wajah 'Isa al-Masih lalu disalibkan, sementara 'Isa dengan jasadnya
telah diangkat hidup-hidup ke Syurga! Cerita ini berlandaskan kepada teori
yang tidak berasas serta dongeng-dongeng pembidaah yang karut. Lebih lebih
lagi hujah ini bertentangan bulat-bulat dengan tafsiran dan keterangan
yang diberi oleh alim ulamak diatas serta Fatwa yang dikeluarkan Imam Shaltut
dari Al-Azhar yaitu :
"Tidak terdapat alasan (autoriti) berasaskan
kepada al-Quran atau pun Sunnah yang boleh membenarkan kepercayaan
bahawa 'Isa telah diangkat ke Syurga dengan jasadnya dan beliau masih hidup
disana... Ayat-ayat al-Quran dalam nas tersebut (QS.4/157) menunjukkan
bahawa Tuhan telah menjanjikan 'Isa bahawa beliau akan diwafatkan pada
waktu yang ditetapkan, kemudian dimuliakan (diangkatkan) kepada
hadhirat Allah (swt) sendiri dan seterusnya dilindungi daripada musuh-musuhnya.
Janji-janji ini sudah pun termakbul dan ditepati-Nya, Tuhan telah pun
mewafatkan beliau dan seterusnya memuliakannya ke dalam hadirat
Allah s.w.t." (op cit.)
Apakah lagi bila kita mengkaji secara ikhlas dan mendalam,
kesaksian yang dibawa oleh Nabi Islam, Muhammad sendiri mengenai kenyataan-kenyataan
beliau yang menyentuh hakikat kewafatan al-Masih 'Isa ibnu Maryam dari
hadis-hadis diatas.
Rujukan Hadis yang pertama dan kedua : yaitu Nabi
Muhammad telah merujuk kepada kewafatannya sendiri dengan memakai ungkapan
falamma
tawaffaitani.Al-Quran telah menggunakan perkataan yang sama bila merujuk
kepada kewafatan 'Isa al-Masih, jadi sudah jelaslah buktinya yang 'Isa
sendiri sudah pun mengalami mautnya yakni
kewafatannya.
Rujukan Hadis yang ketiga : perbincangan Nabi dengan rombongan
Kristian dari Najran sudah pun membuktikan bahawa Nabi Muhammad juga memegang
kepada hakikat bahawa
al-Masih 'Isa itu sudah pun wafat.
Keterangan-keterangan diatas ini semuanya menyetujui
akan kebenaran dan hakikat sejarah yang semua ahlisejarawan serta para
pengkaji sejarah Dunia dahulu mahupun sekarang tidak dapat menafikan oleh
kerana wujudnya bukti-bukti serta dalil-dalil yang cukup jelas lagi muktamad
: yaitu 'Isa al-Masih hidup sambil melakukan mukjizat-mukjizatnya yang
ajaibdanmengkagumi, dan tiga tahun selepas pelayanannya beliau sudah pun
mengalami kematian atau kewafatannya ditangan orang-orang Roma. Dengan
peristiwa itu baginda telah melaksanakan misinya, yakni dengan melayani
ramai orang serta menyerahkan nyawa nyasebagai tebusan
untuk membebaskan ramai orang, dengan sempurnanya.
Indeks Utama