返回总目录
The Uniqueness of Jesus in the Qur'an and the Bible
Keunikan Hazrat Isa Al-Masih dalam Al-Quran
dan Alkitab
- Kebenaran-kebenaran mengenai Hazrat Isa
Al-Masih dalam Quran dan Alkitab
- Keunikan Hazrat Isa Al-Masih
- Implikasi-implikasi Keunikan
Hazrat Isa Al-Masih
- Keunikan Hazrat Isa Al-Masih dalam
Quran
- Sebab-sebab Keunikan Hazrat Isa
Al-Masih
- Kemuliaan Hazrat Isa Al-Masih dalam
Alkitab
Sudah terlalu lama orang Kristian dan Islam berbahas tentang
perbezaan-perbezaan dalam kepercayaan mereka tentang Isa Al-Masih
dan telah membenarkan sedikit ruangan untuk diskusi tentang
kenyataan-kenyataan dalam Quran dan Alkitab yang bersetuju
tentang beberapa bahagian kehidupan dan personalitinya.
Masanya telah tiba, pastinya, untuk orang Kristian dan Islam
menganalisis kenyataan-kenyataan yang dipersetujui kerana tidak
mungkin kita sampai kepada satu konsensus kepercayaan tentang Isa
Al-Masih sehinggalah kita dengan serius merenung fakta-fakta yang
dipersetujui oleh Quran dan Alkitab. Walaupun kedua buku ini
mungkin berbeza dalam interpretasi fata-fakta yang diakui
bersama, kita boleh dengan yakin mengkaji kenyataan-kenyataan ini
sebagai batu loncatan kepada pengetahuan yang benar tentang Isa
Al-Masih kerana adanya kenyataan-kenyataan itu sahaja sudah
merupakan satu punca bersama agama Islam dan Kristian.
Adalah selamat untuk menganggap bahawa di mana Quran dan
Alkitab setuju dalam mana-mana hal, perkara itu boleh diterima
sebagai benar tanpa berlengah-lengah oleh orang Kristian dan
Islam. Adalah mungkin perlu untuk kita membuktikan fakta-fakta
ini kepada orang luar tetapi ianya tidak perlu dibuktikan kepada
satu sama lain jika fakta-fakta itu telah diakui oleh buku-buku
yang kita masing-masing percaya adalah Firman Allah. Walau
bagaimanapun, dalam tahun-tahun kebelakangan ini kerana ada satu
trend liberalistik yang telah menjangkiti kedua-kedua agama, di
mana beberapa daripada penganut nominalnya telah meninggalkan
ajaran-ajaran asas Quran dan Alkitab tentang Isa Al-Masih
sehingga mereka mengurangkan orang ini ke tahap manusia biasa dan
menelanjangkan dia dari kesemua kemuliaan dan hormat, adalah
berfaedah untuk bermula dengan menyebut dan membuktikan empat
kenyataan penting tentang kehidupan Isa Al-Masih yang
dipersetujui oleh Alkitab dan Quran.
1. KEBENARAN-KEBENARAN
TENTANG HAZRAT ISA AL-MASIH DALAM QURAN DAN ALKITAB
a). Dilahirkan oleh seorang perempuan dara.
Ciri pertama ini - hairannya disangkal oleh beberapa pihak
pelik agama Islam dan Kristian - ialah satu daripada
ajaran-ajaran Alkitab dan Quran yang paling nyata dan jelas dan
pada asasnya disokong oleh kedua-kedua buku. Ianya dirujuk lebih
dari satu kali dalam Quran tetapi khusunya dinyatakan dengan
terperinci dalam Surah 19 ayat 16-34. Ayat-ayat berikut dari
petikan ini disebut untuk membuktikan kenyataan ini:
Ingatlah (riwayat) Maryam dalam Kitab, ketika ia berpisah
dari keluarganya ke tempat sebelah timur, lalu dibuatnya
dinding anataranya dengan mereka. Kemudian Kami utus
kepadanya roh Kami (Jibrail), lalu ia merupakan dirinya
sebagai manusia yang sempurna. Berkata Maryam: Sesungguhnya
aku berlindung kepada yang Mahapengasih daripada (kejahatan)
engkau, jika engkau orang taqwa. Dia berkata: Aku hanya
utusan Tuhanmu, supaya kubei engkau seorang anak yang suci.
Dia (Maryam) berkata: Bagaimanakah aku akan memperoleh
seorang anak, sedang aku belum pernah disentuh manusia dan
aku bukan pula orang jahat? Dia berkata: Demikianlah (akan
terjadi). Tuhanmu berfirman: Ia mudah bagiKu, dan supaya kami
jadikan dia suatu tanda (kekuasaan Kami) untuk manusia dan
adalah kejadian ini satu perkara yang telah diputuskan.
Kemudian Maryam mengandungnya, lalu ia berpindah ke tempat
yang jauh. (Surah 19:16-22)
Jika Maryam telah mengandung kerana lelaki lain, mengapa
malaikat perlu untuk menjelma dan menerangkan kepadanya tentang
penghamilan anak lelakinya? Jelas dari teks ini kita boleh lihat
bahawa malaikat itu tidak hanya datang untuk menenangkan mindanya
tentang kehamilan yang akan dialaminya tetapi juga untuk
menerangkan bahawa peristiwa unik ini sebenarnya adalah keinginan
Allah untuk menjadikan anak lelaki ini satu wahyu kepada manusia
sejagat. Dia akan mengandung anak itu dengan cara yang istimewa
kerana ada sesuatu yang istimewa tentang anak lelakinya itu.
Kedua, apakah interpretasi lain yang boleh dibuat dari perkataan
"Bagaimanakah aku akan memperoleh seorang anak, sedang aku
belum pernah disentuh manusia dan aku bukan pula orang
jahat?" Kata-kata ini membayangkan bahawa Maryam ialah
seorang dara apabila anak itu dikandung.
Adalah tidak perlu untuk kenyataan ini ditegaskan lagi. Bahasa
Quran jelas tentang kelahiran-dara Isa Al-Masih dan sokongan
lanjut boleh dijumpai dalam Surah 4:156. Dalam ayat itu Maryam
dibebaskan daripada tuduhan orang Yahudi bahawa dia telah
mengandung Isa Al-Masih di luar-nikah. Juga dalam Surah 21:91
menjelaskan penghamilan Isa Al-Masih sebagai satu tindakan terus
Allah dalam seorang wanita belum-kahwin yang bebas dari apa-apa
ketidaksucian.
Pastilah ini dibuktikan dengan lebih nyata lagi oleh gelaran
yang diberi kepada Isa Al-Masih dengan lebih kerap daripada
nama-nama lain dalam Quran - anak Maryam. Adalah biasa dalam
masyarakat Semitik untuk seorang lelaki dinamakan sebagai anak
bapanya, contohnya, Muhammad bin Abdullah, Muhammad bin Ishak
(seorang ahli sejarah awal Islam), Zaid bin Sabet, dan
sebagainya, tetapi kita tidak akan menemukan anak-anak lelaki
dinamakan sebagi anak ibunya. Mengapa Isa Al-Masih sering
dipanggil anak Maryam (Isa bin Maryam) dalam Quran? Saya pasti
ulangan nama ini yang ketara dan sifatnya yang luarbiasa menuntut
bahawa Isa Al-Masih dilahirkan oleh ibunya sahaja. Tidakkah
kekerapan gelaran ini bukti kelahiran Isa Al-Masih itu unik?
Ketiadaan nama-nama wanita dalam Quran jelas kelihatan.
Pastilah penyataan nama ibu Isa Al-Masih yang disebut dengan
kerap adalah kerana kedudukannya yang penting dalam sejarah
manusia sebagai satu-satunya wanita yang melahirkan anak apabila
masih seorang dara. Ini sahaja cukup untuk menjelaskan
kepentingan yang Maryam terima dalam Quran. Adalah selamat untuk
menyimpulkan bahawa Quran mengajar mengenai kelahiran-dara Isa
Al-Masih.
Tidak ada manusia yang berfikiran waras yang akan menafikan
bahawa Alkitab juga mengajar kelahiran-dara Isa Al-Masih.
Keseluruhan sejarahnya, Gereja Kristian telah berpegang kepada
kepercayaan ini dan saya hanya perlu menyebut petikan ini untuk
membuktikan bahawa akidah ini didasarkan atas Alkitab:
Enam bulan kemudian, malaikat Jibrail diutus oleh Allah ke
Nasaret, sebuah kota, di jajahan Galilea, kepada seorang anak
dara yang telah bertunang dengan seorang lelaki yang bernama
Yusuf daripada keturunan Daud. Nama anak dara itu ialah
Maryam. Malaikat itu datang kepadanya lalu berkata,
"Salam kepadamu yang dirahmati! Tuhan bersama-sama
denganmu!" Hati Maryam berdebar-debar mendengar
kata-kata itu dan dia tertanya-tanya akan maksud salam
tersebut. Seterusnya, malaikat itu berkata kepadanya,
"Janganlah takut, hai Maryam, kerana engkau telah
beroleh rahmat Allah. Engkau akan hamil lalu melahirkan
seorang anak lelaki. Engkau hendaklah menamai-Nya Isa. (Lukas
1:26-31)
Dua kali ibu Isa Al-Masih diterangkan sebagai perempuan dara
dalam petikan ini. Apabila dia menjawab malaikat itu, "
Bagaimanakah perkara ini dapat berlaku, kerana saya masih
dara?"(Lukas 1:34), malaikat itu kemudian menjelaskan bahawa
penghamilan itu tidak akan berlaku secara manusiawi tetapi oleh
kuasa Roh Kudus Allah. Kita bertuah untuk mempunyai satu lagi
kisah tentang kelahiran-dara Isa Al-Masih dalam Alkitab yang
dinyatakan dalam petikan ini:
Inilah kisah kelahiran Isa Al-Masih. Ibu-Nya, Maryam
bertunang dengan Yusuf. Tetapi sebelum mereka berkahwin,
Maryam sudah mengandung kerana kuasa Roh Allah. Yusuf seorang
yang taat kepada hukum agama, tetapi dia tidak mahu
mempermalukan Maryam di hadapan umum. Oleh itu Yusuf berniat
memutuskan pertunangan itu secara diam-diam. Yusuf
mempertimbangkan perkara itu. Kemudian dalam mimpi, malaikat
Tuhan menampakkan dirinya kepadanya. Malaikat itu berkata,
"Hai Yusuf, keturunan Daud! Janganlah takut memperisteri
Maryam. Dia mengandung kerana kuasa Roh Allah. Maryam akan
melahirkan seorang anak lelaki. Anak itu harus engkau namakan
Isa, kerana Dia akan menyelamatkan umat-Nya daripada dosa
mereka." (Matius 1:18-21)
Sekali lagi penghamilan Isa Al-Masih diterangkan sebagai hasil
kerja Roh Kudus dan sekali lagi, seperti dalam Quran, didapati
seorang malaikat muncul untuk menerangkan fenomena ini, dalam kes
ini kepada Yusuf. Mengapa perlu ada penyataan malaikat untuk
menerangkan kelahiran Isa Al-Masih jika ibunya telah mengandung
kerana perbuatan lelaki lain? Teks-teks ini berbicara dengan
jelas dan tidak ada persoalan tentang kelahiran Isa Al-Masih.
Malaikat menjelma kepada Yusuf dan Maryam untuk menerangkan
kepada mereka berdua bahawa penghamilan Isa Al-Masih adalah
melalui satu campurtangan istimewa Roh Kudus.
Kerana itu orang Kristian dan Muslim, dalam Quran dan Alkitab,
mempersetujui hal ini. Kedua buku ini mengajar sebagai fakta
bahawa Isa Al-Masih dilahirkan oleh seorang perempuan-dara oleh
kehendak Allah melalui kuasa Roh Kudus.
b). Isa Al-Masih tidak berdosa.
Adalah satu perkara mudah untuk membuktikan dari Quran dan
Alkitab bahawa Isa Al-Masih sesungguhnya tanpa dosa selama
hayatnya. Apabila malaikat menjelma kepada Maryam, Quran berkata
bahawa dia berkata kepada Maryam "Aku hanya utusan Tuhanmu,
supaya kuberi engkau seorang anak yang suci." (Surah 19:19).
Perkataan Arab untuk "suci" iaitu zakiyya, membayangkan
bahawa Hazrat Isa Al-Masih sepenuhnya tanpa dosa.
Dalam Alkitab ada banyak bukti yang menyatakan bahawa Isa
Al-Masih tiada dosa. Berikut adalah beberapa petikan yang
membuktikan kenyataan ini:
Dia tidak pernah berdosa dan sesiapa pun tidak pernah
mendengar Dia berdusta. (1 Petrus 2:22)
Al-Masih tidak berdosa. (2 Korintus 5:21a)
Kamu tahu bahawa Al-Masih datang untuk menghapuskan dosa
manusia, dan bahawa pada diri-Nya tidak ada dosa. (1 Yohanes
3:5)
Pada peringkat ini, adalah berfaedah jika dinyatakan bahawa di
dalam Quran dan Alkitab, Isa Al-Masih sahajalah yang dinyatakan
sebagai tiada dosa. Ini diterangkan dengan tegas dalam kedua-dua
buku . Tidak ada nabi atau manusia lain yang dijelaskan begitu.
Walaupun begitu kedua-dua buku ini ada menerangkan dosa-dosa nabi
lain dan meninggalkan kita dengan satu kepastian kukuh bahawa Isa
Al-Masih sahajalah yang tanpa dosa. (Di dalam Quran, dalam
Surah19:19, kelahiran unik Isa Al-Masih dijelaskan oleh malaikat
sebagai medium untuk kesucian anak Maryam. Ini membayangkan
bahawa seorang manusia tidak boleh suci kecuali dia dilahirkan
oleh seorang perempuan dara. Kerana itu Isa Al-Masih,
satu-satunya manusia yang dilahirkan begini, harus kerana
peristiwa ini menjadi satu-satunya manusia tanpa dosa yang pernah
hidup. Quran mengaitkan dosa kepada nabi-nabi berikut:
- Adam. Keduanya berkata: Ya Tuhan Kami, kami
telah menganiaya diri kami sendiri dan jika tidak Engkau
ampuni kesalahan kami dan tidak Engkau mengasihi kami,
tentulah kami orang yang merugi. (Surah 7:23)
- Ibraham. "Dan yang kuharap mengampuni
kesalahanku pada hari pembalasan." (Surah 26:82)
- Musa. Berkata Musa: Ya Tuhanku,
sesungguhnya aku telah aniaya kepada diriku, sebab itu
ampunilah aku. Lalu Allah mengampuninya. Sungguh Dia
Pengampun lagi Penyayang. (Surah 28:16)
- Yunus. Kemudian ia ditelan oleh ikan sedang
ia dicerca. (Surah 37:142)
- Muhammad. Maka ketahuilah (ya Muhammad)
bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan, melainkan Allah dan
minta ampunlah (kepadaNya) untuk dosa engkau dan untuk
(dosa) orang-orang beriman laki-laki dan orang beriman
perempuan. Allah mengetahui tempat bolak balikmu (mencari
penghidupan) dan tempat diammu. (Surah 47:19)
Isa Al-Masih tidak pernah diseru berdoa untuk pengampunan
kerana dia suci. Kita juga tidak akan menemukan dia berdoa untuk
apa-apa kesilapan, kesalahan dan dosa seperti mana yang diberikan
dalam petikan-petikan Quran yang merujuk kepada nabi-nabi lain.
Dia tidak pernah menyalahi jiwanya, dan dia tidak didapati
bersalah. Sebaliknya Quran menekankan bahawa dia sepenuhnya tanpa
dosa dan suci. Jadi kita boleh membuat kesimpulan dengan berkata
bahawa Quran mengajar bahawa dari semua manusia, hanya Isa
Al-Masih yang tanpa dosa.
Dalam Alkitab, kesan sejagat dosa dicatat selalu, tetapi
adalah memadai untuk memetik kata-kata berikut untuk membuktikan
kenyataannya:
Seperti yang tertulis dalam Alkitab, "Tidak seorang
pun yang benar di sisi Allah, tidak seorang pun yang memahami
apa yang benar, dan tidak seorang pun menyembah Allah. Semua
orang sudah menjauhkan diri daripada Allah; semuanya sudah
sesat. (Roma 3:10-12).
Alkitab mengajar bahawa tidak ada manusia, selain dari Isa
Al-Masih, yang telah mencari Allah dengan setia dan melakukan
kebaikan pada seluruh hidupnya. Semua manusia lain telah pada
satu ketika berpaling dari Allah dan berdosa terhadap-Nya.
Sekali lagi, kita dapati bahawa Isa Al-Masih sahaja yang tiada
dosa. Sepertimana didapati Quran dan Alkitab mengajar tentang
kelahiran-dara Isa Al-Masih, buku-buku ini juga mengajar bahawa
dia sahaja yang tiada dosa dan suci.
c). Pengangkatan Isa Al-Masih.
Satu daripada kepercayaan ortodoks Islam ialah bahawa Isa
telah diangkat ke syurga. Pengangkatan Isa Al-Masih ini
dinyatakan dalam Quran dengan kata-kata ini:
Bahkan Allah mengangkat Isa itu kepada-Nya, Allah
Mahaperkasa lagi Mahabijaksana. (Surah 4:158)
Teks ini dengan jelas menyatakan bahawa Isa Al-Masih tidak
diangkat ke langit kedua atau syurga ketiga, seperti yang biasa
dianggap, tetapi bahawa Allah telah mengambil Isa Al-Masih kepada
diri-Nya. Ini bermaksud, Dia mengambil Isa Al-Masih ke dalam
hadirat-Nya yang mulia di dalam syurga yang tertinggi.
Alkitab mengesahkan ini dengan terperinci tetapi kita hanya
perlu mengungkapkan beberapa petikan untuk membuktikan baik
pengangkatan Isa Al-Masih mahupun kedudukannya yang tinggi di
syurga di dalam hadirat Allah yang Mahakuasa.
Setelah Isa Al-Masih berkata demikian, Dia terangkat ke
syurga, sementara mereka memandang Dia. Lalu awan menutupi
Dia daripada pandangan mereka. Mereka masih memandang ke
langit sementara Isa Al-Masih terangkat, apabila dengan
tiba-tiba dua orang berpakaian putih berdiri di sisi mereka.
"Hai orang Galilea," kata kedua-dua orang itu,
"mengapa kamu berdiri menengadah ke langit? Isa
Al-Masih, yang kamu lihat terangkat ke syurga, akan kembali
lagi dengan cara yang sama seperti yang kamu lihat
tadi." (KPR 1:9-11)
Kamu sudah dihidupkan semula bersama-sama Al-Masih. Oleh
itu kamu harus mengingini perkara-perkara yang di syurga, di
tempat Al-Masih duduk di atas takhta di sebelah kanan Allah.
(Kolose 3:1)
Allah . . . Dia membangkitkan Al-Masih daripada kematian,
lalu memberi Dia tempat duduk di sebelah kanan-Nya di syurga.
Di situ Al-Masih berkuasa atas semua pemerintah, penguasa,
pemimpin, dan raja. Al-Masih jauh lebih berkuasa daripada
sesiapa pun, baik yang hidup pada zaman ini mahupun pada
zaman yang akan datang. (Efesus 1:20-21)
Aku sudah memuliakan Engkau di atas bumi dengan
menyelesaikan tugas yang Engkau berikan kepada-Ku. Ya Bapa,
muliakanlah Aku sekarang dengan kemuliaan yang Aku miliki
bersama-sama-Mu sebelum dunia ini dijadikan. (Yahya 17:4-5).
Jadi kita boleh lihat bahawa kedua-dua Alkitab dan Quran
mengajar tentang pengangkatan Isa Al-Masih bukan hanya ke dalam
syurga, tetapi sebenarnya atas syurga-syurga ke dalam hadirat
Allah. (Satu-satunya hadis yang wujud tentang tujuan muktamad Isa
Al-Masih mengesahkan bahawa dia pergi ke syurga. Manakala ada
banyak Hadis yang menyokong pengangkatan Isa Al-Masih, tidak ada
satu pun yang menentangnya.)
Adalah pengetahuan biasa orang Kristian dan Muslim bahawa
Quran dan Alkitab berbeza pendapat tentang masa dan sebab
pengangkatan Isa Al-Masih, tetapi apa yang tersangat penting
ialah persetujuan akan satu fakta - Isa Al-Masih sesungguhnya
telah diangkat ke syurga dan masih hidup di sana sehingga hari
ini.
d). Kedatangan Kedua Isa Al-Masih.
Kenyataan terakhir yang disetujui bersama antara Quran dan
Alkitab tentang kehidupan Isa Al-Masih berkaitan dengan
kedatangan kembali Isa Al-Masih. Seperti dengan pengangkatan Isa
Al-Masih, Quran disokong oleh banyak Hadis akan hal ini.
Satu-satunya ayat dalam Quran yang jelas mengajar tentang
kedatangan kembali Isa Al-Masih ialah ayat ini:
Sesungguhnya Isa itu memberitahukan hari kiamat. (Surah
43:61)
Teks ini agak ringkas dalam bahasa Arab tetapi terjemahannya
dalam bahasa Inggeris (dan juga Bahasa Indonesia) agak betul.
Sekali lagi orang Kristian dan Muslim berbeza pendapat tentang
cara dan akibat kedatangan kedua ini tetapi mereka setuju akan
hakikatnya. Kedatangan Isa Al-Masih untuk kali kedua ialah satu
daripada topik paling agung dan ekstensif dalam teks-teks
nubuatan Alkitab, tetapi beberapa petikan memadai:
Kemudian tanda Anak Manusia akan kelihatan di langit. Pada
masa itu semua bangsa di bumi akan menangis, ketika melihat
Anak Manusia datang di awan dengan kekuasaan dan kemuliaan
yang besar. (Matius 24:30)
Pada masa itu malaikat agung akan berseru dengan suara
yang kuat dan trompet Allah dibunyikan, lalu Tuhan sendiri
akan turun dari syurga. Mereka yang percaya kepada Al-Masih
dan sudah meninggal dunia akan dihidupkan terlebih dahulu. (1
Tesalonika 4:16)
Lihatlah. Dia datang dengan awan! Semua orang akan melihat
Dia, termasuk juga mereka yang sudah membunuh Dia. Semua
bangsa di bumi akan meratap kerana Dia. Ya, tentu! Amin!
(Wahyu 1:7)
Kita boleh menyimpulkan bahawa kedatangan kedua Isa Al-Masih
untuk mengisytiharkan Hari Penghakiman ialah satu fakta yang
dipersetujui oleh Alkitab dan Quran.
Adalah penting untuk diperhatikan bahawa banyak daripada
gelaran-gelaran agung Isa Al-Masih di dalam Alkitab diulang dalam
Quran. Contohnya dia dipanggil Firman Allah dalam kedua-dua buku.
Quran bersetuju dengan Alkitab apabila memanggilnya Al-Masih.
Juga dia dipanggil Roh daripada Allah dalam Quran.
Gelaran-gelaran ini, bagaimanapun, disentuh dalam satu artikel
sampingan dalam siri ini yang berjudul 'Gelaran-gelaran Isa
Al-Masih dalam Quran dan Alkitab'. Kerana kami berniat untuk
menunjukkan bahawa keempat hal ini setakat ini membuat Isa
Al-Masih begitu unik dalam kehidupan dan sifatnya, adalah
berfaedah untuk diingat bahawa Quran dan Alkitab memberinya
gelaran-gelaran yang tidak digunakan untuk orang lain..
2. KEUNIKAN HAZRAT ISA
AL-MASIH.
Kami telah menggariskan empat ciri kehidupan Isa Al-Masih yang
diajar di dalam Quran dan Alkitab. Apakah yang boleh dipelajari
dari ciri-ciri ini? Pertama, mereka menampilkan untuk kita
seorang manusia yang agak unik dalam sejarah manusia. Kedua,
mereka menunjukkan bahawa keunikan ini membayangkan keunikan
unggul - sepertimana yang tidak dimiliki oleh orang lain. Marilah
kita secara ringkas menganalisis keempat-empat ciri unik Isa
Al-Masih yang telah kita perhatikan setakat ini..
- a). Kelahiran-dara.
Dilahirkan oleh seorang perempuan dara, Isa Al-Masih
mempunyai satu permulaan hidup yang luarbiasa dan unik.
Dialah satu-satunya manusia dalam sejarah manusia yang
dilahirkan dalam cara yang luarbiasa ini.
- b). Ketiadaan dosa oleh Isa Al-Masih.
Dia sahaja yang menjalani hidup tanpa dosa. Semua
manusia lain, pada satu ketika, telah berdosa dalam
fikiran atau perbuatan mereka, seperti yang disaksikan
oleh Alkitab dan Quran. Tetapi Isa Al-Masih menjalani
hidup yang tiada dosa dan yang sepenuhnya suci dan murni.
Jadi bukan sahaja kehidupannya bermula dengan luarbiasa,
tetapi dijalani dengan cara yang unik juga.
- c). Pengangkatan Isa Al-Masih.
Jika kehidupan Isa Al-Masih bermula dengan cara yang
luarbiasa, ianya berakhir dengan cara yang lebih hebat
lagi. Sementara orang lain kembali ke tanah, Isa Al-Masih
naik ke syurga. Dalam cara ini dia unik juga - tidak ada
manusia lain tanpa mengubah sifatnya naik ke hadirat
Allah yang hidup seperti yang diajar oleh Quran dan
Alkitab. Dia sahaja yang dapat pergi ke tempat para
malaikat tidak berani injak - takhta Allah yang penuh
kemuliaan. Quran dan Alkitab mengajar bahawa tidak ada
manusia lain yang lakukan ini. Dalam hal ini Isa Al-Masih
juga unik..
- d). Kedatangan kali kedua.
Dunia Kristian dan Muslim menunggu kedatangan kembali
Isa Al-Masih dari syurga. Quran dan Alkitab mengajar
bahawa dia sahaja yang akan mengisytiharkan hari
Penghakiman. Orang Kristian dan Muslim mungkin tidak
sependapat dalam apa yang mereka harap Isa Al-Masih
lakukan apabila dia kembali tetapi kedua-duanya
mengharapkan dia untuk mengambil penguasaan dunia ini
sebagai Hakim segala-galanya. Ini sahaja meletakkannya di
atas semua manusia lain dalam pencapaian dan sekali lagi
menjadikan dia unik di antara manusia --satu keunikan
yang diselubungi keagungan dan kemuliaan.
Walaupun dia berada di syurga tertinggi hampir dua ribu tahun,
dia akan kembali dengan wajahnya kelihatan tidak lebih tua dari
masa dia naik ke syurga. Walaupun sudah abad-abad berlalu maut
mahupun masa tidak ada kesan atasnya. Ini juga dipersetujui
bersama oleh Quran dan Alkitab.
Tidak ada manusia lain dalam sejarah yang boleh kita baca
tentang permulaan dan pengakhiran hidup mereka di bumi yang
begitu hebat. Dan tidak ada manusia lain yang ditunggu oleh orang
Kristian dan Muslim - dan juga yang di syurga. Dengan keterangan
yang ada dari semua kenyataan yang diakui ini, kita hanya dapat
menyimpulkan bahwa Isa Al-Masih ialah manusia yang sungguh unik.
Tidak ada orang yang boleh dibandingkan dengannya. Dalam
kelahirannya, sifatnya, tujuan dan kemuliaan muktamadnya, dia
mengatasi semua manusia lain yang pernah hidup di dunia ini.
Harus dinyatakan di sini bahawa keunikan Isa Al-Masih bukanlah
akibat keadaan sekeliling yang baik, atau akibat kemurahan hati
manusia, tetapi sepenuhnya akibat kehendak Allah yang istimewa,
yang dengan caraNya tersendiri telah bertanggungjawab untuk
keagungannya. Allahlah yang telah menjadikan Isa Al-Masih unik di
antara manusia. Adalah melalui kuasa dan kehendak-Nya sendiri
yang kita melihat seorang manusia yang dari permulaan hingga
akhir dipenuhi dengan keagungan dan hormat yang besar.
Keagungannya berasal dan datang dari syurga.
Kesemua ini menuntut perhatian yang serius. Beberapa soalan
mendesak untuk dijawab. Mengapa Allah memberi Isa Al-Masih
keunikan ini? Apakah implikasi kesemua ciri-ciri yang luarbiasa
ini dalam kehidupannya? Apakah jenis manusia ini yang tidak
mengongsikan ciri-ciri ini dengan orang terkenal yang lain tetapi
memiliki kesemuanya di dalam dirinya? Dan akhirnya - dan yang
paling penting - siapakah manusia ini Isa Al-Masih, apabila
kesemua ciri-ciri kehidupan dan sifatnya yang luarbiasa menuntut
bahawa dia tidak mungkin hanya manusia biasa seperti manusia
lain? Semua yang ditulis selanjutnya adalah satu kajian bandingan
antara Quran dan Alkitab untuk mencari jawapan kepada
soalan-soalan ini.
3. IMPLIKASI
KEUNIKAN HAZRAT ISA AL-MASIH.
Ciri-ciri unik Isa Al-Masih menuntut bahawa dia lebih dari
seorang nabi. Allah telah mengangkat ramai nabi yang merupakan
manusia biasa, yang dilahirkan secara biasa, yang mati cara
biasa, mempunyai kegagalan yang biasa dengan manusia lain, dan
kerana itu tidak berbeza dari manusia lain kecuali kurnia nubuat
dan kerja Allah dalam hidup mereka. Tetapi kelahiran-dara Isa
Al-Masih, kehidupannya yang tidak berdosa, pengangkatannya dan
kedatangannya kali kedua menuntut dan memberi implikasi bahawa
dia bukan hanya seorang nabi. Dalam apa yang sudah diketahui
tantang keunikan kehidupannya, pastilah orang Kristian tidak
boleh disalahkan kerana percaya bahawa dia adalah yang terutama
dalam segala hal dan di atas semua manusia lain. Kami pasti orang
Muslim juga boleh lihat bahawa, dari sifat mulia kehidupannya dan
tujuannya, ada sesuatu yang lebih kepada dia dan perhubungannya
dengan Allah berbanding dengan apa yang mula-mula dapat
diperhatikan.
Agak jelas Isa Al-Masih bukan hanya seorang utusan. Walaupun
Quran merujuk kepada fakta bahawa ada utusan-utusan lain
sebelumnya (Surah 5:75), akan tetapi dari segi kelahirannya,
kehidupannya, tujuannya dan kedatangannya kali kedua, boleh
disimpulkan bahawa tidak ada utusan yang sepertinya. Jika Isa
Al-Masih hanya seorang utusan seperti utusan-utusan yang lain,
kenapa Allah mengganggu proses penciptaan untuk mengandungkan Isa
Al-Masih dalam rahim seorang perempuan-dara dengan kuasa RohNya?
Kenapa Dia memimpin Isa Al-Masih untuk menjalani hidup tanpa dosa
sementara membenarkan utusan-utusan lain menganiaya jiwa mereka
kadang-kala? Kenapa Allah mengambil Isa Al-Masih untuk
bersama-Nya selama ini dalam hadirat-Nya yang mulia sambil
meninggalkan semua utusannya yang lain untuk kembali ke tanah
asal mereka? Dan kenapa menghantar dia kembali ke dunia ini untuk
menguasainya dan juga untuk memilihnya untuk mengisytiharkan Hari
Penghakiman?
Cadangan bahawa Isa Al-Masih hanya seorang utusan Allah tidak
boleh menahan arus bukti-bukti yang melimpah tentang kehidupan
dan kehormatannya yang terhormat dan luarbiasa - dan yang agak
intim dengan Allah. Sementara manusia lain telah datang melalui
cara semulajadi dan telah kembali secara semulajadi, Allah
nampaknya telah menolak alam semulajadi ke tepi supaya Dia
mempunyai pengaruh dan penglibatan terus dalam kehidupan dan masa
depan Isa Al-Masih. Allah membawanya masuk ke dunia ini dengan
cara dikandungkan oleh Roh-Nya dalam rahim seorang perempuan
dara. Allah mengangkatnya ke syurga supaya dia boleh bersama-Nya
dalam hadirat-Nya yang penuh kemuliaan untuk kurun-kurun yang
lepas ini. Allah akan mengirim dia ke bumi sekali lagi untuk
menamatkan sejarah manusia dan mengisytiharkan Penghakiman-Nya.
Adalah jelas bahawa Allah dalam segala hal terlibat dengan
manusia ini Isa Al-Masih. Walaupun orang lain datang dari tanah
dan kembali ke tanah, Isa Al-Masih datang dari Allah dan kembali
kepada Allah (Yohanes 16:28). Dalam beberapa cara Allah dan Isa
Al-Masih mempunyai satu perhubungan yang melampaui apa yang
dinikmati oleh makhluk lain yang pernah hidup. Quran mengakui
bukti-bukti dalam Alkitab yang membayangkan bahawa Isa Al-Masih
mempunyai perhubungan erat dengan Allah yang kemudiannya menuntut
bahawa dia lebih dari seorang utusan. Apakah yang dikatakan oleh
Quran kepada kita mengenai kepentingan keunikan Isa Al-Masih dan
adakah ianya berharmoni dan mendedahkan rahsia dirinya yang
menjadikannya begitu unggul dalam sejarah manusia? Marilah kita
perhatikan sama ada ini dilakukan - atau apakah kita perlu
melihat kepada Alkitab untuk mencari jawapan yang dicari, dan
untuk menemukan identiti sebenar Isa Al-Masih itu.
4. KEUNIKAN HAZRAT
ISA AL-MASIH DALAM QURAN.
Kita akan perhatikan empat ciri unik kehidupan Isa Al-Masih
seperti yang ternyata dalam Quran untuk menemukan sama ada kita
boleh mendapatkan penjelasan akan kepentingannya.
a). Kelahiran-dara.
Quran melayani kelahiran Isa Al-Masih hanya sebagai satu
penyataan kuasa Allah dan mengisytiharkannya tidak lebih penting
daripada penciptaan manusia pertama Adam. Kita membaca:
Maryam berkata: Ya, Tuhanku, bagaimanakah aku akan
mendapat seorang anak, padahal aku belum pernah disentuh
laki-laki. Allah berkata: Demikianlah, Allah menjadikan
apa-apa yang dikehendakiNya; apabila Ia hendak memutuskan
satu pekerjaan, Ia hanya berkata: Jadilah engkau, lalu
jadilah ia. (Surah 3:47)
Sesungguhnya umpama (keadian) Isa di sisi Allah seperti
(kejadian) Adam, Allah jadikan dia dari tanah, kemudian Allah
berkata kepadanya: Jadilah engkau, maka jadilah ia. (Surah
3:59)
Ayat kedua tidak merujuk secara terus kepada kelahiran-dara
tetapi dengan membandingkannya dengan ayat pertama maka jelaslah
apa yang ada dalam minda Quran. Dalam kedua ayat Quran ini
mengajar bahawa Isa Al-Masih telah diciptakan dan ini ialah hanya
satu manifestasi kuasa Allah. Dalam ayat kedua kita membaca
bahawa ciptaannya itu tidak berbeza dan tidak lebih hebat
daripada ciptaan Adam.
Secara ringkas, mari kita perhatikan kedua kenyataan ini.
Pertama, apakah kelahiran-dara Isa Al-Masih hanya satu penyataan
kuasa Allah? Bahawa ianya terjadi kerana kuasa Allah tidak perlu
disebut dan ini tidak menjelaskan maksud atau tujuan
kelahiran-dara itu. Adalah pasti usaha agung penciptaan dunia ini
tanpa apa-apa, dan fakta-fakta lain tentang ciptaan (pemberian
hidup kepada manusia, binatang dan makhluk lain) adalah bukti
yang cukup tentang kuasa kreatif Allah. Apa perlunya untuk Allah
memberi satu lagi demonstrasi akan kuasanya itu? Dalam Quran ada
banyak peristiwa di mana Muhammmad diberitahu bahawa jika manusia
tidak akan percaya kepada Alllah walaupun adanya semua bukti
dalam ciptaan, maka mereka juga tidak akan percaya jika ada
penyataan baru dan tanda yang datang kepada mereka. (Lihat Surah
6:1-41 sebagai contoh). Dalam cara yang sama Quran mengajar
bahawa tidak perlu bukti kebangkitan terakhir untuk orang tidak
percaya - bukti bahawa Allah boleh menciptakan manusia tanpa
apa-apa sesungguhnya ialah bukti bahawa Allah boleh membangkitkan
mereka daripada kematian (Surah 22:5). Jadi kami juga menganggap
bahawa ciptaan adalah bukti yang cukup tentang kuasa kreatif
Allah --dan jika manusia tidak akan percaya walaupun adanya
bukti-bukti ini, penyataan berkuasa yang selanjutnya tidak akan
berjaya membuat mereka percaya. Jadi kelahiran-dara Isa Al-Masih
tidak boleh hanya merupakan satu manifestasi kuasa Allah.
Sesungguhnya ia akan memerlukan hanya sedikit penggunaan kuasa
ini untuk menyebabkannya terjadi dan juga tiada bukti lihat akan
demonstrasi ini. Kelahiran-dara tidak dapat dibuktikan secara
fizikal - tidak ada bukti nampak akan hal ini. Kita menerimanya
sebagai fakta oleh iman dalam Firman Allah bahawa ianya telah
berlaku. Tetapi tidak ada cara fizikal untuk membuktikannya. Jadi
kami membuat kesimpulan bahawa kelahiran-dara ini tidak boleh
menjadi satu demonstrasi sampingan kuasa Allah kerana demonstrasi
ini tidak dilihat ramai orang - saksi-saksinya sangat
berkurangan. Mesti ada sebab lain untuk peristiwa ini.
Kedua, kita mesti mempertimbangkan saranan dalam Quran bahawa
kelahiran Isa Al-Masih tidak berbeza daripada penciptaan Adam.
Kami akan segera bersetuju bahawa , sebagai penyataan kuasa
Allah, kelahiran-dara sebenarnya tidak lebih hebat daripada
penciptaan Adam. Sebaliknya ini memerlukan satu penggunaan kuasa
yang sedikit jika dibandingkan dengan penciptaan Adam. Ini
mencadangkan dengan lebih kuat lagi bahawa adanya sebab lain di
sebalik perbuatan ajaib Allah ini.
Kenapa Isa Al-Masih perlu dilahirkan oleh seorang perempuan
dara? Allah sesungguhnya tidak melakukan hal-hal luarbiasa
seperti ini jika ianya tidak perlu. Dia hanya akan menyebabkan
kelahiran-dara berlaku jika ianya perlu dilakukan. Ada sesuatu
yang memerlukan Isa Al-Masih dilahirkan dengan cara ini.
Perbandingan dengan Adam tidak langsung membantu kita. Adam
diciptakan daripada tanah dan tidak mungkin mempunyai bapa atau
ibu - adalah perlu supaya manusia pertama diciptakan tanpa bapa
atau ibu. Tetapi Isa Al-Masih dilahirkan sesudah sekian lama
kerja penciptaan Allah ini berakhir dan kelahiran umat manusia
telah lama wujud. Kita telah lihat kenapa perlu untuk Adam
diciptakan tanpa bapa atau ibu - tetapi mengapakah perlu Isa
Al-Masih dilahirkan oleh seorang ibu sahaja? Bandingan dengan
Adam langsung tidak menjawap soalan ini.
Soalan ini menuntut satu jawapan yang lengkap apabila ianya
dinyatakan begini - Mengapa Isa Al-Masih dilahirkan oleh seorang
perempuan dara - dan tidak oleh sesiapa yang lain? Mengapa ibu
Isa Al-Masih menjadi wanita paling penting dalam Quran dan
Alkitab dan bukan wanita lain? Bandingkan kedua ayat ini:
Dia berseru, "Berbahagialah engkau antara kaum
perempuan, dan berbahagialah juga kandunganmu itu."
(Lukas1:42)
(Ingatlah) ketika malaikat berkata: Ya, Maryam,
sesungguhnya Allah telah memilih engkau, menyucikan engkau
dan memilih engkau di atas perempuan-perempuan dalam alam.
(Surah 3:42)
Ayat-ayat ini dengan jelas mengajar bahawa Maryam adalah
wanita paling agung yang pernah hidup. Mengapa ini? Kerana dia
ibu-dara Isa Al-Masih. Dia teragung di antara wanita kerana dia
menjadi ibu manusia paling agung. Semua ini menuntut bahawa ada
sesuatu yang sangat unik tentang anaknya - dan keunikan ini
dengan caranya yang tersendiri, mengakibatkan supaya Isa Al-Masih
mesti dikandungkan dan dilahirkan oleh seorang wanita-dara.
Satu-satunya petanda yang Quran berikan ialah bahawa tujuan
lawatan malaikat ialah untuk memberinya satu anak lelaki yang
suci. Kesucian luarbiasa Isa Al-Masih menyebabkan kelahiran-dara
sesuatu yang perlu. Tetapi ini membawa kita kepada ciri
seterusnya, bersama dengan ciri-ciri lain, yang menyebabkan kita
membuat kesimpulan bahawa Isa Al-Masih itu unik tetapi ianya
tidak mendedahkan apakah keunikan itu sebenarnya. Tetapi marilah
kita teruskan dan lihat keterangan apakah yang boleh kita
dapatkan dari Quran.
b). Isa Al-Masih Tiada Dosa.
Kenapa harus Isa Al-Masih satu-satunya manusia yang tiada dosa
di antara semua manusia.? Quran mengakui Isa Al-Masih tiada dosa
tetapi tidak memberi sebab untuk keadaannya itu. Hakikat bahawa
dia seorang nabi tidak menjawab soalan kita. Nabi-nabi tidak
dinyatakan sebagai suci dan ramai daripada mereka dipaparkan
sebagai pelaku kesalahan. Tetapi kami mesti bertanya sekali lagi
- kenapa Isa Al-Masih sahaja tanpa dosa dan bukan orang lain?
Kami boleh faham bahawa dia hanya seorang utusan jika dia
mempunyai satu ciri unik sepertimana nabi-nabi lain mempunyai
ciri-ciri unggul mereka tersendiri. Tetapi kesemua ciri-ciri yang
kita perhatikan ini dimiliki oleh satu orang sahaja berbanding
dengan orang lain - dan manusia itu ialah Isa Al-Masih Di sini
juga Quran tidak menyatakan mengapa Isa Al-Masih dijadikan begitu
unik.
c). Pengangkatan Isa Al-Masih.
Quran hanya memberi kita satu sebab untuk pengangkatan Isa
Al-Masih - Allah mengangkatnya ke syurga untuk menyelamatkan
dirinya dari niat jahat orang Yahudi yang mahu membunuhnya.
Tetapi ini tidak menjelaskan mengapa Allah memilih untuk
menikmati hadirat Isa Al-Masih untuk lebih kurang dua puluh abad.
Jika tujuannya hanya untuk menyelamatkan Isa dari orang Yahudi,
kenapa tidak kirimkannya kembali apabila mereka yang mahu
membunuhnya tidak ada lagi.? Kami pasti Allah boleh mencari jalan
lain yang lebih mudah untuk menyelamatkan Isa Al-Masih jika dia
hanya seorang utusan seperti mereka sebelumnya. Ini sesungguhnya
satu cara yang luarbiasa dan mendadak untuk menyelamatkan Isa
Al-Masih daripada orang Yahudi.
Kami ada bukti yang kukuh untuk usul ini dari Alkitab kerana
sejurus selepas Isa Al-Masih dilahirkan, Herodes, Raja Yudea,
berusaha membunuhnya apabila khabar sampai kepada Raja Herodes
bahawa Al-Masih yang sekian lama dinantikan telah dilahirkan di
Bethlehem. Dengan serta-merta, seorang malaikat menjelma kepada
Yusuf dalam satu mimpi dan berkata:
Setelah mereka berangkat, malaikat Tuhan menampakkan diri
kepada Yusof dalam mimpi dan berkata, "Herodes akan
mengeluarkan perintah untuk mencari anak itu dan membunuh
Dia. Bangunlah dan bawalah anak itu dengan ibu-Nya ke Mesir.
Tinggallah di sana sehingga Aku berfirman lagi
kepadamu." (Matius 2:13)
Yusuf dan Maria dengan segera berangkat ke Mesir pada malam
itu bersama anak mereka. Tetapi setelah Herodes meninggal dunia,
malaikat itu menjelma kembali kepada Yusuf dan berkata:
Malaikat itu berkata, "Bangunlah dan bawalah anak itu
dengan ibu-Nya kembali ke Israel, kerana orang yang cuba
membunuh anak itu sudah meninggal." (Matius 2:20)
Pastilah Allah boleh menggunakan cara yang sama untuk kali
kedua jika dia berniat untuk menyelamatkan Isa Al-Masih daripada
orang Yahudi. Kami mesti menolak teori bahawa Isa Al-Masih dibawa
ke syurga semata-mata untuk melepaskan diri dari orang Yahudi
yang mahu membunuhnya. Mereka yang berusaha membunuhnya telah
mati sembilan kurun lalu, tetapi Allah tetap berkenan menyimpan
Isa Al-Masih dalam hadiratnya di syurga dan telah melakukan ini
semenjak Isa diangkat ke syurga beberapa generasi yang lalu.
Kami hanya boleh menyimpulkan bahawa adalah tujuan asal Allah
mengangkat Isa Al-Masih ke syurga dan adalah pasti dia tidak
melakukan ini hanya untuk menyelamatkannya daripada tangan-tangan
orang Yahudi. Kami mesti bertanya sekali lagi - kenapa Isa
Al-Masih diangkat ke syurga, dan bukan orang lain (Yohanes 3:13).
Mengapa Allah berkehendakan supaya masa di antara kehidupan Isa
Al-Masih di dunia dan penghujung masa, dia (Isa Al-Masih) akan
memerintah bersama-Nya dalam kemuliaan di syurga tertinggi?
Dengan segala hormat, kami terpaksa membuat kesimpulan bahawa
Quran tidak memberi jawapan kepada soalan-soalan ini.
d). Kedatangan kali kedua.
Kenapa Allah telah memilih Isa Al-Masih untuk membawa seluruh
dunia di bawah penguasaannya? Kenapa bukan Muhammad? Kenapa dia
tidak mengangkat orang lain tetapi memilih untuk memberi Isa
Al-Masih satu lagi jabatan mulia yang melampaui mana-mana jawatan
yang telah diberi kepada utusan-utusan lain.
Jauh daripada menjawab soalan-soalan seperti ini, dunia Muslim
telah, menurut pandangan kami, berusaha untuk menyingkirkan
melalui penerangan mereka keunikan Isa Al-Masih dan bukannya
menerangkan mengapa keunikan itu wujud. Kecenderungan ini untuk
menyingkir dengan penerangan kemuliaan Isa Al-Masih dan bukan
menyelidikinya akan memimpin orang kepada jalan yang menyesatkan.
Kelahiran istimewa Isa disebabkan oleh campurtangan Allah yang
terus. Seluruh kehidupannya satu perhubungan yang intim dengan
Allah. Allah yang sama ini mengenakan atas Isa keagungan dan
kemuliaan dengan mengangkat dia ke syurga dan mengumumkan bahawa
dialah yang akan mengisytiharkan hukuman terakhir Allah dalam
sejarah dunia. Tidakkah pola ini menuntut bahawa ada sesuatu yang
sangat mulia tentang peribadi Isa yang mengikat kesemua hal ini
bersama? Pastilah semua ciri-ciri ini tidak bererti jika Isa
Al-Masih hanya seorang nabi dan utusan dari Allah.
Peristiwa-peristiwa ini ialah satu bukti kolektif bahawa ada
sesuatu yang agung tentang manusia Isa Al-Masih tetapi apakah
halnya itu, Quran hanya membisu. Kenapa begini? Jawapannya boleh
ditemukan dalam keterangan kami seterusnya. Quran dikenali dalam
dunia Kristian bukan kerana apa yang diakuinya tentang Isa tetapi
apa yang disangkalnya tentang Isa Al-Masih. Quran menolak Isa
Al-Masih sebagai Anak Allah dan menafikan penyalibannya. Dalam
pandangan kami - dan kami nyatakan ini dengan hormat berdasarkan
hak kami untuk menyatakan apa yang benar dan tanpa apa keinginan
untuk menyebabkan masalah - Quran, kerana menafikan kedua
kenyataan penting ini tentang Isa Al-Masih, telah secara langsung
merompak kepentingan Isa Al-Masih yang dinyatakan leh semua
ciri-ciri unik yang telah kita amati setkat ini. Kami akan terus
melihat bagaimana ciri-ciri unik ini berharmoni dengan satu sama
lain dan mencari maksud dan kepentingannya dalam dua akidah
fundamental Kristian - bahawa Isa Al-Masih adalah Anak Allah dan
bahawa dia mati untuk dosa-dosa kita..
5. SEBAB-SEBAB UNTUK
KEUNIKAN HAZRAT ISA AL-MASIH.
a). Isa Al-Masih ialah Putera Allah.
Jika Isa Al-Masih ialah Putera Allah, maka adalah sangat perlu
supaya dia dilahirkan oleh seorang perempuan dara apabila ia
datang dalam rupa manusia. Untuk menjadi Putera Allah dia mesti
sudah wujud dari kekekalan. Juga dia tidak boleh dilahirkan dari
seorang bapa manusia jika dia Putera Allah, apabila dia menjadi
manusia. Kehidupan umat manusia adalah di dalam benih lelaki -
Isa Al-Masih tidak dapat dikandungkan memalui seorang bapa
manusia jika dia adalah Putera Allah. Sesiapa yang dilahirkan
oleh seorang bapa manusia mesti seorang manusia dan hanya
manusia. Hanya Allah boleh menjadi Bapa kepada Putera Allah.
Ini menerangkan perlunya kelahiran-dara dan memberi sebab
untuknya. Akhirnya kita dapat lihat kepentingan kelahiran-dara.
Keperluannya sekarang dapat dilihat. Isa Al-Masih perlu
dilahirkan oleh seorang perempuan dara kerana dia Putera Allah
dan telah wujud sebelum menjadi manusia. Sebab untuk kelahirannya
yang luarbiasa juga dijelaskan oleh hal ini dan juga
keperluannya. Dia dilahirkan dengan cara yang unik ini oleh
campurtangan Allah kerana dia Putera Allah. Inilah sebabnya Allah
menyebabkan semua manusia masuk ke dunia ini dengan cara
semulajadi (termasuk Adam yang diciptakan dari alam semulajadi di
mana dia berada) tetapi terlibat secara khusus dalam kelahiran
Isa Al-Masih. Semua manusia lain dibuat dari tanah yang sama yang
dipakai untuk menciptakan Adam, tetapi Isa dikandungkan
sepenuhnya oleh Roh Allah - kerana dia Putera Allah. Inilah
sebabnya dia mempunyai permulaan unik kepada kehidupannya di
dunia - kerana dia sendiri unik kerana dia Putera Allah. Inilah
apa yang dinyatakan oleh malaikat itu kepada Maryam apabila dia
datang untuk menjelaskan penghamilan yang luarbiasa itu:
Dia akan menjadi mulia dan Dia akan digelar 'Anak Allah
Yang Maha Tinggi'. Tuhan Allah akan mengurniakan takhta Daud,
nenek moyang-Nya itu kepada-Nya. Malaikat itu menjawab,
"Roh Suci akan turun atasmu, dan kuasa Allah Yang Maha
Tinggi akan menaungi engkau. Oleh sebab itu, Anak Suci yang
dilahirkan itu akan digelar 'Anak Allah'. (Lukas 1:32,35).
- Ketiadaan-dosa Isa Al-Masih.
Tidak ada orang Kristian yang percaya bahawa Isa Al-Masih
ialah Anak Allah jika dia pernah berdosa terhadap Allah. Adalah
perlu untuk dia tidak berdosa jika dia adalah Anak Allah kerana,
jika Bapa dan Anak adalah satu seperti Isa katakan (Yohanes
10:30), Anak mesti selalu melakukan kehendak Bapanya. Dan ini
kita dapati dia selalu lakukan, seperti yang dinyatakan dalam
kata-kata ini:
Isa Al-Masih menjawab, "Percayalah, Anak tidak dapat
melakukan apa-apa menurut kehendak-Nya sendiri. Dia hanya
melakukan apa yang dilihat-Nya dilakukan oleh Bapa-Nya. Apa
yang dilakukan oleh Bapa, perkara itu juga yang dilakukan
oleh Anak. (Yohanes 5:19)
Jika dia Anak Allah, dia mesti satu dengan Bapa. Kerana itu
dia tidak boleh lakukan sesuatu dengan kehendaknya sendiri,
kerana jika dia melakukan sesuatu dengan kehendaknya sendiri, dia
tidak akan lagi satu dengan Bapa dan dia tidak akan lagi
melakukan apa yang Bapa lakukan - jadi dia tidak akan menjadi
Anak Allah. Seseorang yang melakukan kehendak Allah sepenuhnya
tidak boleh berdosa terhadap-Nya. Jadi kita boleh lihat kenapa
adalah perlu bahawa Isa Al-Masih tiada dosa jika dia Anak Allah -
kerana Anak Allah hanya melakukan kehendak Bapa pada setiap masa.
Kerana itu Isa Al-Masih ada berkata:
Dia yang mengutus Aku ada bersama-sama Aku. Dia tidak
pernah membiarkan Aku sendirian, kerana Aku sentiasa
melakukan apa yang menyenangkan hati-Nya. (Yohanes 8:29)
Jadi kita boleh lihat kenapa Isa ialah satu-satunya manusia
yang suci dan tanpa dosa. Orang biasa melakukan sesuatu mengikut
kehendak sendiri, tetapi Anak Allah hanya boleh melakukan
kehendak Bapanya di syurga.
Pengangkatan Isa Al-Masih.
Jika Isa Al-Masih kembali ke tanah sebagai mana yang berlaku
kepada semua manusia, tidak ada orang Kristian yang akan percaya
bahawa dia Anak Allah. Anak Allah pastinya mempunyai rumahnya di
syurga. Jadi jika dia menjadi manusia, dia tidak dapat mengikut
jalan yang biasa dilalui manusia tetapi harus kembali ke syurga.
Jika Isa Al-Masih ialah Anak Allah, maka pengangkatannya ke
syurga satu kemestian dan juga satu ciri asas untuk membuktikan
kenyataan itu.
Kita sedang melihat bahawa ciri-ciri unik Isa Al-Masih bukan
hanya, dalam satu muafakat, menyokong kepercayaan bahawa dia
adalah Anak Allah, tetapi juga adalah sangat perlu untuk
ciri-ciri ini ada dalam hidupnya supaya kepercayaan ini
dibuktikan benar. Tetapi pasti juga kehadiran ciri-ciri unik ini
- perlu jika dia Anak Allah - menekankan atas minda kita
kesedaran bahawa dia sesungguhnya Anak Allah. Ciri-ciri unik ini
membayangkan bahawa manusia yang mereka tunjukkan mesti memiliki
keunikan yang hanya boleh membuat ciri-ciri ini perlu - dia mesti
Anak Allah.
Quran, untuk menyatakan kepada minda kita yang terhad dan
memberi kita sedikit pengetahuan tentang kemuliaan Allah, sering
menyatakan tentang takhta di mana Allah duduk (Surah 10:4, 7:54,
13:2 dsb.) Bahasa metafora ini menyedarkan kita tentang
kedaulatan yang Allah nikmati atas alam semesta ini. Alkitab juga
membuat kenyataan yang sama, tetapi untuk memberi kita satu
fahaman yang konkrit tentang status Isa Al-Masih di syurga,
Alkitab berkata dalam bahasa yang sama bahawa dia duduk di
sebelah kanan tangan Allah di syurga:
"Lihatlah", katanya, "saya melihat syurga
terbuka dan Anak Manusia berdiri di sebelah kanan
Allah!" (Kisah Para Rasul 7:56)
Allah melaksanakan kuasanya yang besar dalam Isa Al-Masih
apabila Dia mengangkatnya dari kematian dan membuatnya duduk
di sebelah kanan tangannya di syurga. (Efesus 1:20)
Inilah perkara penting daripada apa yang kami katakan:
Kita mempunyai Imam Agung seperti itu; Dia duduk di sebelah
kanan takhta Allah Yang Maha Besar di syurga. (Ibrani 8:1)
Ini tidak seharusnya diterima secara harfiah tetapi dalam
maksud yang murni yang dinyatakan oleh Quran tentang takhta
Allah. Dalam Quran dan Alkitab penyataan ini mendedahkan autoriti
yang Allah ada atas alam semesta dan Alkitab bercakap tentang Isa
di sebelah kanan tangan takhta untuk menyatakan perhubungan dan
status yang dia nikmati di syurga dengan Allah Bapa.
Dalam kebanyakan kerajaan pada masa penulisan Alkitab, setiap
orang harus tunduk bersujud di hadapan Raja yang ada di atas
takhta - kecuali anaknya. Isterinya, anak-anak perempuannya,
pembesar-pembesar dan rakyat jelata perlu tunduk bersujud di
takhtanya dan mengakui pemerintahannya, tetapi anak raja tidak
perlu melakukan demikian - dia berdiri atau duduk di sebelah
kanan takhta. Sebabnya sangat jelas - dia adalah pewaris takhta.
Takhta bapa adalah takhta dia juga. Inilah sebabnya Alkitab
berkata bahawa Isa Al-Masih berada di sebelah kanan takhta Allah
dan kadangkala bercakap tentang takhtanya (Ibrani 1:8 dan Wahyu
3:21). Sepertimana seorang anak adalah kepada bapanya si raja,
begitulah juga Isa Al-Masih kepada Bapanya di syurga. Dia naik ke
syurga untuk berada dalam hadirat Allah yang mulia (seperti yang
kita telah lihat dari Quran dan Alkitab ) kerana dia adalah Anak
Allah. Quran bercakap tentang takhta Allah - tempat yang layak
untuk Isa Al-Masih di syurga di sebelah kanan dia yang duduk di
takhta itu..
Siapa kecuali Anak Allah yang boleh membawa penghakiman Allah?
Ini sahaja yang boleh menerangkan kedatangan Isa Al-Masih untuk
kali kedua. Anak Allah, dengan menjadi manusia, telah menjadi
saluran yang jelas untuk penghakiman Allah untuk dua sebab.
Pertama, dia telah menyatakan Allah kepada manusia. Quran hanya
mengaku menyatakan kehendak dan sifat Allah. Isa Al-Masih
mengakui menampakkan Allah sendiri kepada manusia. Ayat-ayat
berikut menjelaskan ini:
Isa Al-Masih berkata lagi, "Bapa-Ku telah menyerahkan
segala sesuatu kepada-Ku. Tidak seorang pun mengenal Anak
kecuali Bapa, dan tidak seorang pun mengenal Bapa kecuali
Anak dan mereka yang diberitahu oleh Anak tentang bapa.
(Matius 11:27)
Sesiapa yang melihat Aku, juga melihat Dia yang mengutus
Aku. (Yohanes 12:45)
Tetapi Isa Al-Masih menjawab, "Sudah lama Aku
bersama-sama kamu semua, dan kamu belum mengenal Aku juga,
Filipus? Orang yang sudah melihat Aku, sudah melihat Bapa.
Mengapa kamu berkata, 'Tunjukkanlah Bapa kepada kami'?
(Yohanes 14:9)
Kedua, dia telah membawa manusia bersemuka dengan Allah. Maka
adalah sesuai bahawa setelah menjadi manusia, Anak Allah patut
menjadi saluran penghakiman Allah yang akan dinyatakan pada kali
terakhir:
Sebagaimana Bapa sendiri sumber hidup, Dia menjadikan
Anak-Nya sumber hidup juga. (Yohanes 5:26-27).
Ini sahaja menerangkan kedatangannya buat kali kedua, memberi
sebab yang munasabah untuknya dan menjadikannya sesuatu yang
perlu. Maka kedatangan kedua ini juga berharmoni dengan keunikan
Isa Al-Masih sebagai Anak Allah. Dia mewakili penghakiman Allah
di syurga sebagai dia yang menampakkan Allah kepada manusia dan
setelah menjadi manusia, layak dilantik untuk memanggil manusia
untuk penghakiman.
Jadi kita boleh lihat bahawa semua sifat unik Isa Al-Masih
perlu dan mengesahkan kebenarannya kepada fakta bahawa Isa
Al-Masih ialah Anak Allah. Sesungguhnya kewujudan penuh semua
ciri ini menuntut kesimpulan bahawa dia ialah Anak Allah. Jika
satu daripada ciri ini kekurangan, kepercayaan Kristian akan
jatuh ke tanah. Tetapi di dalam Alkitab, semua peristiwa wujud
untuk menyokong akidah bahawa dia adalah Anak Allah.
Apa yang menarik ialah bahawa Quran mengakui semua keunikan
ini! Sambil menafikan Isa Al-Masih sebagai Anak Allah, melalui
ciri-ciri yang diakui, ia tanpa kata-kata dan tanpa halangan
membayangkan bahawa dia sesungguhnya Anak Allah. Sebenarnya tidak
ada sesuatu pun dalam Quran tentang ciri-ciri kehidupan Isa
Al-Masih yang boleh dibawa sebagai bukti untuk menolak teori
bahawa dia adalah Anak Allah. Untuk setiap ciri yang dinyatakan
benar, Quran membayangkan bahawa dia adalah Anak Allah. Kami
hanya boleh membuat satu kesimpulan - Isa Al-Masih unik dalam
Quran dan Alkitab kerana dia adalah Anak Allah. Walaupun dia
seorang manusia di bumi, segala sesuatu tentang dirinya
meletakkannya pada tahap ilahi dan bukan pada tahap manusia.
b). Penyaliban Isa Al-Masih.
Kita telah melihat setakat ini kenapa Isa Al-Masih akan datang
ke dunia untuk kali kedua, tetapi pada masa ini kami terdorong
untuk bertanya kenapa dia datang dari syurga (tempat tinggalnya)
untuk diam antara manusia? Kenapa Putera Allah menjadi manusia
unik Isa Al-Masih? Bila-bila masa Allah ingin menghantar mesej
kepada manusia, dia mengangkat nabi-nabi. Jadi kenapa dia
mengutus Putera-Nya? Kenapa Putera Allah yang suci turun dan diam
bersama manusia berdosa dalam satu masyarakat yang rosak?
Adjektif-adjektif dalam soalan ini membekalkan jawapannya. Isa
Al-Masih ialah manusia unik - dia datang ke dunia kerana dia ada
misi unik untuk dipenuhi.
Allah telah memberi banyak undang-undang, mesej-mesej,
perjanjian-perjanjian dan galakkan kepada manusia pada masa-masa
lampau melalui nabi-nabi, tetapi tidak satu pun daripadanya
membantu memusingkan umat manusia dari kejahatan dan cinta akan
dosa. Tidak kira apa yang Allah hantar, manusia tetap berdosa.
Apabila Dia memberitahu umat Israel supaya tidak mempunyai Allah
lain, mereka dengan segera membuat satu anak lembu emas patung
dan menyembahnya. Semua manusia telah berdosa kerana mereka semua
orang berdosa. Dosa adalah satu bahagian utama sifat manusia -
tidak ada manusia yang bebas dari kuasanya. Seperti yang
dikatakan Isa Al-Masih, "Apa yang Aku katakan ini benar:
Setiap orang yang berbuat dosa adalah hamba dosa." (Yohanes
8:34) Dalam badan ini yang menekan jiwa manusia ialah sumber hawa
nafsu, ketamakan, keangkuhan, iri hati, kejahatan dan berbagai
macam dosa. Dari kepala sehingga kaki, badan manusia ialah tapak
pembiakan dan taman permainan dosa. Setiap fikiran, kata dan
perbuatan berdosa mempunyai sumbernya dari dalam manusia dan
bukan dalam dunia yang didiaminya. Hati manusia sendiri yang
membuatnya disesatkan oleh nafsu yang berdosa. Godaan-godaan
daging, cinta akan wang dan keangkuhan hidup berakar umbi dalam
manusia kerana dosa mempunyai pegangan yang kuat yang membuatnya
mustahil untuk manusia mengikut Allah dalam ketiadaan-dosa dan
kemurnian yang lengkap. Hukum Allah atas batu mahupun
hukum-hukum-Nya yang diberi melalui nabi-nabi tidak dapat
mengatasi kecenderungan dalam kita untuk melakukan dosa dan
mengikut desakannya.
Isa Al-Masih turun dari syurga ke bumi untuk melakukan apa
yang tidak dapat disempurnakan oleh Hukum dan nabi-nabi.
Perkara yang gagal dilakukan oleh Taurat kerana tabiat
manusia lemah, sudah dilakukan oleh Allah. Allah mengalahkan
kuasa dosa yang ada dalam tabiat manusia dengan mengutus
Anak-Nya sendiri, yang datang dalam keadaan manusia yang
cenderung berbuat dosa, untuk menghapuskan dosa. Allah
berbuat demikian supaya kehendak-Nya yang dinyatakan di dalam
Taurat dapat kita lakukan dengan sepenuhnya dalam hidup kita
yang menurut kehendak Roh Allah, dan bukan menurut kehendak
tabiat manusia. (Roma 8:3-4).
Putera Allah yang murni dan tanpa-dosa telah mengenakan daging
manusia dengan semua kuasa kesucian Allah yang dia miliki tanpa
apa-apa sekatan. Ini memastikan bahawa pertempuran antara Putera
Allah dan dosa dalam daging hanya boleh berkeputusan dalam
kemenangan untuknya. Isa Al-Masih datang dalam "keserupaan
daging berdosa" - ini bererti, di mengenakan hal yang selama
ini ialah sumber dosa dan kejahatan - tubuh badan manusia.
Dia tidak mengatasinya dari luar - dia memasukinya dari dalam.
Berkurun-kurun doa telah menjumpai satu sumber yang tidak boleh
ditolak dalam tubuh badan manusia untuk menjalankan pola dan
tujuannya. Isa Al-Masih, seperti mana ianya terjadi, berjumpa
dengan dosa dalam kandangnya sendiri. Dia masuk terus ke dalam
kem dan kubu dosa. Dia menjadi manusia dan mengenakan satu tubuh
yang dalam semua manusia lain telah menjadi mangsa kepada kuasa
dosa.
Isa membenarkan kuasa itu untuk mencobanya dengan teruk. Dia
ke padang gurun dan berpuasa selama empat puluh hari dan malam
tanpa apa-apa makanan atau minuman sehingga dia lemah kerana
kelaparan. Si jahat menembak anak panahnya yang paling bahaya ke
arah Isa Al-Masih. Roh Allah telah menjadikan batu teman Isa
Al-Masih. Iblis menggodanya untuk tidak taat kepada Allah dan
memuaskan kelaparannya dengan menukar batu-batu itu kepada roti.
Isa menolak cadangan ini.
Tuhan telah menjadikan gurun tempat tingal Isa Al-Masih -
Iblis menawarkannya semua kerajaan dunia dalam sekelip mata, yang
ramai maharaja-maharaja dunia telah berusaha dapatkan tanpa
kejayaan. Dengan kuasa yang dimilikinya, dia dapat memiliki
semuanya itu. Dia hanya perlu mendengar cakap Iblis sepertimana
manusia lain telah lakukan lakukan daripada mentaati Bapanya yang
telah menyediakan stau lagi kerajaan untuknya. Isa menolak
tawaran itu dan menyangkal godaan ini juga.
Allah menjadikan Isa Al-Masih manusia tersunyi di dunia dalam
gurun itu - Iblis menawarkannya penghormatan semua bangsa jika
dia hanya mencari ketaatan mereka untuk dirinya sendiri menentang
kehendak Bapanya. Dia tidak mahu manusia menghormatinya sesuai
dengan keangkuhan manusia yang ditawarkan oleh Iblis. Dia tidak
mahu menjadi pemimpin yang menurut hukum dunia ini - teman
raja-raja yang telah mencapai kemasyhuran dan prestij kerana
mereka telah mencari pujian manusia dan bukan pujian Allah yang
selalu dicari Isa Al-Masih. Dia tidak sanggup mengikut jalan
ramai orang sebelumnya yang berusaha memerintah dunia ini dengan
cara mereka, dan bukan dengan tunduk dengan rendah hati kepada
Allah dalam kesetiaan penuh.
Dia "mengutuk dosa dalam daging". Tidak ada tubuh
badan pada masa itu, kerana kelemahannya, yang kurang cenderung
untuk menolak kuasa dosa. Tetapi Isa Al-Masih memusnahkan kuasa
dosa dalam kandangnya sendiri dan apa yang tinggal ialah untuk
dia memberi hasil kemenangannya kepada hamba-hamba dosa yang dia
telah datang untuk bebaskan.
Tetapi untuk melakukan ini dia bukan hanya perlu mengalami
godaan penuh dosa tetapi juga akibat langsungnya, Dia dengan
sengaja telah pergi ke kayu salib untuk mengalaminya. Allah akan
mencurahkan seluruh amarahnya terhadapa dosa. Tubuh badan manusia
ialah satu-satunya tempat di mana ianya akan ditemui dan sesuai
di dalam tubuh badan manusia Isa menanggung mana atas salib bagi
pihak manusia di mana akibat penuh dosa. Dia memasuki kamarnya
yang paling dalam apabila dia mati. Maut ialah akibat paling
teruk dosa. Isa Al-Masih meminum sepenuhnya sampah dosa untuk
mendapatkan kemenangan yang mutlak atasnya. Apabila dia
disalibkan dia menanggung amarah Allah terhadap dosa dan apabila
dia mati dia membayar dendanya untuk selama-lamanya.
Apabila dia bangkit dari kematian tiga hari kemudian, dia
untuk selama-lamanya memperolehi satu kemenangan yang mulia atas
musuh Allah yang agung. Apabila dia naik ke syurga dia mengutus
Roh Allah kepada murid-muridnya supaya mereka boleh menikmati
hasil kemenangannya.
Dia telah memungkinkan manusia diperdamaikan dengan Allah,
untuk diampuni dari dosa-dosa mereka dan menerima kuasa dalam
tubuh mereka yang lemah untuk hidup dalam kemenangan oleh
kekuatan batin dari Roh Allah yang diam di dalam mereka. Dia
memungkinkan manusia untuk berjalan oleh Roh Hidup dalam Isa
Al-Masih, untuk sepenuhnya dikuasai olehnya, dan dengan itu
memenuhi tuntutan hukum-hukum Allah bahawa manusia harus
mengasihi dia dengan sepenuh hati, jiwa dan minda. Dia telah
membuka pintu supaya semua manusia boleh dibebaskan dari tabii
dosa mereka dan menjadi penerima kesuciaan ilahi dan berjalan
dalam kebenaran.
6. Kemuliaan Hazrat Isa
Al-Masih Dalam Alkitab.
Isa Al-Masih datang ke dunia buat kali pertama untuk menjadi
seperti kita dalam semua aspek supaya dia boleh membebaskan kita
dari kejahatan yang menguasai kita. Dengan mengosongkan dirinya
dari kemuliaan yang dia miliki bersama Bapa di syurga, dia
menjadi manusia seperti kita dan kelihatan seperti manusia lain
semasa dia berada di sini secara sukarela sehingga berjuta-juta
manusia sehingga hari ini berfikir dia hanya seorang manusia.
Tetapi Isa Al-Masih akan datang untuk kedua kali dan kali ini
peranannya berubah. Dia akan datang dengan kemuliaannya dan
sinaran keagungannya akan membuat sinaran matahari kelihatan
sebagai satu kelipan lemah. Telah dikatakan tentang
kedatangannya:
Tidak lama selepas kesusahan masa itu, matahari akan
menjadi delap dan bulan tidak lagi bercahaya. Bintang-bintang
akan jatuh ke langit, dan kuasa di angkasa lepas akan ditarik
daripada peredarannya. Kemudian tanda Anak Manusia akan
kelihatan di langit. Pada masa itu semua bangsa di bumi akan
menangis, melihat Anak manusia datang di awan dengan
kekuasaan dan kemuliaan yang besar. (Matius 24:29-30).
Semua jenis sumber cahaya yang lain akan gagal dan hilang
apabila dia dinampakkan dengan kemuliaannya yang penuh. Tetapi
sepertimana dia datang ke dunia kali pertama untuk menjadi
seperti kita, maka kedatangannya kali kedua akan menjadikan semua
pengikutnya yang benar sepertinya. Apabila dia muncul dari syurga
pada hari itu dengan kemuliaannya,
"orang yang melakukan kehendak Allah akan bersinar
seperti matahari di Dunia Baru Allah, Bapa mereka!"
(Matius 13:43),
Setiap tanda dosa akan disingkirkan dan dia akan membangkitkan
miliknya dalam tubuh mulia yang tidak berdosa. Sepertimana dia
dalam kasihnya yang tidak terukur dia telah mengambil semua dosa
manusia atas dirinya apabila dia mati di kayu salib, maka oleh
kasih kurnia dan kasihnya dia akan memberi kebenarannya dan
kesuciaan sebagai ganti kepada kita yang percaya.
Manusia Isa Al-Masih ini sungguh unik dalam kasihnya,
kemuliaannya, kesuciaannya, kebenarannya dan keagungannya yang
berkekalan. Dia adalah Anak Allah yang kekal dan dia menunjukkkan
kepada kita betapa dia mengasihi kita dan betapa besarnya kasih
kurnia dan kebaikannya terhadap kita, apabila dia mati untuk
dosa-dosa kita.
Apakah yang anda akan lakukan dengan Isa Al-Masih yang unik
ini? Apakah anda akan bersujud di kakinya dalam kekaguman untuk
penghormatan dan kasih kurnianya atau apakah anda akan bersujud
di kakinya pada hari Penghakiman apabila penghakiman Allah
berlaku dan kesemua musuh-musuhnya diinjak di bawah kakinya?
Apakah anda akan memilih mempercayai Anak Allah ini dan menemukan
kehidupan kekal dalam namanya, atau apakah anda akan terus
menolak dia dan kemuliaannya. Apakah anda akan menolak
keselamatan yang dia tawarkan kepada anda dan sebaliknya menerima
murka Allah atas anda?
Tetapi semua ini ditulis supaya kamu percaya bahawa Isa
Al-Masih Anak Allah, Penyelamat yang diutus oleh Allah, dan
kerana kamu percaya kepada-Nya, kamu beroleh hidup sejati!
(Yahya 20:31)
Homepej-homepej Bahasa Melayu dan Indonesia
Answering Islam Main Site (English)