返回总目录
Kesaksian Hamran Ambrie
TUHAN MEMBERITAHU SAYA SECARA PERIBADI -
KESAKSIAN BEKAS IMAM HAMRAN AMBRIE
Pada waktu dahulu saya merupakan seorang yang amat aktif dalam
Islam,juga merupakan salah seorang daripada Pengerakkan
Muhammadiah dan seorang pengajar Islam.Pada tahun 1947,saya
telah dipilih untuk menjadi pengerusi kepada Kongress Muslim
Kalimantan di Amutai,bersama-sama dengan K.H Idham Chalid. Pada
tahun 1950-51 saya menjadi Imam Muslim bagi pasukan tentera di
Banjarmasin,dengan kedudukan yang tinggi.Rencana saya telah
diterbitkan dalam beberapa majalah Islam seperti Mingguan Adil
di Solo,Mingguan Risalah Jihad di Jakarta dan Mingguan
Anti-komunis di Bandung.Saya telah bekerjasama dengan
Gerakkan Anti-Kristian dari tahun 1936 di Muara Teweh (Barito)
dan sehingga tahun 1962 bersimpati dengan kumpulan yang merancang
untuk membina undang-undang Islam di seluruh Indonesia,yang mana
secara tidak lansung adalah bertentangan dengan pendirian
Kristian.
Sebenarnya saya telah memiliki Kitab Suci Injil sendiri
semenjak tahun 1936.walau bagaimanapun,saya tidak membaca dan
mencari kebenarannya,tetapi mencari perenggan yang boleh membantu
saya untuk berdiri teguh sebagai seorang Muslim yang
mempunyai sikap anti-Kristian,dan bersedia untuk menyerang
keimanan orang Kristian secara lebih berkesan.
Saya juga mnengutuk 'Isa Al-Masih sehingga saya berumur
40 tahun,menolak terus yang mengatakan Dia adalah daripada
Tuhan.Saya sengaja mentertawakan dan menolak kebenaran.Tetapi
kasih Tuhan sungguh hebat,Dia berusaha,mencari dan menyelamatkan
saya.
Dalam tahun 1961,semasa saya mencatat khotbah saya di
masjid,saya melihat ayat daripada surah Al-Maidah 68, yang
berbunyi:
Katakanlah,wahai orang yang beriman! Kamu tidak
mempunyai apa-apa kecuali kamu berpegang kepada Taurat dan
Injil,dan semua ini akan membuka mata kamu kepada Tuhan
kamu.
Saya sudah membaca ayat ini beratus kali,tetapi akhirnya Tuhan
telah berbisik kepada jiwa saya tentang Taurat dan
Injil yang mana tertulis di dalam Al-Quran adalah sama
Taurat dan Injil yang terdapat di dalam Kitab Suci Injil
sekarang.Saya selalu berpendapat bahawa Taurat dan Injil yang
terdapat dalam Al-Quran telah lenyap,dan kandungan ini adalah
ringkasan di dalam Al-Quran .Saya merasa yakin bahawa Taurat dan
Injil,yang terdapat dalam Kitab Suci Injil sekarang adalah
palsu,dan kandungan yang sebenar telah disalah-atur dan dilupakan
serta ditambah-tambahkan oleh sesetengah pihak.
Bagaimanapun,jiwa saya memberitahu saya bahawa Taurat/Injil
yang ada di dalam Al-Kitab sekarang adalah benar.Fikiran saya
tidak percaya apa yang dikatakan oleh hati saya:
Tidak!Taurat dan Injil yang ada di dalam Al-Kitab sekarang
adalah palsu.Fikiran saya bertentangan dengan jiwa saya dan
perasaan saya,dan saya menjadi tidak pasti serta ragu-ragu
terhadap apa yang betul sebenarnya.
Untuk membuatkan jiwa saya merasa aman,saya menyerahkan
masalah saya ini dengan melakukan sembahyang tahjud,yang mana
sembahyang ini adalah untuk meminta pertolongan daripada Tuhan
agar Dia memberi petunjuk yang pasti kepada kebenaran.Saya
meminta Tuhan menolong saya untuk memilih yang mana satu daripada
dua kepercayaan ini yang benar.Ini adalah doa saya:
Oh Tuhan,Pencipta Syurga dan bumi,Tuhan orang Islam,
Kristian,Budha, Tuhan bulan dan bintang,lembah dan gunung;Tuhan
semesta alam,tolong tunjukkan aku kebenaran tentang apa yang
tertulis di dalam Al-Quran yang berkaitan dengan Taurat dan
Injil.Adakah ini membawa makna bahawa Taurat dan Injil yang
sebenar sudah lenyap yang terdapat ringkasan dalam Al-Quran ?Jika
ini adalah benar,aku merayu kepadaMu untuk kuatkan hatiku
bahawa aku mungkin tidak belajar Kitab Suci Injil
.Tetapi jika kebenaran di dalam Taurat dan Injil yang
tertulis di dalam Al-Quran ,bermakna kebenaran harus dicari di
dalam Kitab Suci Injil sekarang,aku merayu padaMu untuk membuka
pintu hatiku semoga aku lebih bersungguh-sungguh untuk belajar
Kitab Suci Injil secara jujur.
Saya tidak bertanya kepada sesiapa pun untuk menolong saya
membuat keputusan saya.Saya tidak bertanya kepada Imam,orang yang
alim dalam Islam,atau kawan-kawan saya yang bijak pandai.Saya
bertanya terus kepada Tuhan yang Maha Tahu untuk membuat pilihan
bagi saya,jadi saya membuat pilihan yang betul menurut kehendak
Tuhan.Saya sembahyang sesungguhnya dan menaruh harapan kepada
Tuhan agar Tuhan memberi petunjuk dan hidayah bahawa Dia yang
memilih kebenaran untuk saya dan menolong saya mengetahui dan
mengaku kepada agama yang benar.
Setiap orang yang mempunyai agama berharap bahawa di
sana terdapat kehidupan yang benar selepas mati dan salah seorang
daripada mereka adalah saya,saya menaruh harapan yang tinggi
kepada Tuhan.Saya percaya kepada kehidupan selepas mati,di mana
kita cuma ada dua tempat untuk dituju:ke neraka,dengan hukuman
yang tidak berhenti-henti kekal abadi di dalam api;atau ke
Syurga,bersama dengan Tuhan dalam kemuliaan selama-lamanya.Saya
tidak fikir tentang kehidupan abadi saya.
Sebagai contohnya;mari kita andaikan bahawa kita membawa 10
gram emas tulin, kita harus menelitinya secara berhati-hati,untuk
memastikan bahawa tidak ada sesiapa yang boleh menipu kita,jadi
kita tidak akan menyesal di kemudian hari.Berapa banyak agaknya
kita memikirkan tentang kehidupan masa depan jiwa kita.Kita mesti
belajar dan meneliti kebenaran untuk sembahyang kepada Tuhan
menurut kehendak Tuhan,yang memiliki kehidupan di Syurga.Kalau
tidak,kita akan menyesal untuk selama-lamanya kerana kecuaian
kita.Saya selalu yakin bahawa pencipta Syurga dan neraka adalah
Tuhan sendiri,atas sebab itulah saya tidak bertanyakan nasihat
kepada sesiapa pun,samada Kristian atau Guru Islam.Saya mendekati
Tuhan,yang memiliki segala kebenaran,peraturan,dan merayu
kepadaNya dengan penuh harapan dan percaya bahawa Dia akan
memberi petunjuk yang benar kepada saya.
Puji Tuhan kerana segala doa saya telah dikabuliNya! Ini
membuktikan bahawa Dia memberikan kebenaranNya kepada orang yang
menghendakinya,dan bertanya dengan sesungguhnya.
Ini harus dicatat,selain daripada ayat 68 surah
Al-Maidah,di mana terdapat banyak lagi ayat-ayat lain yang
terkandung di dalam Al-Quran ,yang menarik hati saya pada waktu
itu.Sebagai contohnya;Surah Al-Sajadah 23:
Dan pastinya kami memberikan Musa sebuah
Kitab(Taurat),jadi adakah kamu (Muhammad) ragu-ragu untuk
menerimanya,
Surah Al-Maidah 46:
Dan kami biarkan mereka (nabi-nabi yang
terdahulunya) mengikut jejak Isa,anak Maryam,memenuhi apa
yang ada di tangannya daripada Taurat.dan kami memberi Dia
kitab yang mengandungi petunjuk dan cahaya,dan mengesahkan
apa yang ada di tangannya yang daripada Taurat,sebagai
petunjuk dan amaran kepada orang yang takut kepada
Tuhan.
Surah Al-Maidah 47:
Dan orang di dalam Kitab harus mengikuti apa yang
telah ditentukan mengikut kehendak pernyataan Tuhan itu.Dan
sesiapa yang tidak mengikut apa yang telah ditetapkan oleh
Tuhan,adalah orang yang busuk hati,
Surah Al-Baqarah 62 :
orang yang benar daripada Yahudi,Kristian dan
Sabian,sesiapa yang percaya kepada Tuhan dan hari kiamat
,melakukan amalan yang baik,mereka akan mendapat pahala
daripada Tuhan mereka,dan ketakutan tidak akan mendesak
mereka berputus asa.
Di sana terdapat banyak lagi ayat di dalam Al-Quran yang
menunjukkan bahawa Taurat dan Injil adalah jalan yang benar
kepada kebenaran menurut kehendak Tuhan.Ayat Al-Quran ini
memberi kesedaran kepada saya untuk meneliti Kitab Suci Injil
dengan lebih mendalam lagi,kerana Tuhan telah berbisik kepada
jiwa saya tentang kebenaran ini.
Pada hari yang berikutnya,selepas saya meminta petunjuk
daripada Tuhan semasa sembahyang tahjud,saya merasakan satu
perubahan yang jelas pada diri saya.Bermula dari hari itu saya
menganggap Kitab Suci Injil adalah seperti rakan saya dan bukan
lagi sebagai musuh.Setiap pagi saya melihat Kitab Suci Injil
dengan penuh harapan dan memberi perhatian pada setiap perkataan
yang saya baca,kerana saya mahu tahu makna yang sebenarnya.
Dengan perkataan:
Dengan nama Allah yang Maha Pengampun lagi Maha
Pengasihani.
Saya membuka Kitab Suci Injil .Pada masa itu saya bertujuan
untuk membaca Ulangan 18:15.Kitab ini menarik perhatian saya
kerana pada waktu dahulunya saya mengunakan ayat ini untuk
menyerang keimanan orang Kristian,samada mereka adalah
guru,Penginjil,dengan niat supaya mereka tahu dan percaya kepada
Nabi Muhammad sebagai nabi yang telah diramalkan di dalam Kitab
Suci Injil ini.Sebelum ini saya sudah tahu tentang ayat
ini,tetapi sekarang maknanya telah berubah sama sekali kepada
saya.Sebenarnya untuk memahami Kitab Suci Injil lama adalah sukar
bagi orang yang tidak mahu mempercayainya, tetapi dari segi yang
lain pula ia menjadi lebih jelas kepada orang yang mahu
mempercayainya dan hati mereka yang telah disentuh oleh Roh
Kudus.
Ayat-ayat di dalam Ulangan 18:15 dibaca seperti:
Sebaliknya Tuhan,Allah kamu akan mengutus seorang
nabi kepada kamu ;nabi itu akan seperti aku dan Dia daripada
bangsa kamu sendiri;kamu mesti taat kepadanya.
Dahulunya saya menganggap ayat ini memberi ramalan tentang
nabi Muhammad.Perkataan nabi itu akan seperti aku
(Musa)menunjukkan kepada saya tentang peribadi nabi
Muhammad sebagai janji nabi kerana :
- Musa dilahirkan mempunyai ibubapa.Muhammad juga
dilahirkan seperti Musa,mempunyai ibubapa.Ini tidak
seperti Isa Al-Masih yang dilahirkan hanya mempunyai ibu
dan tanpa bapa.
- Apabila Musa meningkat dewasa,dia berkahwin.Muhammad juga
berkahwin,dan ini bertentangan dengan Isa yang tidak
pernah berkahwin.
- Musa mempunyai anak lelaki,dan Muhammad juga mempunyai
ramai anak.Tetapi Isa tidak mempunyai keturunan kerana
Dia tidak pernah berkahwin.
- Musa meninggal pada umur yang lanjut dan dikuburkan dan
ini terjadi juga pada Muhammad.Tetapi Isa tidak
meninggal.Dia telah diangkat ke Syurga dan tidak
dikuburkan.
Dahulunya ia menjadi jelas kepada saya tentang ayat Ulangan
18:15 yang menunjukkan bahawa nabi Muhammad adalah nabi yang
dijanjikan oleh Musa, tetapi bukannya ramalan terhadap Isa
sebagai nabi keseluruhannya, sebagai Putera Tuhan,seperti
kepercayaan orang Kristian.
Tetapi pada hari ini,saya membaca ayat ini secara
perlahan-lahan dan berhati-hati untuk memahami makna yang
sebenarnya.Apabila saya sampai kepada pernyataan
..nabi itu akan seperti aku (Musa),Roh Kudus
berbisik ke dalam jiwa saya yang berbunyi: Jika kamu
mentafsirkan persamaan di antara Muhammad dan Musa dan
kedua-duanya adalah dilahirkan mempunyai ibubapa,mereka adalah
sama dengan manusia lain yang mempunyai ibubapa.Sifat ini
tidak boleh digunakan untuk menunjukkan kebenaran ramalan itu.
Selanjutnya jika Muhammad seperti Musa kerana dia
berkahwin,dan kedua-duanya adalah seperti orang lain di dunia
ini!Jadi ini tidak boleh dijadikan sebagai bukti untuk mengatakan
bahawa Muhammad itu adalah nabi.
Jika Muhammad dianggap sama seperti Musa,kerana dia mempunyai
keturunan,fakta ini juga tidak boleh digunakan untuk menentukan
ramalan itu kerana hampir semua orang di dalam dunia ini
mempunyai keturunan.
Muhammad hanya seperti Musa,meninggal dalam usia yang tua dan
dikuburkan.Jika contoh ini digunakan sebagai bukti tentang
ramalan itu,dan fakta ini tidak boleh digunakan sebagai bukti
untuk persamaan,setiap orang di dunia ini akan meninggal dan
dikuburkan.Kematian dan penguburan adalah perkara biasa dan ini
tidak menjadikan seseorang itu lain daripada yang lain.
Ia menjadi lebih ketara dan jelas kepada saya bahawa ramalan
Musa itu hanya menunjukkan tentang Isa sebagai yang
dijanjikan.Dengan alasan itu saya cuba mencari suatu perbezaan
yang lain daripada yang lain dan luarbiasa persamaannya di antara
Musa dan Isa.Sememangnya saya menemui beberapa persamaan yang
luarbiasa di antara dua manusia ini yang tidak dikongsi dengan
orang lain.
- Semasa zaman kanak-kanak,Firaun mengugut untuk
membunuhnya,seperti juga Isa pada zaman kanak-kanaknya
telah diugut untuk dibunuh oleh Herodas.Tidak semua orang
yang dilahirkan menghadapi ugutan bunuh pada waktu yang
masih kecil lagi.
- Semasa kelahiran Musa,Firaun sangat marah dan
mengarahkan semua budak-budak lelaki yang berusia dua
tahun ke bawah harus dibunuh.Apabila Isa dilahirkan
Herodas juga sangat marah dan mengarahkan agar budak
lelaki di bawah umur dua tahun dibunuh.Di dalam dunia ini
hanya dua peribadi ini sahaja yang menghadapi pengalaman
pembalasan dendam.
- Semasa zaman kanak-kanaknya,Musa telah dijaga oleh anak
perempuan Firaun.Dan semasa kecil Isa telah dijaga
oleh Yusuf iaitu bapa angkatnya.Tidak semua anak di dunia
ini dipelihara oleh orang yang dipilih oleh Allah semasa
zaman kanak-kanaknya ketika dia menghadapi amcaman.
- Semasa zaman kanak-kanaknya juga,Musa tinggal jauh
daripada rumahnya di Mesir.Ini terjadi sama dengan Isa
yang hidup di dalam buangan di Mesir.Tidak semua
kanak-kanak semasa kecil hidup jauh daripada
negerinya,seperti Mesir.
- Apabila Musa telah menjadi utusan Tuhan,dia menerima
kuasa daripada Tuhan untuk melakukan mukjizat,seperti
juga Isa yang menerima kuasa sebagai Firman yang
hidup,dan menerima kuasa untuk melakukan mukjizat seperti
menyembuhkan orang sakit dan membangunkan orang yang
telah mati.
- Musa telah membebaskan orangnya daripada dipaksa terus
menjadi hamba abdi,tetapi Isa telah membebaskan orangnya
daripada cengkaman dosa dan maut.
Bukti yang istimewa ini telah mengizinkan saya untuk saya
membuat kesimpulan bahawa ramalan yang luarbiasa yang dinyatakan
ini di dalam Ulangan 18:15 tidak bermaksud untuk membuktikan
Muhammad sebagai nabi yang telah diberitahu terlebih
dahulu,tetapi untuk menunjukkan bahawa Isa adalah jelmaan Firman
Allah.
Meskipun kasih Allah itu sangat agung dan Dia telah
menyedarkan saya untuk melihat dengan lebih jelas lagi ke dalam
Kitab Suci Injil sebagai Firman Allah yang benar,tetapi saya
masih lagi tidak bersedia untuk menjadi seorang Kristian.Mengapa?
Kerana terdapat beberapa perkara di dalam kepercayaan Kristian
yang tidak dapat diterima oleh akal saya,khususnya kepercayaan
terhadap Isa adalah Putera Tuhan.Semenjak kecil lagi saya telah
diajar,dan saya juga mengajar sedemikian,iaitu:
Tuhan tidak mempunyai anak dan Dia tidak
diperanakkan.
Saya juga tidak dapat menyatakan dengan jelas bahawa Isa
adalah Tuhan kerana saya telah diajar dan saya juga mengajar
seperti:
TIDAK ADA TUHAN MELAINKAN ALLAH
Saya juga bersikap anti Triniti. Ini tidak berasas kepada
hakikat dan kebenaran tetapi sebaliknya dipengaruhi oleh
prasangka yang terpesong. Saya telah mengajar murid-murid saya
sedemikian:
Kepada sesiapa yang mengatakan Allah itu adalah tiga
merupakan orang yang fasik
Saya juga tidak dapat menerima kepercayaan Kristian bahawa Isa
benar-benar mati di atas kayu salib.Jika Isa
Al-Masih adalah nabi, penyayang, utusan Tuhan, atau
Putera Allah sepertimana orang Kristian
memanggilNya,bagaimana dengan senangnya orang Yahudi boleh
menyiksaNya dan mengantungNya di atas kayu salib sehingga
mati?Mengapa Tuhan tidak membela Dia, tetapi membiarkan Dia mati
di atas kayu salib?Katakanlah saya mempunyai seorang anak lelaki
yang disiksa,atau digantung di atas kayu salib,sudah pastinya
saya akan melawan orang yang menyiksa anak saya itu untuk
menyelamatkannya walau apa pun yang akan terjadi.Bagaimana boleh
Allah hilang kuasaNya terhadap orang Yahudi?Pada masa itu saya
benar-benar tidak boleh menerima hakikat ini.
Dalam usaha untuk memdapatkan pertolongan untuk keterangan
ini,saya melawat beberapa orang guru dan juga Penginjil dan
bertanya kepada mereka kenapa Isa bergelar Putera Tuhan atau
Tuhan dan apa sebenarnya makna tentang Triniti Tuhan.Saya
menyelidik mengapa Isa Putera Tuhan telah dikorbankan di atas
kayu salib dan disalibkan oleh orang Yahudi Saya juga bertanya
kepada mereka tentang kenyataan tentang dosa warisan
daripada bapa kepada anak yang saya ambil kira bahawa itu
adalah hukuman yang tidak adil daripada Tuhan.
Semua guru yang saya tanya itu menjawab persoalan saya dan
menerangkannya dengan mendalam,tetapi pada masa itu saya tidak
dapat menerima ulasan mereka walaupun mereka telah menerangkannya
dengan jelas sekali.Ini adalah kerana perbezaan lata rbelakang di
antara saya dengan mereka,yang mana seperti teluk yang terpisah
jauh di antara kami.Perbezaan di dalam agama yang tidak dikaji
dengan sesungguhnya untuk mencari maksud yang sama,Pastinya kami
mengkaji perbezaan di antara agama untuk mencari kenyataan yang
logik berhubungan dengan ketidakfahaman.Pada masa itu saya
seperti penerima radio dan guru adalah pembaca
berita.Kedua-duanya mempunyai keadaan yang baik,tetapi oleh
kerana perbezaan gelombang yang panjang menyebabkan siarannya dan
penerimaan saya jauh berbeza. Penerima tidak dapat menangkap
berita yang sedang disampaikan oleh penyiar.
Keterangan daripada guru dan Penginjil adalah seperti
masuk telinga sebelah kiri dan keluar telinga sebelah kanan. Hati
saya tidak tersentuh, kerana saya tidak faham cara pertuturan
mereka.Guru itu sendiri tidak memahami dengan jelas kedudukan
latar belakang saya sewaktu itu, jadi keterangannya tidaklah
menurut keperluan saya seperti yang saya harapkan.Ini bukannya
berlaku kerana keterangan guru itu salah,tetapi kerana perbezaan
cara pemikiran dan penerangan,jadi sebab itu saya tidak dapat
memahami keterangan yang lain.walau bagaimanapun saya masih
berharap.Saya sentiasa yakin,Tuhan akan menolong saya untuk
memilih kebenaran,sudah pasti Dia akan membuka pintu hati saya
dan memberi petunjuk untuk memahami semua masalah yang menjadi
halangan kepada saya.
Saya sentiasa berdoa kepadaNya: "Tuhan,aku
merayu agar Engkau menunjukkan kebenaranMu kepadaku tentang
perkataan Putera Tuhan dan nama Rabbana
untuk Isa.Aku juga merayu agar Engkau menunjukkan kepadaku makna
Triniti dan rahsia disebalik penyaliban Al-Masih. Tuhan, Engkau
berilah aku pengertian bahawa Kitab Suci Injil adalah daripadaMu
yang betul,jadi pastinya Engkau akan menerangkan dan
menjelaskan halanganku melalui Kitab Suci Injil, yang mana
FirmanMu yang benar yang tidak pernah bertukar daripada awal
hingga sekarang dan untuk selamanya.
Sememangnya telah banyak kali,Tuhan menolong saya melalui Roh
Kudusnya,yang bekerja di dalam hati saya.Saya akan menerangkan
bagaimana Tuhan menolong saya untuk mengatasi halangan ini.
PERJUANGAN SAYA BERTENTANGAN DENGAN KEADAAN PERSEKITARAN
Meskipun saya menjadi tetap dan teguh serta yakin tentang
kebenaran ini,dan bersedia untuk menerima Isa sebagai penyelamat
peribadi saya,tetapi saya tidak menjadi Kristian secara
rasmi,kerana kaadaan persekitaran yang menjadi halangan kepada
saya.Ketakutan dan kebimbangan ini sentiasa menghantui
fikiran saya.
Pengalaman saya menunjukkan bahawa terdapat ramai
orang yang tegas dengan kehendak mereka untuk
menerima Isa sebagai penyelamat mereka,tetapi mereka sering
teragak-agak untuk menentang pengaruh persekitaran mereka,mungkin
kerana mereka tidak rela ataupun takut untuk melawan ibu bapa
mereka.Kadang-kadang mereka takut kalau-kalau majikan mereka
memberhentikan kerja mereka kerana mereka memeluk Al-Masih. Orang
yang percaya juga akan berselisih faham dengan isteri mereka
kerana mereka ingin mengikuti Isa bersama-sama dengannya; ini
juga merupakan rintangan yang menghalang mereka daripada
mengikuti Isa untuk mempengaruhi hidup dan hati mereka.
Ketakutan terhadap keadaan sekitar telah ditunjukkan dalam
amaran oleh Isa,ditulis dalam Matius 10:34-36. Dia
mengambarkan penderitaan yang mungkin dihadapi oleh setiap orang
yang mahu mengikutinya: Jangan menyangka bahawa Aku membawa
kedamaian ke dunia ini,Aku tidak membawa kedamaian tetapi
pertentangan.Aku datang untuk menyebabkan anak lelaki melawan
bapa mereka,anak perempuan melawan ibu mereka,dan menantu mereka
melawan ibu mertua mereka.Demikianlah musuh terbesar yang
dihadapi oleh seseorang ialah keluarga sendiri.Bagaimanapun
mereka yang membuat keputusan untuk mengikuti Isa sebagai
Tuhan dan membiarkan Isa mempengaruhi hati mereka,segala
kebimbangan adalah tidak berpanjangan.Setiap kebimbangan akan
dapat diatasi dengan pertolongan daripada Tuhan.Saya sendiri
mempunyai pengalaman dalam menghadapi tekanan dari
persekitaran.Tetapi Tuhan selalu membuka jalan untuk keluar
daripadanya.
Dari 1961 sehingga 1964,saya masih lagi melakukan dua
tanggungjawab agama.Saya sembahyang mengikut cara Islam dan pergi
ke masjid pada setiap hari Jumaat.Saya juga pergi ke gereja pada
setiap hari ahad dan pada hari sabtu saya pergi sembahyang di
Gereja Adventis.Tetapi di luar kenyakinan saya,saya tidak pergi
ke gereja.Ini adalah kerana untuk saya belajar tentang
kebenaran.Saya juga sering membaca risalah-risalah daripada orang
bukan Kristian yang mengatakan bahawa orang di dalam gereja
menyembah berhala,seperti patung dan gambar.Atas sebab itu saya
pergi melawat setiap gereja di sekitar Jakarta mengikut
giliran,pada hari ahad.Saya juga melawat lebih daripada satu
gereja pada hari ahad,untuk mencari samada terdapat penyembahan
patung atau tidak.
Akhirnya,saya mendapat kesimpulan dan terbukti bahawa
kesangsian saya selama ini sudahpun terjawab.Setiap gereja yang
saya lawati tidak terdapat pun berhala atau gambar yang untuk
disembah.
Semenjak 1964, jiwa saya sebenarnya sudah dipenuhi dengan Roh
Tuhan,Roh Kudus,atau semangat kebenaran.Bermula daripada hari itu
saya mengambil keputusan untuk menerima Isa sebagai penyelamat
peribadi saya sepenuh hati saya.Tetapi ia masih lemah.Saya tidak
berani untuk menyatakan kenyakinan saya secara terbuka.Saya masih
menyimpan kekristianan saya secara rahsia.Saya melawat gereja
kristian di Kwitang Indonesia untuk pertama kali saya bertanyakan
tentang pembaptisan secara rahsia, saya tidak mahu ianya
diketahui oleh famili ataupun isteri saya.Saya tidak tahu siapa
yang menjaga gereja itu,tetapi permintaan saya ditolak, tidak
boleh dibaptiskan secara rahsia.
Beberapa minggu kemudian,dengan hasrat yang sama yang
seringkali berputar-putar di dalam fikiran saya, saya pergi
berjumpa dengan Rev.J.Sapulete,dekat gereja Bethel di
Jatinegara.Dia bersedia untuk membaptis saya, tetapi dengan satu
syarat bahawa saya harus membawa dua atau tiga jiran
Kristian,yang boleh membimbing pertumbuhan keimanan saya supaya
saya boleh hidup secara Kristian.Saya tidak dapat menerima syarat
ini, saya masih lagi tidak mahu mengumumkannya di khalayak ramai
bahawa saya seorang Kristian. Ini berpunca daripada pengaruh
persekitaran ,terutamanya keluarga saya.Saya merasa risau yang
mereka akan menentang dan menganiaya ahli keluarga saya.Saya juga
takut untuk bertanyakan pada isteri saya untuk mengikuti saya
pergi ke gereja.Saya takut jika isteri saya akan menuntut saya
untuk pergi ke pejabat rasmi perkahwinan Islam untuk
bercerai.Saya sangat takut untuk berhadapan dengan proses
perceraian .Sebab itu saya mahu menerima Isa secara rahsia.Tetapi
jiwa saya tidak bersetuju,saya tidak ada apa-apa keraguan tentang
penerimaan Isa.
Oleh itu saya tidak lagi melakukan dua tanggungjawab
keagamaan. Saya hanya pergi ke gereja.Tetapi ketakutan masih lagi
berterusan dan kebimbangan mengenai reaksi keluarga
saya.Saya tidak tahu bagaimana untuk mengatasinya.Saya tidak
pergi jumpa sesiapa pun untuk meminta nasihat bagi masalah saya
ini.Pada masa itu saya rasakan bahawa perjuangan saya betul-betul
teruji.
Walau bagaimanapun Tuhan memberi masa untuk membantu mengatasi
masalah saya ini. Dahulunya saya menggangap jika saya berbincang
dengan isteri saya tentang hal ini dan keluar Islam dan
seterusnya memeluk Kristian akan menyebabkan masalah kepada
kami..Tetapi Tuhan sangat baik hati, membuka pintu
kebenarannya kepada isteri saya sendiri.Dia merasa aman
melalui cahaya dan kecantikan pokok Krismas yang mana pada masa
itu bercahaya dengan terang di kebanyakkan rumah orang
Kristian.Ia menjadi tanda kepadanya bagaimana cantiknya kehidupan
di dalam keluarga Kristian.Dia merasa aman dengan lagu-lagu
Kristian dan hangat serta bercahaya dengan semangat Krismas.
Untuk menjelaskan perasaannya,dia dan seorang anak perempuan
saya datang kepada saya,untuk memberitahu saya tentang keinginan
yang kuat untuk menjadi seorang Kristian.Ini adalah peluang yang
sedang saya nanti-nantikan!Pada hari berikutnya selepas
Krismas,saya berjumpa dengan Rev.J.Sapulete untuk kali
kedua, bertanya kepadanya bahawa saya dan keluarga saya mahu
dibaptiskan dan menerima Isa sebagai Tuhan kami.Permintaan saya
diperkenankan dengan segera dan kami -yakni saya,isteri saya dan
tujuh orang anak kami telah dibaptiskan pada 26 Dis 1969 oleh
Rev.J.Sapulete,di gereja Bethel Jemaat GPIB.Satu minggu
kemudian anak lelaki saya pun menuruti kami.Dia juga sering
pergi ke gereja secara rahsia, kerana dia takut saya mendapat
tahu.Saya sendiri pergi ke gereja secara rahsia juga, sebab saya
takut isteri-isteri ahli keluarga saya telah menjadi
pengikut-pengikut 'Isa dan demi itu mempengaruhi hati kami.
Anugerah Berkat Tuhan yang Berkelimpahan
Selepas saya dan keluarga saya dibaptiskan pada 26
Disember 1969, keriangan dan kegembiraan seluruh isi rumah saya
telah bertukar.Kami menerima terlalu banyak berkat-berkat Tuhan
yang mencurahi hidup kami.
Pengikut Paulus berkata: "Apabila seseorang masuk
ke dalam Al-Masih,dia menjadi insan yang baru, yang lama telah
pergi dan yang baru sudah menyusul ".(2 Kor 5:17)
Apabila seseorang menerima Al-Masih 'Isa sebagai
penyelamatnya,Tuhan akan mengubah kehidupannya.Bayangan Kristus
akan menjadi ikutannya.Al-kitab berkata: "Tuhan mencipta
manusia berdasarkan gambarnya"(Kej 1:27).Kelakuan baru ini
akan bermula dengan keriangan yang baru,kasih dan keinginan yang
berbeza.Apa yang dahulunya dia sayang,kini dia benci,dan apa yang
dahulunya dia benci,kini bertukar menjadi sayang.Kehidupannya
telah berubah.Perubahan ini amat ketara,dan dapat dilihat oleh
orang di sekelilingnya.Jalan kehidupannya akan bertukar,dan
perubahan ini akan dibawa dalam setiap perkataan yang dia
ucapkan.Betapa hebatnya!
Saya mempunyai pengalaman dalam perubahan ini dan mereka
dapat rasa dalam kehidupan kami sekeluarga.Panas baran sudah
lenyap dan berubah kepada sayang.Dalam kehidupan kerohanian,kami
merasa aman dan gembira.Kami tidak merasa ragu-ragu dan jiwa kami
terjamin dan penuh dengan keriangan.Bahkan di dalam kehidupan
seharian,kami mendapat keberkatan yang berkelimpahan.Ini adalah
pengalaman yang membuktikan kebenaran janji Tuhan bahawa telah
digenapi oleh 'Isa Al-Masih,utusanNya.
"Barangsiapa haus,baiklah ia datang kepadaKu
dan minum!Barang siapa percaya kepadaKu,seperti yang
dikatakan oleh kitab suci:dari dalam hatinya akan mengalir
aliran-aliran air hidup."(Yahya 7:37-38)
"Aku datang supaya mereka mempunyai hidup dan
mempunyai dalam segala kelimpahan."(Yahya 10:10b)
Perubahan di dalam kehidupan isi rumah kami amat ketara dan
berlaku dengan pantas di mana kami menjadi ejekan.Jiran tetangga
dan saudara mara berpendapat bahawa kami telah menerima
pertolongan daripada gereja sebagai ganjaran kerana menjadi
Kristian.Orang ramai mengutuk kami dengan berkata:"Jika kamu
ingin menjadi kaya dengan cepat,ikutlah cara en.Ambrie dan
menjadi Kristian dan kamu akan mendapat berjuta-juta rupiah
daripada gereja."
Mereka menyangka bahawa kehidupan kami diberkati melalui
pemberian daripada gereja sebagai sogokan kerana menjadi
Kristian.Tidak,bukan kerana itu!Kami tidak menerima sebarang
pertolongan dari gereja atau dari sesiapapun sebagai balasan
kerana kami menerima Kristus.Kami tidak menerima duit,harta benda
atau janji peluang pekerjaan walaupun satu sen pun.Sememangnya
keberkatan kehidupan kami pada masa itu hanyalah melalui
kemurahan hati Tuhan.Ini adalah janji Tuhan bahawa semua orang
yang mempercayainya akan memperolehi keberkatan yang
berkelimpahan.
Tahun-tahun yang tidak aktif.
Saya menjadi Kristian yang tidak aktif bermula dari tahun
1970-1972.Saya sibuk mengendalikan urusan perniagaan saya dan
membantu keluarga saya.Saya hanya pergi ke gereja pada hari Ahad
dan membaca Al-kitab bila saya ada masa.Tuhan menyalahkan saya
kerana bersikap sedemikian.Saya merasa sangat jelas apabila pada
waktu itu Tuhan memberi amaran kepada saya: "Jika kamu mahu
menjadi kristian,ia tidak cukup dengan bersikap pasif.Ia tidak
akan berkembang jika kamu duduk sahaja.Bergembiralah dengan
keberkatan Tuhan yang melimpahi hidup kamu.Sebagai orang Kristian
iaitu pengikut Kristus,kamu mesti bangun dan memberitahu
kesaksian kamu dengan jelas mengenai Al-kitab sepertimana Kristus
telah memerintahkannya di dalam Matius 28:19-20)
Bagaimana saya hendak memulakan dalam memberikan kesaksian
secara terbuka dan memberitahu tentang Al-kitab dengan cara
paling mudah difahami?Sememangnya saya ingin melakukannya,tetapi
saya tidak tahu bagaimana cara hendak memulakannya.Untuk
ini,Tuhan telah membuka jalannya:dan ini adalah jalan yang
bagaimana Tuhan tunjukkan;
Suatu hari kawan baik saya datang dari Banjarmasin untuk
menghabiskan waktu malamnya bersama kami.Dia adalah kawan yang
sebenarnya mengikut erti perkataan.Dia tetap berdiri bersama
dengan saya dalam kaadaan susah ataupun senang.Apabila
penangkapan dilakukan oleh askar-askar Belanda,kami selalu
berjumpa antara satu sama lain di dalam penjara ataupun di dalam
khemah banduan.
Kami menyambutnya seperti biasa,di dalam rumah kami tidak
terdapat tanda ketara yang menunjukkan bahawa kami telah memeluki
agama Kristian.apabila dia mengucapkan "Assalamualaikum",dan
kami menjawab "waalaikumussalam".Kawan baik saya
ini telah mendengarnya daripada jiran-jiran bahawa saya telah
memeluk Kristian. Dia menerangkan bahawa hal ini tidak mungkin
terjadi, dan telah menyakinkan kepada jiran saya tentang ini. Dia
memberitahu mereka," Sudah lama saya kenal kawan saya Hamran
Ambrie,bukan sahaja di Jakarta bahkan di Banjarmasin lagi. Dia
bukanlah seperti kebanyakan Muslim yang lain,dia sangat risau
tentang keimanannya.Di dalam wilayah dia dikenali sebagai pejuang
tentera Muslim,dia adalah anti-Kristian,seorang daripada
pemimpim Muhammadiyah,pemberita Muslim dan guru Islam yang
terkenal di bandar dan di timur Kalimantan.Lebih-lebih lagi di
kongres Islam di seluruh Kalimantan dalam Amuntai 1947,
Hamran Ambrie adalah merupakan salah seorang daripada
penganjurnya.Di dalam ketenteraan kebangsaan Indonesia,dia telah
menjadi ketua guru-guru Muslim dalam pasukan tentera di
Banjarmasin. Jadi saya yakin bahawa Hamran Ambrie tidak begitu
mudah untuk menukarkan agama Islamnya kepada agama
Kristian."
Tetapi jiran saya telah menyakinkan dia bahawa untuk beberapa
tahun ini,orang di dalam kampung saya telah biasa melihat saya
pergi ke gereja lazimnya dan menyediakan pokok Krismas semasa
hari Krismas.Mereka memberitahu dia supaya bertanya kepada saya
secara terus untuk mendapat kepastian selanjutnya.
Jadi dengan segera dia datang ke rumah saya untuk melawat,dan
terus bertanya kepada saya samada berita yang mengatakan saya
menjadi Kristian itu benar atau tidak?Saya menjawab soalan itu
tanpa sebarang keraguan: "Ya,ia adalah benar dan saya serta
seluruh keluarga saya telah dibaptiskan."
Mendengar jawapan saya dia menangis terisak-isak.Dia meminta
maaf kerana dia sangat menyesal datang ke tempat itu.Tetapi dia
tidak berbuat apa-apa dan berdiri kehairanan untuk beberapa
ketika.Selepas dia kembali ke Banjarmasin,dia memberitahu orang
lain, khususnya kawan baik saya tentang pemelukan agama saya
kepada Kristian.
Berita tentang kejadian ini telah dimasukkan di dalam akhbar
harian UTAMA yang diterbitkan di Banjarmasin oleh kawan baik saya
yang lain,yang merupakan seorang pemberita Muslim.Dalam tajuk
utama H.Arsyad Maran menulis:
PENGASAS TERKENAL GERAKAN MENJADI
KRISTIAN
Pengasas terkenal Muhammadiyah zaman
30-an, dia juga merupakan salah seorang ketua editor JIHAD.
Js Antemas menulis diantaranya:
PERTUKARAN AGAMA PENGASAS
MUHAMMADIYAH KEPADA KRISTIAN
Satu berita yang mengemparkan!
Pemberita IAIN Arthum Artha
berharap:"kami harap berita ini adalah tidak
benar,kepercayaan Hamran Ambrie,pengasas kemerdekaan masih lagi
di dalam persoalan."
Orang Muslim di Banjarmasin juga memberi sambutan yang kurang
menyenangkan terhadap berita ini:"Masalah ekonomi baru-baru
ini telah membuatkan seseorang bertukar agama."Nama orang
muslim ini tidak dinyatakan.
Bahkan Universiti IAIN Antasari juga menberi tindakbalasnya
terhadap berita pertukaran agama saya ini.Sementara itu
setiausaha PMW (Muhammadiyah) di Banjarmasin cuba untuk
menyangkal bahawa saya adalah penubuh Muhammadiyah, tetapi
memberitahu bahawa saya hanya sebagai pejuang Islam.
Semua berita tentang keKristianan saya yang telah
diterbitkan di dalam akhbar adalah bertujuan untuk membuat saya
rasa malu, dan di sebaliknya mereka mengharap agar saya kembali
kepada Islam. Tetapi kehendak mereka adalah berbeza dengan
kehendak Tuhan.Allah mengunakan mereka sebagai satu cara untuk
membangunkan iman saya supaya menjadi seorang pengikut 'Isa yang
kuat imannya dan memberi kesaksian tentang hakikat 'Isa Al-Masih
adalah daripada Tuhan.
Hampir dua bulan peristiwa 'pertukaran saya kepada
Kristian' menjadi tajuk perbincangan umum dan tajuk utama di
dalam akhbar Harian UTAMA di Banjarmasin.Saya mendapat berita
bahawa pertumpahan darah juga hampir berlaku.Sesetengah daripada
kawan saya menganggap bahawa berita ini adalah suatu fitnah dan
bersedia untuk menyerang para penulis.Mujurlah dengan segera saya
telah menulis "surat terbuka"-pernyataan saya sendiri
mengenai pengakuan tersebut - kepada akhbar harian UTAMA di
Banjarmasin,yang telah diterbitkan seperti di bawah:
SURAT TERBUKA
Untuk Pembaca harian UTAMA
Assalamualaikum
kepada Tuan:
Saya dengan ini memberitahu bahawa berita itu adalah
benar dan saya sekarang menjadi pengikut kepada agama
Kristian Protestant dan saya telah menukarkannya semenjak
1964 lagi.
Berita di dalam akhbar itu sangat menarik kerana ia
mengambarkan saya sebagai penubuh Islam atau pejuang kepada
kebebasan.
Saya berterima kasih kepada semua tindak balas dan
penghargaan itu yang mana kawan saya telah menunjukkannya
kepada saya.Walaupun sehingga saat ini,saya tidak pernah
merasa dan tidak pernah mengumunkan diri saya sebagai penubuh
Islam ataupun pejuang kebebasan.Jika waktu lepas saya
melibatkan diri dalam perjuangan sebagai penulis oleh kawan
saya.Ia adalah tidak lebih daripada tanggungjawab seorang
anak terhadap ibu pertiwinya.Dengan itu saya menjadi pengikut
dan tidak bertanya akan sebarang gelaran kepada jawatan
tersebut samada sebagai veteran ataupun sebagai pengasas
kemerdekaan.Saya hanyalah melakukan tanggungjawab saya
sahaja.
Terima kasih kepada semua kawan saya, khususnya H.Arsyad
Maran (saya tidak menerima surat kamu), JS.Antenas dan Arthum
Artha dan penulis yang menulis surat kepada saya sebagai satu
kewajipan.Tidak ada apa-apa daripada surat anda yang boleh
saya sangkalkan atau memberi tindak balas yang bertentangan
melainkan pembetulan.Saya tidak pernah meminta sebarang
bentuk gelaran sebagai tanda bagi pengasas kemerdekaan.
Kepada Arthum Artha,saya ada menghantar "nota
keimanan" yang menjadi asas kepada saya dalam ketaatan
saya kepada agama Kristian Protestant.
Apa pun yang berlaku kawan tetap kawan dan hubungan
persahabatan yang baik tidak boleh diputuskan.
Terima kasih kepada kamu semua kerana mengambil berat
tentang hal ini.
Yang Benar,
Hamran Ambrie
6 Mei 1972, Jakarta.
BERMULANYA MEMBERI KESAKSIAN DALAM KEHIDUPAN KRISTIAN SECARA
AKTIF
Selepas penerbitan "surat terbuka" di
atas,banyak surat yang diterima daripada kawan-kawan saya di
Banjarmasin dan Hulu Sungai, semuanya dalam nada
penyesalan,disertai dengan nasihat dan amaran daripada ayat
Al-Quran .Juga terdapat surat yang menanyakan tentang
peristiwa-peristiwa susulan yang telah membimbing saya untuk saya
memeluk Al-Masih 'Isa serta InjilNya.
Ini adalah permulaan bagi saya untuk bangun dan memberi
kesaksian saya dengan jelas.Pertamanya saya membalas setiap surat
secara peribadi dengan mesin taip.Setiap surat disertai dengan
keterangan iaitu -"nota keimanan". Ia menjadi lebih
mengalakkan, jadi saya telah menerbitkan satu esei tentang "TUHAN
ALLAH, AL-MASIH 'ISA DAN ROH KUDUS" yang mana
telah dicetak.Keluaran seterusnya yang telah diterbitkan ialah
tentang "KRISTOLOGI DAN AJARAN KEESAAN
TUHAN", yang telah disempurnakan pada tahun
1973.Akibatnya banyak surat dalam bentuk pertanyaan dan simpati
diterima,dan terdapat juga surat di dalam bentuk perbincangan
dalam mencari kebenaran.
Lebih-lebih lagi terdapat beberapa majalah Islam yang telah
diterbitkan di Jawa yang menyerang kepercayaan saya.Oleh kerana
rencana itu, banyak lagi surat telah dikirimkan kepada saya.
Surat-surat yang saya terima datang dari seluruh pelusuk di
Indonesia termasuk Banjarmasin dan dari kawasan Islam di Jawa
Barat, Jawa Tengah, Jawa Timur dan juga dari Sumatera yakni
Palembang, Medan, Padang, Acheh, bahkan juga daripada negara luar
- Arab dan Malaysia.
Ini adalah petunjuk daripada Tuhan bahawa saya harus berdiri
teguh dan memberi kesaksian semulajadi saya.
Hubungan ini berlanjutan lebih daripada enam bulan.Pelbagai
masalah tentang Kristian telah dibincangkan.Beberapa soalan dan
juga jawapan, saya telah menyusunnya di dalam buku dan
menerbitkannya sebagai dokumentari kebenaran:
1. Perbincangan dengan H.M. Yoesoef Sou'yb, penulis
Muslim dari Medan (Penolong kepada
Editor Majalah Kiblat di Jakarta)
2. Perbincangan dengan Samudi, (Guru agama Islam di
Salatiga)
3. Perbincangan dengan Imam Musa Projosiswoyo, (editor
Majalah studi Islam
di Jakarta)
4. Perbincangan dengan Wahyono Hadi (Darul Kutubil
Islamiyah Jakarta)
5. Perbincangan dengan Ali Ya'kub Matondang, (Pelajar
Islam di Cairo,Arab)
6. Perbincangan dengan A.Hasan Tao, (Penceramah Jemaat
Islam Ahmadiyah Indonesia di
Denpasar Bali)
7. Perbincangan dengan Ezif Fahmi dan lain-lain
(Kumpulan Pelajar Islam di Surabaya)
8. Perbincangan dengan M.A.Fadly, (Ketua Masjid Agung,
Masjid tengah, Cimahi-Bandung)
Sehingga pada tahun 1979, saya membalas hampir
ribuan surat daripada saudara-saudara yang berketurunan Muslim
yang datang dari semua bahagian dan seluruh pelusuk Republik
Indonesia. Setiap hari kedatangan surat ini telah mengalakkan
saya.Mereka menunjukkan bahawa penulis memandang ke arah
kebenaran,dan mereka merasa berpuashati selepas saya memberi
keterangan kepada mereka. Puji Tuhan Alhamdullillah! Bahkan
terdapat sesetengah daripada mereka yang datang melawat saya
secara peribadi.
Saya lihat betapa banyaknya perhatian yang telah diberikan
terhadap 'pertukaran saya' dan untuk mencari kebenaran,dengan itu
saya mengatur masa yang khas untuk pelawat-pelawat bagi
perundingan tentang kepercayaan dan kebenaran Nasrani Kristian,
iaitu setiap hari Selasa, Khamis dan Sabtu, yang bermula dari
pagi hingga ke petang.
Puji Tuhan untuk semua ini. Dia mengunakan saya sebagai jalan
perantaraan dan alat-Nya untuk menerangkan kebenaran di dalam
Al-Kitab dan Injil bahawa 'Isa Al-Masih itu adalah daripada
Tuhan, khususnya untuk saudara-saudara Muslim saya, dengan
harapan bahawa mereka akan memahami Al-Masih 'Isa dan InjilNya
secara betul.
Di luar jawapan dan persoalan serta penyangkalan ini,saya
merasa bahawa ketidak-fahaman dan banyak salah tafsiran terhadap
Al-Kitab, Kitab Suci Injil dan Al-Masih 'Isa yang daripada Tuhan
akan segera dapat dibetulkan dengan penjelasan yang terang dan
berwibawa.
BERMULANYA PELAYANAN DI LUAR
Semenjak 1973 hingga Februari 1978,saya memberi kesaksian saya
hanya di atas meja saya sahaja,dengan membalas surat-surat yang
menyoalkan tentang keKristianan.Saya menerbitkan jawapan untuk
surat-surat ini sebagai dokumentari kebenaran.
Tetapi di dalam bulan Februari 1978 saya berdoa:"Oh
Tuhan, tolong berikan pergerakkan-Mu dalam bidang yang baru,
kerana bidang saya ini yang cuma berbincang melalui surat seperti
sudah hampir kegersangan."Berdoa untuk ini,saya
seterusnya mendapat jawapan di dalam hati saya bahawa keesokan
harinya saya harus keluar daripada rumah saya,dan daripada sana
saya akan mencari bidang baru.
Pada awal pagi keesokan harinya, saya keluar daripada rumah
saya tanpa mengetahui jalan mana yang harus saya pergi.Apabila
saya telah sampai ke jalan utama,saya berdoa kepada Tuhan agar
Dia menunjukkan arahan jalan mana yang patut saya pergi. Jiwa
saya memberitahu saya bahawa saya harus pergi ke utara.Oleh
kerana saya tidak tahu arah sebenarnya, saya cuma berjalan
keluar. Saya tidak mengambil mana-mana kereta, mobil ataupun bas.
Apabila saya sampai di depan pejabat Institut Al-Kitab di
Indonesia, Tuhan telah memberitahu saya agar saya masuk ke
pejabat itu. Saya merasa ragu-ragu kerana saya tidak kenal
sesiapapun.Di sana terdapat Rev.B.Probowinito, tetapi dia telah
berpindah ke Salatiga. Saat ini jika saya masuk ke pejabat itu,
dengan siapa saya harus bercakap, dan apa yang patut saya
katakan? Tetapi jiwa saya mendesak saya supaya saya masuk ke
dalam pejabat itu, lalu saya masuk ke dalam pejabat itu.
Salah daripada seorang kawan telah melihat saya masuk ke
pejabat itu dan mengenali saya, dan tiba-tiba dia memanggil
saya:"En.Ambrie, Puji Tuhan, petunjuk apa! Setiap orang
ingin berjumpa dengan kamu." Dengan segera kami membuka
perbualan kami. Kemudian saya berjumpa dengan
Rev.M.K.Tjakraatmadja,yang telah mendengar tentang saya dan ingin
berjumpa dengan saya. Saya telah diberkati dengan pertukaran ini.
Mereka ingin menyokong kerja-kerja penulisan saya.
Saya kagum jika ini adalah cara/bidang baru tetapi mengambil
keputusan bahawa ini adalah bukan. Saya mahu pulang ke rumah
tetapi jiwa saya mendesak saya supaya meneruskan perjalanan saya
ke utara.Saya berjalan sehingga saya berdiri di depan pejabat
Kramat V. Jiwa saya memberitahu agar saya masuk dan berjumpa
dengan Rev.Dr.Ais M.O.Pormes.Saya kagum bagaimana mungkin saya
boleh bercakap dengan Rev.Pormes,sedangkan saya tidak kenal dia
dengan baik dan kami bukannya kepunyaan organisasinya. Kami
pernah bertemu sebelum ini,tetapi sudah tiga tahun yang lepas.
Tetapi Roh Kudus telah membisik dihati saya,saya terus masuk ke
dalam Kramat V.Sebelum saya masuk ke pejabat itu, saya masih lagi
keraguan.Sebelum ini,Rumah ini penuh dengan hamba Tuhan,tetapi
sekarang agak senyap.Barangkali Rev.Pormes sudah pindah.Bagaimana
pun Rev.Pormes telah melihat saya,dia datang ke depan pintu untuk
menjemput saya,dan berkata:"Wahai En.Ambrie! Sememangnya
semenjak kelmarin lagi,saya banyak berfikir tentang kamu dan
ingin berjumpa dengan kamu di sana kerana saya ada sesuatu untuk
berbincang dengan kamu.Saya mengharapkan kamu-barangkali kita
boleh bekerjasama dengan satu sama lain."Saya hampir
terkejut. Bagaimana boleh Rev.Pormes mengingati saya?Kami tidak
pernah berkenalan secara mendalam sebelum ini.Tetapi saya
teringat doa saya pada hari yang lepas.Mungkin Roh Tuhan yang
memimpin diri saya untuk masuk ke bidang baru di sini.
Dalam perbualan itu terdapat beberapa perkara yang menyegarkan
hati saya dan perasaan saya.Rev.Ais Pormes mengharap saya agar
saya bekerja bersama dengannya di dalam melayani Tuhan. Juga dia
mengambil berat tentang kesihatan saya yang mana pada waktu itu
tidak beberapa baik.
Akhirnya Rev.Pormes memberitahu saya untuk mengambil
suratnya yang datang daripada M.K.Sinaga, pengarah BumiAsih
di Jalan 4, Solo.Saya melihat surat itu dan memegangnya. Dari
rumah K.M.Sinaga, saya memohon untuk pergi ke Hotel Indonesia
pada hari Jumaat,dan dia berkata bahawa beberapa guru di sana
mahu berjumpa dan mengenali saya.
Pada pagi Jumaat,24 Feb 1978,saya pergi ke Hotel Indonesia,
untuk perjumpaan kumpulan berdoa oleh ahli-ahli perniagaan
Kristian di Jakarta,yang dikenali dengan nama "C.B.M.C"
Saya seolah olah telah diperkenalkan kepada mereka dan mereka
telah mengetahui nama saya sebelum ini dan mereka ingin berjumpa
dengan saya secara peribadi pada hari itu.Bermula dari hari itu
saya telah dijemput untuk berkhidmat dalam beberapa perjumpaan di
rumah yang mana telah mendorong saya untuk bekerjasama dengan
pelayanan gereja.Saya telah memberikan kesaksian saya pada
semua gereja di sekitar Jakarta dan Bandung.Sehingga
sekarang saya juga membuat pelayanan di luar Jakarta juga,
melawat selatan Kalimantan, (Banjarmasin,Amuntai), dan Kalimantan
tengah, (Palangkaraya), Jawa Timur,(Surabaya dan Malang), Bandung
dan lain-lain lagi.
Ini merupakan jalan dan bidang baru bagi saya.Saya meneruskan
pelayanan saya dengan penuh kepercayaan, mengkhabarkan utusan
Kitab Suci Injil Al-Masih melalui pelbagai macam perjumpaan dan
kesaksian yang berlainan.
Walaupun sekarang saya telah mendapat bidang baru dalam bentuk
pelayanan di luar dari rumah saya,perbincangan melalui
perutusan,tidak pernah berhenti bahkan semakin bertambah.Puji
Tuhan!Semua surat itu telah memberkati saya dan saya telah dapat
menjawab pelbagai jenis pertanyaan dengan jayanya!
TUHAN MEMPERLUASKAN PELAYANAN SAYA
Pada 13 Mei 1979,dengan jemputan para penulis,saya telah
diminta untuk menyampaikan ceramah di Masjid Darussalam, Jln
Batanghari,Jakarta,Di hadapan perkumpulan pemuda-pemuda Muslim
yang mana telah terlibat dengan Lembaga Pengajian Islam
Al-Furqan.Tajuk perbincangan ialah :"'Isa Al-Masih
adalah daripada Tuhan".Ketua perdebatan itu ialah
Drs.Abunyamin Roham dan Sany Ardi.Para hadirin yang menghadiri
perbincangan itu adalah sekitar 100 orang,yang terdiri daripada
pelajar dan juga guru-guru Islam.Hanya saya sendirian yang datang
untuk memberikan jawapannya.Perbincangan ini berakhir dengan
keadaan yang baik.Perbincangan persahabatan ini diakhiri dengan
berjabat salam.
Pada 22 Julai 1979,ceramah ini disambung di antara saya dengan
beberapa pemimpim Islam daripada majlis Ulama' (Muslem Theologian
Counsil).Tajuk perbincangan ialah "Kekuasaan Tuhan-satu
dalam Triniti?".Terdapat 10 orang yang menyertai
perdebatan itu, di antaranya daripada mereka ialah Professor
Dr.H.M.Rasyidi, Drs.Bunyamin Rohan, Dr.Tagor dan Dr.Asmuni.
Pengacaranya ialah Dr.Marmansyah Rahman. Pelawatnya adalah dalam
sekitar 150 orang yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin dan
guru-guru Islam,dan juga orang bijak pandai.
Dua bulan selepas 15 Ogos, saya telah pergi melawat beberapa
tempat di luar kawasan Jakarta di Barat dan juga Timur Jawa.Pada
1 September, saya telah berpeluang memimpin pelayanan Injili dan
Kitabiah dan juga telah melawat Menado,Unjung Pandang, Tanah
Toraja, Palopo, Balikpapan, Banjarmasin dan juga Kapuas, sambil
memberikan kesaksian saya.
PENUTUP
Penyelamatan adalah amat penting untuk setiap orang.
Penyelamatan untuk diri sendiri, penyelamatan untuk keluarga,
keselamatan harta benda dan berbagai jenis keselamatan yang
lain.Semuanya ini telah menjadi sasaran utama di dalam
kesejahteraan kehidupan.
Seseorang yang beragama, penyelamatan adalah tidak terhad
kepada kehidupan duniawi sahaja,ia termasuklah keselamatan Rohnya
daripada pengaruh dosa kepada kebebasan.Penyelamatan Rohnya ada
berhubungkait rapat dengan hakikat kasih-sayang, yang mana
merupakan asas kehidupan Syurgawi.
Katakan Adam dan Hawa tidak terjerumus ke dalam lembah dosa,
manusia masih lagi mempunyai kehidupan yang kekal. Tetapi oleh
kerana akibat-akibat dosa yang menyusul dari Adam dan Hawa,yang
telah melanggar larangan Tuhan.Manusia Adam dan Hawa telah
tersisih daripada peluang mereka untuk kehidupan kekal dan
terjerumus ke dalam lembah terpisah dari kesejahteraan ilahi.
Ajal terakhir bagi keadaan ini adalah kematian dan maut
'Isa Al-Masih pernah bersabda :
"Tetapi Aku datang supaya manusia mendapat hidup iaitu
hidup yang berkelimpahan."(Yahya 10:10)
"Ajarlah mereka mentaati apa yang sudah Aku
perintahkan.Ingat, Aku akan sentiasa menyertai kamu sehingga ke
akhir zaman.(Mat 28:20)
Malaikat memberitahu pengikut Al-Masih 'Isa:
"Hai orang Galilea,mengapa kamu berdiri menengadah ke
langgit?Al-Masih 'Isa yang kamu lihat terangkat ke Syurga,akan
kembali lagi dengan cara yang sama seperti yang kamu lihat
tadi."(Kis 1:11)
Dalam satu perkara Al-Masih 'Isa sendiri berkata:
"Barulah Anak Manusia akan kelihatan datang dikelilingi
awan dengan kekuasaan dan kemuliaan yang besar."(Luk
21:27)
Kedatangan kedua 'Isa Al-Masih bukan sahaja diberitahu
di dalam Al-Kitab, malah kebenaran ini disokong dan dipercayai
juga oleh para Muslim sebagaimana yang kita baca di dalam Hadith
Sahih Muslim,di dalam rujukan 127, terdapat kenyataan tentang
kedatangan Al-Masih 'Isa sebagai Hakim yang adil dan benar.
Terdapat 4 janji yang akan menyusul kepada anak-anak
Tuhan:
- Kehidupan kekal di Syurga dan kehidupan yang lebih mulia
daripada Adam dan Hawa yang merupakan ciptaan
asalNya.Dalam usaha untuk mendapatkan kehidupan yang
kekal dan keselamatan di Syurga,manusia mesti percaya
kepada 'Isa Al-Masih dan menjadi pengikut yang taat serta
dibaptiskan.
- Kehidupan sepenuhnya,Roh,fizikal seperti keperluan
material,diperolehi dalam bentuk anugerah kerahmatan dari
Syurga.
- Pengikut Al-Masih 'Isa tidak akan kekurangan sesuatupun
tetapi akan sentiasa digenapi dengan berkelimpahan.
- Roh Allah atau Roh Kudus akan sentiasa berkekalan dalam
setiap orang yang mengaku Kristus,dan menjadi pengikut
setiaNya,selama-lamanya sehingga ke Hari Kiamat.
Dengan sebab inilah menbenarkan saya untuk memberikan pilihan
kepada Anda, Para pembaca yang dikasihi:
Buatlah keputusan anda sekarang!Ambil keputusan
untuk menerima janjiNya dan bersedia untuk diselamatkan.
Terimalah Rohul-Kudus 'Isa Al-Masih di dalam hati anda secara
iman, jadilah kehidupan baru, anda akan sentiasa terjamin
dan damai sejahtera di dalamNya. Jadi kita boleh hidup
bersama-sama dengan Tuhan untuk selama-lamanya.
Jangan lepaskan peluang ini.Jangan tunggu sehingga
esok.Lakukan apa yang patut anda lakukan hari ini.Esok mungkin
sudah terlewat.Pintu bertaubat mungkin akan ditutup dan anda akan
hidup dalam penyesalan dan menanggung penderitaan untuk
selama-lamanya.Datang dengan hati yang benar,dan terimalah 'Isa
Al-Masih sebagai Rabbi anda dan Penyelamat peribadi anda supaya
anda boleh memasuki pintu keselamatan di Syurga untuk
selama-lamanya.
Indeks Utama