返回总目录
IKTIBAR KEPADA MEREKA YANG MUDAH TERPEDAYA
IKTIBAR KEPADA MEREKA YANG MUDAH
TERPEDAYA.
Dalam majalah wanita Islam 'Muslimah', Februari 1999, terdapat
satu cerita yang menarik berjudul: 'Iktibar Buat Mereka yang
murtad!' (mukasurat 19-25).
Amat menarik sekali apabila kita mengkaji cerita 'pemelukan
agama Islam' (dari Kristian ke Islam) si Ustaz Tajuddin Othman
Abdullah itu. Kerana, apabila ceritanya diperiksa dengan lebih
terperinci dan mendalam lagi, kami mendapati banyak
perkara-perkara yang bercanggah dan ada banyak lagi yang tidak
tepat mengenai peranan mahupun pegangannya yang kononnya
"sebagai paderi besar di seluruh Sabah."
Rujukan telah dibuat kepada umat Roman Katolik dan orang-orang
Sabah untuk mengesahkan cerita dan tuntutan-tuntutan serta
tuduhan di dalam artikel polemik Majalah Muslimah (Februari 1999)
ini, untuk menentukan kesahihan serta kebenarannya.
Kami akan memberi, sebagai contoh sahaja, segelintir daripada
hakikat-hakikat itu yang membuktikan bahawa 'penukaran ugama' ini
bukan sahaja satu pemalsuan, malah satu pembohongan yang telah
sengaja direka untuk dijaja dan dijual kepada mereka yang
kononnya ingin meninggalkan ajaran-ajaran Islam dan memeluk
ajaran Kristian yang terkandung di dalam Injil dan Al-Kitab,
yakni kononnya sebagai suatu 'iktibar' bagi mereka.
Contoh-contoh percanggahan di dalam cerita polemik ustaz
Tajuddin :
1) menurut ustaz Tajuddin, 'untuk menjadi seorang Kristian,
seseorang perlu menjalani "Ekaristi Pembaptisan' iaitu
MEMINUM air ini' - iaitu air suci atau lebih dikenali sebagai
'Holy Water'," (muka surat 20).
Ini adalah satu KESILAPAN BESAR yang telah diucap oleh si
ustaz Tajuddin! Kerana apa yang diucapnya itu tidak ada sokongan
langsung daripada Kitab Injil Atau Al-Kitab atau pun mana-mana
ajaran Hazrat Isa Al-Masih yang ada. Cubalah En.Tajuddin berikan
rujukan daripada Kitab Injil atau Al-Kitab (Bible) ayat-ayatnya
yang menunjukkan Pembaptisan itu melibatkan "meminum air
'Holy Water' itu" kepada kami, wahai bekas 'paderi'
Tajuddin. Kalaulah dia betul-betul seorang 'Paderi Kristian'
mestilah dia tahu semua itu. Kesilapan ini menunjukkan bahawa dia
tidak pernah sekalipun memahami apa dia 'Ekaristi Pembaptisan'
itu. Dan kesimpulan daripada kajian kami ialah: orang ini tidak
pernah menjadi paderi, yang kecil mahupun yang besar, di
mana-mana pun.
Upacara Pembaptisan itu adalah sesuatu perkara yang begitu
DASAR SEKALI bagi akidah umat Katolik sehingga ia diajar kepada
semua penganut Katolik dari bangku sekolah rendah lagi.
Sebenarnya, Upacara Pembaptisan ini ialah di mana air yang telah
didoakan oleh seorang Paderi Katolik akan dituang ke atas kepala
seorang kanak-kanak Katolik sahaja. Tidak sekalipun dia
dimestikan MEMINUM air tersebut! Dan untuk meminum air tersebut
semasa Pembaptisan adapun bercanggah dengan pengajaran Injil dan
dengan akidah agama Katolik sama sekali. Kami ingin tanya
En.Tajuddin, "Sila beri rujukan ayat-ayat Injil atau
mana-mana nas Al-Kitab Kristian yang lain yang membawa ajaran di
atas atau seperti terkandung di dalam karangannya di dalam
Muslimah itu kepada kami pembaca-pembaca."
Jadi, ini menunjukkan dan MEMBUKTIKAN bahawa fahaman si
'ustaz' Tajuddin mengenai amalan Katolik ini adalah salah dan
kesilapannya menunjukkan dia tidak mungkin sekali pun menjadi
seorang Paderi - paderi besar mahupun paderi kecil biasa! Sebab
semua penganut Katolik biasa tahu dan akur yang apa yang
disebutkan 'Pembaptisan' itu tidak melibatkan 'Meminum air suci'
sama sekali. Kamu tidak payah menjadi seorang "Paderi"
untuk mengetahui hakikat ini. SETIAP orang Katolik yang muda dan
yang tua mengetahuinya, dan ini menjadi satu amalan yang lazim
dipraktikkan oleh mereka. Apatah lagi seorang yang telah
mengelarkan dirinya sebagai 'Paderi' kononnya, yang berperanan
untuk menjadi 'Pemimpin' umat Katolik TETAPI berpegang kepada
fahaman yang serong dan salah sama sekali! Sebenarnya, ustaz
Tajuddin ini tidak pernah menjadi seorang 'Paderi' Kristian
mahupun Katolik. Jika dia sendiri tidak tahu atau memegang kepada
suatu amalan dan ajaran yang begitu 'basic' dan mendasar bagi
setiap orang Katolik ini, sampai bila dia boleh mencapai dan
menyandang peranan 'Pemimpin' atau 'paderi' bagi umat itu?
Lagi pun di muka surat 21 dia menuntut bahawa 'Holy Water'
dibuat di suatu biara di 'Vantiken' - ini adalah KARUT
SEMATA-MATA! Kalaulah En.Tajuddin masih berdegil tak mahu
berganjak dari pendustaan ini maka kami memintakannya untuk sila
memberi alamat penuh tempat 'Biara' ini. Dia membuat satu lagi
kenyataan yang palsu apabila menuntut 'air suci' ini dibuat 'dari
proses uzlah yang dijalani sebelum menjadi paderi'. Ini adalah
pendustaan semata-mata dan jauh sama sekali dari kebenaran
(Muslimah Februari 1999, m.s. 20).
Sebenarnya 'Air suci' atau 'Holy water' adalah air paip biasa
yang diperolehi daripada mana-mana paip, yang didoakan oleh
seorang paderi sahaja. Ia tidak pernah 'dibuat' di mana-mana
tempat, di Melaka, Kota Kinabalu, London mahupun di 'Vatican' -
ejaan dan sebutan 'Vantiken'nya pun salah dan silap.
Huraian di atas hanya adalah beberapa contoh-contoh
percanggahan dan pengajaran-pengajaran palsu yang didakwa sebagai
amalan-amalan umat Kristian yang dianjurkan oleh En.Tajuddin
Othman Abdullah itu. Jika dia gagal membuktikan semua
dakwaan-dakwaannya itu dengan tidak membawa ayat-ayat daripada
Injil ataupun Al-Kitab (Bible) bagi menyokong apa yang
dituntutnya sebagai 'amalan-amalan Kristian' seperti terkandung
di dalam karangannya dalam Muslimah Februari 1999, maka
sesungguhnya dia telah cuba memperdayakan pembaca-pembacanya
dengan dakyah berasaskan pendustaan belaka.
Pusat Penyelidikan Katolik di Kuala Lumpur pun telah mengkaji
tuntutan dan dakwaan beliau yang terkandung di dalam karangannya
itu, kerana ada disebut nama Geraja Katolik di negeri Sabah,
persatuan tertentu dan gelaran-gelaran serta butiran-butiran lain
di dalamnya. Setelah memeriksa segala maklumat dan dakwaan dalam
karangan itu dengan rapi, Catholic Research Centre atau Pusat
Penyelidikan Katolik yang berpusat di Kuala Lumpur, telah memberi
jawapan rasmi bagi pihak umat Katolik di Malaysia kepada
Pengarang majalah Muslimah dalam sepucuk surat rasmi bertarikh
Mac 26, 1999.
Di sini disertakan salinan jawaban tersebut supaya
pembaca-pembaca dapat dimaklumkan apakah sebenarnya hasil
pengkajian dan pemeriksaan Pusat Penyelidikan Katolik Malaysia ke
atas dakwaan-dakwaan En.Tajuddin itu.
Maklumbalas daripada CRC: "Surat Terbuka Catholic Research Centre"
Berdasarkan kepada apa yang telah didakwa, kami ingin meminta
dari Encik Tajuddin Othman Abdullah ini supaya :
1) Berilah kepada pembaca-pembaca, rujukan daripada Injil
Hazrat Isa Al-Masih ataupun Al-Kitab Kristian/Katolik di mana
umat Katolik diarahkan supaya mereka meminum air Pembaptisan.
Kami tuntut daripada Encik Tajuddin ini - i) sila berikan bab dan
ayatnya daripada Injil/Al-Kitab Kristian di manakah ajaran ini
dijumpai? dan, ii) sila berikan rujukan daripada Al-Kitab di mana
'air Holy Water' ini dibuat di 'Vantiken' dan Kristian diarahkan
meminumnya.
2) Di mukasurat 24 pula, si ustaz ini pun menuntut bahwa 'Di
Vantiken, orang Kristian yang keluar agama kemudian masuk ke
negara tersebut, mereka akan bunuh.' Ini adalah muslihat belaka.
Gereja Katolik hari ini tidak membunuh mereka yang menukar agama
mereka. Keputusan untuk memilih mana-mana agama adalah terserah
kepada setiap individu Katolik. Mereka ada kebebasan untuk
memilih agama mereka tanpa apa-apa tekanan dari luar. Jadi ini
adalah satu lagi kenyataan palsu dan pendustaan yang dibuat oleh
ustaz Tajuddin.
3) Di mukasurat 21 pula, Encik Tajuddin mendakwa bahawa:
"di Romawi ia (Kristian) dinamakan Kristianisasi. Jika
kita meneliti di dalam Kitab Nabi Isa (Injil) tidak ada disebut
'Kristian'."
Inilah satu lagi contoh yang terang benderang mengenai
kekosongan kata-kata En.Tajuddin ini. Malah ini bukan sahaja
kata-kata kosong tetapi satu lagi dalil pendustaannya! Istilah
"Kristian" ADA DISEBUT di dalam Injil mahupun di dalam
Al-Kitab:
"Di Antiokhia, untuk kali pertama pengikut-pengikut Isa
disebut orang Kristian." (Kisah Rasul-Rasul 11 ayat 26)
Jadi, segala yang dituntut oleh "paderi" terpesong
ini tidak mempunyai asas di dalam Kitab yang konon telah
dipelajarinya.
Jadi, kita dapat melihat ada banyak yang tidak logik dengan
apa yang diceritakan dan dituntut oleh En.Tajuddin ini. Ada
banyak juga lagi yang tidak benar dan merupakan muslihat dan
pembohongan-pembohongan belaka dan pendustaan-pendustaan ini cuba
digunakan oleh ustaz Tajuddin bagi 'mengubati' umat Islam di
sini.
Kami kemukakan tuntutan kami dan memohon ustaz ini memberikan
rujukan ayat-ayat Al-Kitab yang mengajar 'amalan-amalan Kristian'
yang dianjurkannya di dalam perkara (1) di atas dan juga ada di
dalam ceritanya di dalam Majalah Muslimah Februari 1999 yang
lalu. Jika ustaz Tajuddin ini tidak dapat memenuhi permohonan
yang dihurai diatas maka sudah terbuktilah yang dia dan ceritanya
tidak memihak kebenaran. Kalau ustaz Tajuddin ini tidak dapat
buktikan ajaran dan amalan "Kristian/Katolik"nya
seperti terkandung di dalam ceritanya terdapat di dalam Al-Kitab
Bible dan disokong pula oleh rujukan-rujukan dan ayat-ayat
relevan yang terang dan jelas, maka dia:
- seharusnya menarik balik ceritanya di dalam majalah
Muslimah Februari 1999 dan,
- memohon maaf daripada umat Kristian/Katolik kerana dia
telah membohongi mengenai amalan-amalan dan ajaran-ajaran
mereka. Dia juga,
- seharusnya memohon maaf daripada umat Islam yang telah
membaca ceritanya kerana dia telah cuba mengunakan
dakyahnya yang palsu bagi menjual ide yang berlandaskan
pembohongan mengenai umat Kristian/Katolik untuk
memperdayakan mereka.
Ini adalah tindakan yang wajar dan mulia bagi En.Tajuddin
Othman sebagai seorang yang, mengikut tuntutannya, menyandang
tugas 'seorang ustaz.'
Daripada Injil kami mendapat ajaran supaya jangan membangunkan
ibadat dan kerohanian kami berlandaskan kepada kepalsuan dan
pendustaan, tetapi untuk sentiasa membangunkan keimanan kami
berdasarkan kebenaran dan berwaspada akan pembohongan yang
mencurigakan.
Kalaulah ustaz Tajuddin ini benar-benar mengutamakan kebenaran
dan inginkan cahaya kebenaran bagi dirinya dan umatnya, kami
menasihatinya supaya janganlah menggunakan
pendustaan-pendustaannya itu sebagai satu cara memajukan dan
membangunkan 'syiar' Islam. Kerana 'kemajuan syiar' itu
berlandaskan kepada sesuatu yang sudah terbukti sebagai
pendustaan belaka dan malangnya ini ialah kegelapan yang amat
mencurigakan.
Adalah diharap supaya pembaca-pembaca sedar selalu akan
kewujudan banyak pendustaan dan pembohongan yang telah digunakan
untuk mengelirukan dan memesongkan ajaran-ajaran Kristian yang
sebenar. Kami dengan ikhlasnya ingin menasihati semua
pembaca-pembaca berwaspada terhadap dakyah-dakyah yang tidak
berasas ini supaya mengkaji dan memeriksa dengan cara terbuka
semua dakwaan dan tuntutan terlebih dahulu dan janganlah senang
diperdayakan, supaya segala dakyah-dakyah yang tidak berasas ini
janganlah ditelan dengan bulat-bulat sahaja!
Homepej-homepej Bahasa Melayu dan Indonesia
Answering Islam Main Site (English)