返回总目录
Kasih Sayang Allah Yang Sebenar,Sejati dan Tulen
Suatu
Ibarat Sayidina Isa Al-Masih :
-Kasih
Sayang Ayah Yang Sejati Bagi
Anaknya.
(Kitab
Suci Injil,
Lukas Fasal 15 ayat 11 - 24)
Ada seorang yang berladang
Anaknya pun dua orang,
Sedikit pun tiada kurang
Makan seharian pun senang.
Tetapi anaknya yang bongsu ini,
Mahu merantau ke luar negeri;
Lalu minta Bapanya memberi
Hartanya yang akan diwarisi.
Setelah harta dibahagikan,
Anak bongsu mahu berjalan.
Hartanya itu ia kemaskan
Hendak mencari kesukaan.
Ke negeri jauh dia telah pergi
Jangan Bapanya mengetahui
Sahaja mahu menyukakan diri,
Dengan kelakuan serba-serbi!
Hartanya habis dibelanjakan,
Dengan semuanya kawan-kawan.
Baru jadilah kelaparan
Lalu dia merasai kekurangan!
Duitnya pun tiada lagi
Kawannya pun tiada peduli;
Dia carilah kerja dalam negeri -
Rezeki pun mana mahu dicari?
Dia meminta kerja sekarang
Kepada segala orang berladang,
Dapat sahaja sekam kacang;
Yang dimakan oleh binatang!
Dalam kesusahannya ini,
Menyesallah dia akan diri!
Sekarang baru susah hati
Rasanya pun separuh mati!
Dia berfikir dalam diri,
Apakah guna demikian peri?
Di rumah Bapa orang gaji
Semuanya dapat cukup roti.
"Tetapi di sini aku binasa;
Betapa susah aku merasa!
Aku hendak pulang ke sana
Pulang kembali kepada Bapa!"
"Lalu aku hendak berkata:
'Sungguhlah aku sudah berdosa,
Aku mahu kerja kepada Bapa;
Sama seperti seorang hamba.'"
Lalu dia berangkat pergi,
Beberapa bukit ia mendaki,
Tetapi, sedang dari jauh lagi
Bapanya lihat, lalu berlari.
Bapanya itu sungguh berkasihan;
Tiada dia ingat kesalahan.
Memeluk leher tiada segan
Menyambut si anak dengan tangisan!
Kata anaknya kepadanya:
'Ya Bapa, aku sudah berdosa!
Tiada patut aku diterima,
Akan menjadi anak Bapa..'
Bapa itu menyuruh hamba;
'Bawa pakaian yang teristimewa';
Lalu disuruh membuat pesta,
Biar semua umat bersuka-ria!
Katanya: 'Anakku sudah mati,
Sekarang baru kidup kembali;
Sudah hilang anakku ini,
Sekarang sudah di dapati!'
Demikianlah segala Malaikat
Bersukacita terlalu sangat.
Jikalau ada orang yang jahat,
Hendak kembali dengan bertaubat!
Ibarat sepenuhnya anda dapat bacakan dari Kitab Injil, nas Lukas 15:11-24.
Inilah caranya sayidina Isa a.s. telah mengumpamakan hakikat kasih dan sayang
Tuhan Allah yang asli, lagi yang tulen dan sejati.
Seorang saudara bumiputera Melayu telah mengungkapkan ibarat Sayidina Isa
ini dengan begitu indah sekali dalam bentuk Pantun empat kerat di atas,
sebagai kesaksiannya kepada Firman dan Kalimatullah yang hidup itu - Sayidina
Isa al-Masih. Baginda telah mengajari dengan tepatnya tentang kebenaran apakah
kasih sayang Allah s.w.t. yang tidak terbatas lagi tidak bersyarat itu.
Apakah Kasih sayang Allah swt.yang sebenar dan sejati itu?
Nas Lukas 15:11-24 -
11 Isa berkata seterusnya, "Ada seorang
yang mempunyai dua orang anak lelaki. 12 Anak
bongsu berkata kepada bapanya, Ayah, berilah saya sekarang bahagian
harta yang akan menjadi pusakaku. Lalu bapa itu membahagikan hartanya
kepada kedua-dua anaknya itu. 13 Tidak lama
kemudian, yang bongsu itu menjual hartanahnya dan merantau ke negeri yang
jauh. Di situ dia memboroskan wangnya dengan hidup berfoya-foya. 14
Setelah dia menghabiskan kesemua wangnya, suatu kebuluran yang teruk berlaku
di negeri itu dan dia dalam keadaan serba kekurangan. 15
Dia pergi bekerja dengan seorang penduduk negeri itu dan disuruh menjaga
babi di ladangnya. 16 Dia ingin mengisi perutnya
dengan sekam kacang yang dimakan oleh babi tetapi tiada seorang pun yang
memberikan apa-apa kepadanya. 17 Akhirnya,
dia sedar dan berkata, Semua orang gaji bapaku dapat makan hingga
kenyang, tetapi aku ini hampir mati kelaparan! 18
Aku hendak kembali kepada bapaku, dan aku akan berkata kepadanya, Ayah,
saya telah berbuat dosa kepada Allah dan kepada ayah. 19
Saya tidak layak disebut sebagai anak ayah. Jadikanlah saya ini sebagai
salah seorang gaji ayah. 20 Dia pun kembali
kepada bapanya. Semasa dia masih jauh lagi,
bapanya nampak dia. Hati bapanya penuh dengan belas kasihan dan dia berlari
menemui anaknya. Bapanya memeluk dan menciumnya. 21
Anak itu berkata kepada bapanya, Ayah, saya telah berbuat dosa kepada
Allah dan kepada ayah. Saya tidak layak disebut anak ayah. 22
Bapa itu menyuruh hamba-hambanya, Segeralah ambil pakaian yang terbaik
dan pakaikannya kepada anakku. Sarungkan sebentuk cincin di jarinya dan
pakaikan kasut pada kakinya. 23 Pilihlah anak
lembu yang tambun, sembelihnya dan marilah kita menyambut kepulangan anakku
dengan mengadakan jamuan. 24 Anakku ini telah
mati tetapi hidup kembali; dia telah sesat tetapi sudah ditemui sekarang.
Lalu jamuan itu dimulakan.
- Kasih Allah yang sebenar dan sejati itu sentiasa mencari-cari mereka
yang berdosa, supaya pendosa-pendosa ini diberikan peluang dan boleh
kembali ke pangkuan Allah, tanpa apa-apa syarat!
Menurut sayidina Isa a.s., Allah diibaratkan sebagai Ayah dan Bapa yang
telah diingkari oleh si anak yang bersifat biadab itu. Walaupun begitu,
Si Ayah tiada memarahi atau menghukum anaknya itu, malah dia akan berhari-hari
menunggu-nunggu akan kembalinya si anak yang ingkar ini.
Nas Matius 18 : 14 -
14 Begitu juga kehendak BapaKu yang di Syurga,
Dia tidak menghendaki seorang pun dari anak-anak
yang kecil ini binasa.
Nas 2 Petrus 3 : 9 -
9b Tetapi Tuhan panjang sabar terhadap kamu,
kerana Dia tidak mahu ada seorang pun yang
binasa, melainkan
supaya SEMUA INSAN datang kepada pertaubatan.
Nas Lukas 15 : 4 - 7 -
4 "Jikalau seorang antara kamu mempunyai
seratus ekor kambing lalu kehilangan seekor, apakah yang akan dilakukannya?
Dia akan meninggalkan sembilan puluh sembilan ekor
kambing di padang lalu pergi mencari kambing yang hilang itu sehingga
ditemukannya. 5 Setelah
dia menemukannya, dia akan memikul kambing itu di atas bahunya dengan sukacitanya.
6 Setibanya di rumah, dia memanggil sahabat-sahabat
dan jiran tetangganya lalu berkata, Bergembiralah dengan saya kerana
saya telah menemukan kambing saya yang hilang
itu. 7 Aku berkata kepadamu bahawa begitu juga akan ada kegembiraan
di Syurga kerana seorang yang berdosa bertaubat, lebih daripada
kegembiraan kerana sembilan puluh sembilan orang benar yang tidak perlu
bertaubat.
- Kasih Allah yang sebenar dan sejati tidak akan menyesatkan atau
memesongkan dan menyelewengkan mana-mana insan di alam Dunia ini.
Walau apa pun keadaan kesesatan mereka dan bagaimana ingkar mereka terhadap
Allah swt. Tuhan akan tetap menyayangi mereka!
Menurut sabda sayidina Isa al-Masih di atas, Allah diibaratkan sebagai
Pemilik kambing itu. Walau pun salah satu ekor kambing (daripada 99 ekor)
yang telah hilang dan sesat, Si Gembala yang Baik itu akan turun mencari
domba yang sesat itu SAMPAI DAPAT KEMBALI! Inilah Kasih dan Sayang Allah
Bapa yang asli, sebenar lagi sejati!
Sebaliknya, kami mahu tanya, apakah kasih sayang Allah yang diajari
oleh al-Quran merupakan kasih dan sayang Allah swt yang sejati?
Sebenarnya, terdapat nas dan ayat-ayat al-Quran ada menyatakan tentang
sifat dan tindakan Allah 'yang tidak mengasihi manusia
dan insan' seperti berikut :
"Allah TIDAK MENGASIHI MEREKA yang 'melampaui batas'"
Surah al-Baqarah 2/190.
"Allah TIDAK MENGASIHI TIAP-TIAP ORANG yang 'kafir dan
berdosa'" QS 2/276.
"Allah TIDAK MENGASIHI MEREKA yang 'aniaya'" QS
3/57 & 140.
"Allah TIDAK MENGASIHI MEREKA yang 'sombong dan bermegah'"
QS 4/36. Dll
- Dan banyak lagi ayat-ayat Quran yang lain, sama seperti di atas!
- Sudah sangat jelaslah bahwa 'kasih-sayang' Allah agama Islam itu amat
bersyarat lagi terbatas kerana terdapat ramai insan yang tidak dikasihi
atau disayangi oleh Allah!
- Juga, amat jelas sekali, bahawa kasih sayang Allah agama Islam sungguh jauh
sekali dan TIDAK SETANDING DENGAN KASIH-SAYANG Allah Ta'ala seperti mana
yang telah diajari oleh Sayidina Isa a.s.yang tidak bersyarat lagi sejati
itu.
Kitab Suci Injil telah menyatakan tanpa apa-apa kemusykilan bahawa
"ALLAH ITU KASIH" - 1 Yahya 4:16. Dan Kasih
Allah ini TANPA SYARAT dan juga mengasihi SEMUA INSAN tanpa berbeda-beda.
Sebaliknya, lebih mencurigakan dan bercanggahan lagi dalam al-Quran, ialah
hakikat bahawa Allah agama Islam itu MEMESONGKAN MANUSIA DAN MENYESATKAN
INSAN YANG TELAH DICIPTAKANNYA!
- Surah 4 / 88-89 - "BARANG SIAPA YANG DISESATKAN OLEH
ALLAH, maka engkau tiada memperoleh jalan untuk menunjukinya.".
Serta di dukung oleh banyak ayat-ayat al-Quran lain yang mirip dengan ayat-ayat
di atas!
Jikalau Allah swt itu benar-benar bersifat ar-rahman dan ar-rahim
(yakni "Pengasih" dan "Penyayang"), mengapakah
al-Quran sendiri ada menyebut bahawa Tuhan tidak mengasihi umat tertentu?
Lebih-lebih lagi, kenapa juga al-Quran ada menyatakan bahwa Allah menyelewengkan
manusia dan menyesatkan hati manusia supaya mereka tidak dapat memperoleh
apa-apa bimbingan dan petunjuk di atas Bumi ?
Amat jelaslah bahwa, tindakan Allah seperti ini bertentangan dan bercanggah
secara langsung dan ketara dengan nama-nama-Nya yaitu "ar-rahman"
dan "ar-rahim". Kedua-dua sifat-sifat tersebut dengan
jelasnya sudah dibatalkan dan ditentang oleh tindakan-tindakan Allah seperti
mana yang disabdakan dalam Surah 14/4, surah 2/26, surah 61/5, surah 4/88-89
Dan ayat-ayat lain.al-Quran seperti itu!
Jelaslah daripada sumber al-Quran sendiri, Allah agama Islam itu, sememangnya
menyesatkan orang, dan memesongkan hati mereka
daripada jalan yang lurus! Jalan yang menghala ke hidup yang sejati
dan kekal abadi. Adakah itu sifat-sifat Pengasih dan Penyayang
yang sebenar dan yang sejati? Jauh sekali!
Sesungguhnya ayat-ayat al-Quran di atas semuanya membatalkan dan bercanggah
secara terus terang dengan dua 'nama Allah' itu yaitu 'ar-Rahman' serta 'ar-Rahim'!
Sebaliknya, ayat Al-Kitab (yakni Kitab Suci Injil) pula berbunyi demikian :
"Ketika kita masih lemah, pada saat yang telah ditentukan oleh
Allah, Al-Masih telah mati bagi kita, orang-orang fasik.
"Sukar sekali seseorang mahu mati untuk seorang yang saleh, sekali pun
untuk orang yang baik budinya barangkali ada orang yang berani atau rela mati.
"Akan tetapi, ALLAH TELAH MENYATAKAN KASIH-NYA KEPADA KITA,
kerana Al-Masih Isa telah mati untuk kita, KETIKA KITA MASIH
BERDOSA."
Roma 5 : 6 - 8.
Alangkah begitu indah dan manisnya Kasih sayang Allah swt yang sejati
dan tulen itu!
Firman Allah meneruskan :
"Lebih-lebih lagi sekarang, setelah kita ditebuskan oleh darah-Nya!
Tentu Dia akan menyelamatkan kita dari murka Allah.
"Kerana jika waktu kita masih menjadi seteru Allah,
kita sudah didamaikan dengan Dia melalui penebusan Putera yang telah datang
daripada Allah, lebih-lebih lagi sekarang, setelah kita berdamai! Sudah tentu
kita akan diselamatkan oleh hidup-Nya."
Roma 5 : 9 - 10.
Jika anda masih mencari-cari untuk mengenali dan menghayati kasih sayang
Allah swt yang sebenar dan sejati, sahutlah seruan Hawari Yahya, Rasul Sayidina
Isa a.s. yang akrab, yang telah bersaksi seperti berikut:
"Inilah kesaksian yang benar itu, bahwa Allah telah mengurniakan
kepada kita hidup yang kekal, dan kehidupan itu ada di dalam Putera yang telah
datang daripada Allah.
"Sesiapa yang menerima Sang Putera itu, ia menerima kehidupan dan
(sebaliknya) orang yang tidak menerima Putera yang telah datang daripada Allah,
ia pun tidak menerima hidup.
"Aku sudah menuliskan hal ini kepadamu supaya kamu tahu bahwa kamu
sudah menerima kehidupan yang kekal, yaitu kamu yang percaya kepada Nama Sang
Putera yang datang dari Allah."
1 Yahya 5 : 11 - 13.
Sayidina Isa a.s. sendiri, juga telah menyatakan tentang apakah kasih-sayang
yang tulin dan yang sejati itu :
"TIDAK ADA KASIH yang lebih besar daripada kasih seseorang
yang menyerahkan nyawanya untuk sahabat-sahabatnya."
Yahya 15 : 13
Dan Baginda sendiri telah mengkabuli dan menjadi tauladan teragung bagi sabda
baginda di atas, apabila baginda telah berfirman seperti berikut:
"Anak Manusia (Isa al-Masih) telah datang bukan untuk dilayani, melainkan
untuk melayani, dan memberikan nyawanya menjadi tebusan
bagi banyak orang."
Matius 20 : 28
Itulah sebabnya amat tidak hairan sekali mengapa Hawari Yahya boleh
menyatakan dengan penuh yakin dan kepastian bahwa:
"..Mereka yang tidak mengasihi, tidak mengenal Allah, kerana ALLAH
ITU KASIH adanya.."
1 Yahya 4 : 8.
Mahukah anda mengenali dan mengalami kasih sayang dan anugerah
Allah yang sebenar dan sejati bagi hidup anda di dunia dan juga di akhirat?
Janganlah lepaskan satu-satunya peluang anda yang istimewa
ini! Sabda dan Firman Allah yang hidup itu tidak sekali pun akan menyesatkan
anda.
Indeks Utama