返回总目录
Pengajian Hadis Sahih Muslim
Kesaksian
Saudari Halimahthun
"…Di
dalam kasih tidak ada ketakutan. Kasih yang sempurna mengusir ketakutan
(serta rasanya) Kerana di dalam ketakutan ada siksa hukuman dan
orang yang takut belum sempurna di dalam Kasih. Kita mengasihi sebab Tuhan
Allah terlebih dahulu mengasihi kita. Jikalau seorang berkata : 'Aku
mengasihi Allah' padahal dia membenci saudaranya, orang itu membohong. Kerana
jikalau dia tidak mengasihi saudaranya yang dapat dilihat, maka tidak boleh dia
mengasihi Allah yang belum pernah dilihatnya. Perintah ini kita kita peroleh
dari Allah, yaitu bahawa orang yang mengasihi Allah, harus mengasihi saudaranya
juga."
Kitab Suci Injil
al-Syarif,
1
Yahya 4
:
18
-
21
(Al-Kitab).
Assalamu'alaikum.
Nama saya Halimahthun. Saya seorang wanita bumiputera Melayu asli, Muslimah
Islam sejak dilahir di dalam keluarga Islam yang taqwa kepada Tuhan. Sejak muda
lagi, saya belajar tentang hal-hal keagamaan dan ajaran-ajaran Islam secara
rajin dan saya telah tegakkan rukun-rukun Islam dengan penuh azam, ikhlas dan
kekusyukan.
Walaupun
rasa khusyuk kepada Allah saya terasa pada mula-mulanya, lambat-laun pula saya
telah mulai menanyakan akan bimbingan-Nya dan kebenaran kenyataan-kenyataan
sifat-sifat Allah seperti Allah itu arrahman dan irrahim dan
sebagainya. Walau begitu, saya tetap beriman kepadaNya dan cuba memberi peluang
untuk ajaran-ajaran Islam diyakini di dalam jiwa dan hidup saya.
Setelah saya selesaikan
pengajian tinggi saya di IPT, saya pun mendapat kerja yang cukup bagus dan
memuaskan. Saya telah mendalami bidang perkerjaan saya dengan penuh minat dan
yakin, kerana ini merupakan pengalaman baru sebagai tenaga kerja yang sebenar
dan juga memperolehi ganjaran yang wajar daripada majikan saya.
Tidak lama kemudian, saya
telah menemui bakal suami saya yang disayangi! Kami telah pun menikah dan
berazam untuk mendirikan rumahtangga kami sendiri seperti semua keluarga yang
baru dan penuh berharapan. Setahun kemudian, kami telah dianugerahi dengan
cahaya mata dan saya penuh bersyukur kepada Tuhan atas hadiah kesayangan ini!
Kami telah membangun
keluarga ini dengan penuh harapan dan bertanggung jawab! Akan tetapi, entah
kenapa, tidak lama kemudian, beberapa masalah telah timbul yang pudarkan hidup
kami sebagai keluarga yang baru dan mengancam harapan kami sebagai rumahtangga
yang baru. Tiba-tiba, suami Islam saya telah merenggangkan perhubungan kami.
Akibatnya tidak lama kemudian kami telah pun bercerai!
Pengalaman yang cukup pahit
itu tidak mematahkan jiwa saya! Malah saya telah mencuba mendalami iman dan
akidah keislaman saya dengan lebih giat lagi, misalnya membaca dan mencari
jawapan-jawapan daripada al-Quran serta karya-karya alim ulamak yang
membentangkan tentang Allah dan kebaikan-Nya, kasih sayang-Nya dan lain-lain.
Akan tetapi, semua
bahan-bahan keislaman yang telah saya mencari itu tidak dapat menjawab soalan
soalan saya mengenai kehidupan dan kasih-sayang yang sejati dan sebenar! Apakah
Allah yang arrahman dan irrahim itu mengizinkan saya dan bekas suami saya untuk
mendirikan bersama-sama satu rumahtangga dengan cahaya mata kami sendiri, dan
sejenak dari itu merobohkan rumahtangga itu pula? Mengapa dan kenapa? Tidakkah
Allah swt itu mengasihi kami sebagai suami-isteri dan boleh memeliharakan
rumahtangga kami daripada kerosakan!?
Sesudah penyelesaian
penceraian itu, dan sesudah puas cuba mencari jawapan daripada sumber-sumber
Islam yang cukup banyak itu, saya pun berfikir: 'Sehingga kini saya masih
belum pernah merujuk kepada sumber-sumber agama Samawi yang lain, yaitu
akidah-akidah lain yang juga mengesakan Allah yang Maha Kuasa itu!' Saya
terasa selama ini Allah adalah terlalu jauh dan 'remote' untuk mahu
mengambil tahu mengenai masalah-masalah dan kerinduan saya yang cukup perit itu!
Soalan yang telah muncul untuk saya pada waktu itu ialah: 'Adakah Tuhan seperti
ini benar, serta 'kasih-sayangNya adalah tulin dan sejati?' Pada waktu itu
saya telah pun menyimpan sejadah sembahyang serta telekung saya dan berhenti
seketika amalan-amalan seperti itu!
Tidak lama kemudian, saya
telah diundang teman baik saya, untuk pergi bersama-sama menonton Wayang
'The Passion of the Christ' ('Kesengsaraan Al-Masih'). Saya tidak
menyedari atau mengetahui bahawa cerita ini ialah mengenai Sayidina Rabbani Isa
al-Masih, Kesengsaraan Baginda serta Kewafatan-Nya. Waktu itulah saya telah
menyedari betapa perit, pahit dan dalamnya kesengsaraan yang telah diharungi
Almasih Isa Putera Maryam itu! Air mata saya mengalir tanpa berhenti-henti dan
saya menangis bersedu-sedu semasa menyaksikan betapa besar dan dalamnya
kasih-sayang AlMasih Isa itu untuk segala bangsa dan seluruh umat manusia,
termasuk musuh-musuhNya sendiri!
Sejak saat itu saya pun
telah sedar bahawa pencarian saya sudah pun termakbul! Tak usahlah saya mencari
dan merayu di tempat-tempat yang lain, Kasih sayang yang sejati dan yang seratus
peratus tulin itu ada pada Al-Masih Isa sahaja! Saya pun mengkaji Kitab Suci
Injil Syarif dengan minda dan hati yang terbuka, tanpa dikongkong oleh prasangka
dan buruk-sangka kesialaman terhadap akidah umat Nasrani yang cukup tipikal itu!
Aman-damai, kesejahteraan
dan pelepasan rohani yang menyusul di dalam kehidupan saya setelah saya memeluk
ajaran Isa Al-Masih yang indah itu tidak dapat diungkapkan keindahan dan
kepuasannya dalam kata-kata manusia! Sebelum ini semua saya tidak pernah insaf
akan keperluan saya untuk diampunkan dan dihilangkan semua hukuman dan hambatan
dosa-dosa saya.itu. Sekarang saya sudah faham apa yang dimaksudkan Rabbiku
Sayidina Isa, "jika seseorang ingin masuk Syurga, dia haruslah dilahirkan
kembali (atau semula)! (KS Injil, Yahya fasal 3:1-4, 5-16).Syukur Alhamdulillah!
Saya mengundang saudara dan
saudari semua! Silalah mengkaji bagi diri anda sendiri, Siapakah itu AlMasih Isa,
Putera Maryam! Abaikanlah prejudis dan prasangka lazim yang didakyahkan ramai
orang itu - yang tidak berasas, lagi penuh dengan fitnah ! Bacalah Al-Kitab dan
Kitab Suci Injil Syarif yang mengandungi sirah Sayidina Rabbani Isa yang sah dan
sebenar. Sejarah telah membuktikan bahawa peristiwa penyaliban Al-Masih Isa
Putera Maryam itu, 2,000 tahun yang lalu adalah satu hakikat dan fakta sejarah
yang telah betul-betul berlaku yang tidak dapat disangkalkan oleh mana-mana
pihak.
Inillah sabda Al-Masih Isa
kepada para rasul-rasul-Nya, lebih 2,000 tahun yang lalu :
"Tidak ada kasih yang lebih besar daripada kasih seseorang yang
menyerahkan nyawanya untuk berkorban bagi sahabat-sahabatnya."
KSI, Yahya 15 ayat 13.
Dan itulah yang telah
disempurnakan oleh Baginda bagi sahabat-sahabatnya dan itulah juga telah Dia
lakukan tanpa syarat untuk anda dan saya, supaya kita semua dapat tahu dan
menghayati apakah itu kasih-sayang yang sebenar, tulin lagi sejati - yang Allah
Sendiri telah menganugerahkan kepada manusia sejagat untuk selama-lamanya!
Indeks Utama