返回总目录
Pengajian Hadis Sahih Muslim
Kupasan
Kajian
Koleksi
Hadis Sahih Muslim
"…Demikianlah
kamu meniadakan firman Allah untuk menurut ajaran kamu sendiri.
Kamu munafik! Tepat sekali apa yang dikatakan
Nabi Yesaya tatkala dia bernubuat tentang
kamu! Allah berfirman, ‘Semua orang ini menghormati Aku dengan kata-katanya
tetapi hati mereka sebenarnya jauh daripada-Ku. Sia-sialah mereka menyembah Aku,
kerana pertuturan manusia diajarkan oleh mereka seolah-olah peraturan itu
adalah hukum Allah."
Sayidina Rabbani
Isa Al-Masih bersabda dalam Kitab Suci Injil
Matius
15:6-9 (Al-Kitab).
Bagi orang Islam
dari aliran Ahli Sunnah wa’al jemaah, penulisan agama yang paling penting dan
berwibawa selepas kitab al-Quran ialah enam himpunan utama hadis yang bertujuan
merekodkan kata-kata dan perlakuan Nabi Muhammad. Hadis merupakan landasan bagi
Syariah atau undang-undang Islam yang mahu dijadikan sebagai dasar
perundangan di negara-negara Islam dewasa ini. Sahih Muslim iaitu
koleksi 7,190 hadis oleh Imam Muslim yang meninggal dunia pada tahun 875 Tahun
Masehi (TM) ini adalah himpunan hadis yang kedua paling berwibawa selepas
koleksi Sahih Bukhari. Berikut dipaparkan beberapa bahagian yang menarik
bersabit dengan hadis Sahih Muslim ini..
Kepentingan Hadis
“Bahagian hadis
ini dengan jelas menunjukkan hakikat bahawa hadis sememangnya kunci terpenting
bagi memahami al-Qur’an dengan betul kerana sebagai penyampai wahyu, Nabi
Muhammad adalah [watak] yang terbaik dan paling sesuai. Oleh itu, dengan kuasa
Tuhan dia di beri kuasa untuk mentafsir dan menerangkan kandungan al-Qur’an.”
Sahih Muslim jld.1 nota kaki 225 ms.72
Surah-surah
al-Qur’an yang
sudah
hilang
Abu
Harb b. Abu al-Aswad melaporkan dari sumber bapanya bahawa Abu Musa al-Ash’ari
berkata:
“…
kami membaca surah yang menyerupai Surah Bara’at dari segi panjang dan
kekuatannya. Walau bagaimanapun, saya
sudah lupa akannya kecuali bahagian ini yang
masih saya ingat: ‘Jika ada dua lembah yang dipenuhi dengan kekayaan untuk
anak Adam, dia akan mengingini lembah ketiga dan tidak ada apa yang memenuhi
perut anak Adam kecuali debu.’ Dan kami juga membaca Surah yang menyerupai
salah satu daripada surah Musabbihat dan saya lupa,
tetapi mengingati sebanyak ini daripada surah itu: ‘Wahai orang yang
beriman, mengapa kamu berkata apa yang tidak kamu kerjakan’ (lx1 2.) dan ‘ini
tercatat di lehermu sebagai kesaksian (yang menentangmu) dan kamu akan disoal
mengenainya pada Hari Kiamat’” (xvii. 13).
Sahih Muslim
jld.2 buku 5 no.2286 ms.500,501.
Perlu diingatkan
bahawa terdapat banyak lagi daripada ini tetapi baki Surah itu sudah
dilupakan kandungannya.
Kasih Sayang
kepada Nabi Muhammad
Tidak ada apa-apa di dalam
Sahih Muslim
yang menyatakan bahawa Muhammad perlu di sembah tetapi memang tinggi pandangan
mereka terhadap nabi Muhammad, malah ada satu hadis palsu yang
menyatakan bahawa ada bau yang bagus ketika nabi Muhammad membuang air. Tetapi
Imam Muslim dan penghimpun hadis yang lain menolak hadis ini.
Walau
bagaimanapun, semua hadis yang berikut diterima di dalam Sahih Muslim.
Keistimewaan
badan Muhammad:
Menurut Sahih Muslim jld.4 buku 28 no.5758 ms.1247, tubuh badan Muhammad
mengeluarkan bau yang segar atau wangian seperti beg bauan pembuat minyak wangi.
Dinyatakan di dalam al-Tabari jld. 6 ms. 80 pula yang baginda mempunyai
kulit yang berbau harum. Menurut Sahih Muslim jld.4 buku 28
no.5770-5772,5777 ms.1249, nabi Muhammad merupakan seorang yang paling kacak
yang pernah dilihat.
Mengumpulkan
rambut nabi Muhammad:
Apabila Muhammad menggunting rambutnya, para sahabat akan berebut-rebut
mengambil setiap helai rambut dan menyimpannya. Muhammad membenarkan ia
diagihkan di kalangan umat manusia. Sahih Muslim jld.2 buku 7
no.2991-2994 ms.656-657
Mengumpul
peluh Muhammad:
Anas bin Malik meriwayatkan bahawa ibunya, Umm Salaim akan mengambil peluh
Muhammad dan meletakkannya ke dalam botol untuk dijadikan sebagai pewangi yang
paling harum. (Sahih Muslim jld.4 buku 28 no.5761 ms.1247). Hadis
berikutnya, 5762 mengatakan bahawa Muhammad bertanya apa yang dilakukannya.
Apabila Umm Salaim menjelaskannya, Muhammad berkata “Kamu melakukan sesuatu yang
betul.” Hadis berikutnya, 5763 menyatakan bahawa Umm Salaim akan meletakkan kain
mengalas nabi Muhammad semasa baginda tidur untuk mengumpul peluhnya pada kain
itu.
Tinggi Harga Diri Nabi Muhammad
“Aku akan menjadi
ketua bagi umat manusia pada Hari Kiamat.” Manusia akan berharap seseorang
dapat menjadi perantara dengan Allah dan memberikan syafaat kepada mereka.
Kecuali Isa, Adam, Nuh, Ibrahim dan Musa menolak kerana mereka ada cacat cela
manakala Isa pula akan menyuruh mereka mendatangi nabi Muhammad yang akan
menyampaikannya kepada Allah. Sahih Muslim jld.1 buku 1 no.378
ms.129-132. Lihat juga jld.1 buku 1 no.381 ms.133.
Muhammad bersabda
bahawa syaitan tidak boleh menyamar dan menyerupainya. Jadi, jika seseorang
bermimpi bertemu Muhammad, ia memang bertemu Muhammad. Sahih Muslim jld.4
buku 27 no.5635-5639 ms.1225-1226. Juga Bukhari jld.8 buku 73 no.217
ms.139-140; Shamaa-il Tirmidhi bab 55 no.1-7 (389-395) ms.452-455.
Tetapi Allah
Boleh Datang Dalam Bentuk Yang Berbeza-beza
Sahih Muslim jld.1 buku 1 no.349 ms.115 “…Allah akan datang dalam bentuk yang
berbeza-beza daripada Bentuk-Nya sendiri yang mereka kenal dan Dia akan berkata:
Akulah Tuhanmu. Mereka pula berkata: Kami memohon perlindungan Allah daripada
kamu…” Lihat juga Bukhari jld.8 buku 76 no.577 ms.375; Bukhari jld.9 buku 93
no.532 ms.395-396.
Tinggi Harga
Diri Umat Islam
“Di mana ada
Islam, tidak ada satu cara pun untuk syaitan masuk dan mempengaruhi umat. Ia
mesti lari meninggalkan tempat itu.” Sahih Muslim diterjemahkan oleh
‘Abdul Hamid Siddiqi jld.1 buku 4 ms.210 nota kaki 603.
Musa dan Malaikat yang Bertinju
“Abu
Hurairah meriwayatkan bahawa Malaikat Maut dihantar kepada Musa (alaihissalam)
bagi memaklumkan panggilan Tuhan. Bila malaikat tiba, Musa menumbuknya dan
matanya terpacul keluar. Dia (Malaikat Maut) kembali kepada Tuhan dan berkata:
Kau menghantar aku kepada seorang hamba yang tidak mahu mati. Allah kemudian
memulihkan matanya (malaikat),…” Sahih Muslim jld.4 buku 29 no.5851
ms.1264. Juga Sahih Muslim jld.4 buku 28 no.5852 ms.1265.
Masalah Musa Dalam Berpakaian
Dalam beberapa aspek, Musa memang normal. Namun ada yang melihat kejadian Allah
melarikan pakaian Musa (yang dia letak di atas batu sewaktu mandi) supaya Musa
terpaksa berkejar untuk mendapatkan pakaiannya kembali sebagai pekerjaan bodoh.
Kejadian ini adalah untuk membuktikan kepada manusia (Bani Israel) bahawa Musa
lelaki biasa, tanpa Musa dengan sengaja berkelakuan tidak sopan. Sahih Muslim
jld.1 buku 3 no.669 ms.193.
Jika
ada yang memikirkan saya tersilap mentafsirkan hadis ini, sila lihat petikan
berikut:
“Di antara hadis yang diriwayatkan daripada Muhammad Rasulullah
daripada Abu Hurairah, ada satu berkenaan kaum Bani Israel yang mandi dalam
keadaan berbogel dan mereka saling melihat alat sulit masing-masing. Walau
bagaimanapun, Musa (a.s) mandi bersendirian dan mereka berkata (mengejek): Demi
Allah, tiada apa yang menghalang Musa mandi bersama-sama kami kecuali kerana
buah zakarnya burut. Dia (Musa) pernah mandi dan meletakkan bajunya di atas batu
dan batu itu bergerak bersama-sama bajunya. Musa mengejarnya sambil berkata:
Oh batu, bajuku, oh batu, bajuku dan Bani Israel mendapat peluang melihat
alat sulit Musa dan berkata: Demi Allah, Musa tidak mempunyai apa-apa penyakit.
Batu itu berhenti sehinggalah Musa dapat dilihat oleh mereka dan dia mengambil
bajunya lalu memukul batu itu. Abu Hurairah berkata: Demi Allah, terdapat enam
atau tujuh tanda pukulan pada batu itu yang dibuat oleh Musa."
Budi Bahasa hukum Syariah Terhadap yang Bukan-Islam
Sahih Muslim jld.3 buku 24 no.5389,5390 ms.1185 berbunyi, “Abu Hurairah
meriwayatkan bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda: Janganlah kamu memberi salam
kepada orang Yahudi dan Kristian sebelum mereka memberi salam kepadamu dan
bila kamu bertemu salah seorang daripada mereka di jalanan, paksalah mereka
untuk mengikuti laluan yang sempit."
Bunyinya mungkin agak kasar atau biadab, maka nota kaki 2559 pada muka surat
yang sama telah cuba menerangkan alasannya. “Tujuannya bukanlah mahu menyeksa
atau meletakkan masalah yang tidak sepatutnya kepada mereka tetapi memberi
mereka jalan yang selamat daripada diasak-asak oleh pengembara Islam yang
berpusu-pusu. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa ini tidak bermakna
warga Kristian dan Yahudi perlu dipaksa untuk meninggalkan jalan dan laluan
biasa dan perlu berjalan di sisi tembok rumah atau di laluan sempit. Apa yang
dimaksudkan ialah mereka perlu berjalan di laluan yang jauh daripada gerombolan
umat Islam yang ramai agar mereka tidak mengalami sebarang kecelakaan."
Ayat-ayat Al-Qur’an yang Dimansuhkan
"Anas
berkata: Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung mewahyukan (satu surah) berkenaan
orang yang terbunuh di Bi’r Ma’dna dan kami membacanya sehingga ia dimansuhkan
kemudiannya (dan surahnya berbunyi begini): ‘Sampaikannya kepada kalangan orang
kami tentang berita bahawa kami menemui Tuhan kami, dan Dia sukacita dengan kami
dan kami juga sukacita dengan-Nya.’” Sahih Muslim jld.1 buku 4 no.1433
ms.329-330. Nota kaki di muka surat 330 menyatakan “ini diwahyukan pada bahagian
yang tertentu dan ditukarkan dengan pelbagai surah lain yang mempunyai makna
yang sama tetapi dengan maksud yang lebih luas:” Lihat juga Sejarah al-Tabari
jld. 7 ms. 156.
Pentingnya hadis ini kerana ia bukan menunjukkan bahawa surah masih ada di dalam
Qur’an tetapi tidak diterima pakai sebab ia dimansuhkan tetapi kerana hakikat
bahawa ayat itu sebenarnya telah diubah. Oleh itu, jika terdapat Qur’an
yang asli dalam bentuk naskhah di syurga, (Surah 85:21-22), adakah ia mempunyai
ayat yang asli atau pun ayat yang baru? Jika ia mempunyai ayat yang baru,
maka ayat yang asal itu bukanlah sebahagian daripada naskhah asli yang terdapat
di syurga. Jadi, terdapat ayat-ayat al-Qur’an di dunia ini yang telah
disalah-anggap sebagai menjadi sebahagian daripada naskhah Qur’an di syurga.
Berdasarkan tajuk di dalam Sahih Muslim jld.1 buku 3 no.682 ms.195-197,
memang ada hadis yang dimansuhkan.
Berhijab dan Wanita dalam Islam
Apa yang Sahih
Muslim perkatakan tentang wanita dalam Islam dibincangkan secara mendalam di
dalam makalah ”Apa Yang Islam Kata Tentang Wanita”. Di sini
dipaparkan beberapa maklumat ringkas.
* Berhijab
diwajibkan bagi semua wanita Islam. Sahih Muslim jld.2 buku 7 no.2789 ms.606-607.
* Berhijab
tidak wajib bagi hamba wanita. Sahih Muslim jld.2 buku 8 no.3325, 3328 ms.721-722
* Apabila
nabi Muhammad mengambil Safiyah, umat Islam lainnya melihat sama ada dia akan
disuruh berhijab (memakai tudung) yakni menjadi isteri atau sekadar gundik atau
“hamba seksnya”. Baginda memakaikannya tudung dan menjadikannya sebagai isteri.
Bukhari jld.4 buku 52 bab.74 no.143 ms.92
* Menurut
Sahih Muslim jld.2 buku 4 no.2127 ms.462, Muhammad pernah memukul Aisyah
dengan sengaja “di dada yang menyebabkan aku terasa sakit”.
* Tiada
perancang keluarga yakni kawalan kelahiran (menurut penterjemah) Sahih Muslim
jld.1 nota kaki 208 ms.66
* Hubungan
seks dengan wanita tawanan dibenarkan menurut Sahih Muslim jld.2
buku 8 no.3371-3374 ms.732-733
*
Kebanyakan penghuni-penghuni di Neraka adalah wanita. Sahih
Muslim jld.1 buku 1 no.143 ms.47-48.
*
Menanggalkan pakaian tawanan dibenarkan. Sahih Muslim jld.3 buku 17
no.4345 ms.953
* Orang
Islam yang menawan wanita bukan Islam sekaligus membatalkan perkahwinan tahanan
wanita sebelum itu (walaupun tanpa keizinan wanita itu) Sahih Muslim
jld.2 buku 8 no.3432 ms.743
Umat Islam dan Peperangan
Apa yang Sahih
Muslim perkatakan mengenai peperangan dalam Islam dibincangkan lebih lanjut
dalam ”Islam: Keamanan atau Suka berperang?” Di sini dipaparkan beberapa
maklumat ringkas.
"Diriwayatkan
daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah (Muhammad) telah bersabda bahawa
aku telah diarahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka mengakui bahawa
tiada tuhan selain Allah, Muhammad itu pesuruh-Nya dan mereka menunaikan solat
dan membayar zakat…” Sahih Muslim jld.1 buku 1 no.33 ms.17. Lihat juga
jld.1 buku 1 no.32 ms.17.
* Muhammad
menyerang kaum yang tidak menyangka mereka akan diserang ketika Subuh. Sahih
Muslim jld.1 buku 4 no.745 ms.209
* Muhammad
mahu melancarkan serangan berupa ancaman (ketenteraan) ke atas warga Kristian
Arab di Syria dan Rom. Sahih Muslim jld.4 buku 35 no.6670 ms.1445
* Ibn Shihab
dipulaukan kerana
dia tidak pergi berperang. Sahih Muslim jld.4 buku 35 no.6670 ms.1445-1447
* Jika
seseorang Islam mati dan tidak pergi berperang ke jalan Allah (jihad
fisibilillah), dia mati sebagai seorang munafik. Sahih Muslim
jld.3 buku 19 no.4696 ms.1057
Bagi
butiran terakhir, terjemahan bahasa Inggeris di sini tidak berapa tepat.
Perkataan Arab dalam ayat walam yaghzou bermaksud “tidak menyerang”. Kata
kerjanya ialah ghaza yang bermaksud “untuk menyerang”. Tiada nama Allah
disebutkan di sini. Hadis yang sama terdapat dalam al-Nasa’i (buku
al-Jihad no.3110) dan Musnad Ahmad (jld.2 no.8510); dalam bahasa
Inggeris, semuanya diterjemahkan sebagai orang munafik.
Harta Rampasan Perang
* Satu
perlima daripada semua harta rampasan perang perlu diserahkan kepada Baitulmal
dan nabi Muhammad boleh mengambil daripadanya. Sahih Muslim jld.2 buku 5
no.2347, 2348 jld.2 nota kaki 1463 ms.519
* Nabi
Muhammad memberi hadiah kepada orang jahiliah (yang menyembah banyak dewa-dewa)
sebagai pendorong (rasuah) untuk mereka masuk Islam. Sahih Muslim jld.2
buku 5 no.2300-2309 ms.504-507; jld.2 buku 5 no.2313 ms.510
* Merah
padam wajah Muhammad apabila seseorang memberitahu bahawa hadiah kepada warga
jahiliah bukan sesuatu yang Allah kehendaki. Sahih Muslim jld.2 buku 5
no.2325 ms.509
Kuasa Magis/Sihir dalam Islam
Husain bin Abdul Rahman digigit kala jengking dan dia menggunakan tangkal
azimat.. Dia melakukannya berdasarkan hadis. “Sihir adalah sia-sia kecuali
jika (pengaruh jahat) ‘mata syaitan’ atau sengatan kala jengking.” Sahih
Muslim jld.1 buku 1 no.625 ms.141
"…
pengaruh jahat ‘mata syaitan’ memang satu kenyataan.” Sahih Muslim jld.3
buku 24 no.5426 ms.1192. Lihat juga al-Tabari jld.39 ms.134
Nabi
Muhammad memberi satu mantera kepada kaum Ansar bagi membuang bisa kala
jengking. Sahih Muslim jld.3 buku 24 no.5442-5444,5448 ms.1192,1196
Nabi
Muhammad memberi satu mantera kepada Aisyah untuk menyembuhkan pengaruh
kejahatan ‘mata syaitan’. Sahih Muslim jld.3 buku 24 no.5445,5447-5450 ms.1196
Peraturan dalam Islam
Anda perlu membuka
kasut mengikut aturan yang betul. Sahih Muslim jld.3 buku 22 no.5231
ms.1154. Pakailah kasut pada kaki kanan dahulu dan menanggalkan kasut pada kaki
kiri dahulu. Shamaa-il Tirmidhi bab.19 no.9 (79) ms.75
Janganlah minum
ketika berdiri kecuali air itu air Zamzam. Sahih Muslim jld.3 buku 21
no.5014-5027 ms.1116-1118
Nabi
Muhammad mengajar bahawa adalah lebih menyihatkan jika bernafas tiga kali (atau
tiga teguk) ketika minum. Sahih Muslim jld.3 buku 21 no.5029-5031 ms.1118
Selepas makan anda
dilarang mengelap tangan sebelum kamu menjilat jari atau membiarkan orang lain
menjilatnya. Sahih Muslim jld.3 buku 21 no.5037-5042 ms.1119-1120. Lihat
juga Abu Daud jld.3 buku 20 no.3838 ms.1081.
Terdapat banyak
perbalahan tentang berapa banyak solat dan panjangnya. Sahih Muslim jld.1
buku 4 no.1166-1184 ms.284-286
*
Meludah hendaklah
ke arah kiri, bukan ke kanan. Sahih Muslim jld.4 buku 41 no.7149b ms.1546
Jalan Keluar:
Bagi
remaja lelaki untuk bersama perempuan yang bukan daripada keluarganya, dia
boleh minum susu seorang ibu dalam keluarga itu lantas mempunyai jalan
keluar daripada peraturan dan batasan muhrim. Sahih Muslim jld.2 buku 8
no.3424-3427 ms.741
"Shuraih
b. Hani berkata: Aku datang kepada Aisyah dan bertanya tentang menyapu-nyapu
stoking (untuk dibersihkan). Katanya: Lebih baik kamu bertanya (Ali) putera Abu
Talib kerana dia pernah mengembara bersama Rasulullah (s.a.w). Kami bertanya
kepadanya dan dia menjawab: Rasulullah (s.a.w) menetapkan (had yang lebih) tiga
hari tiga malam bagi pengembara dan satu hari satu malam bagi penduduk.”
Sahih Muslim jld.1 buku 3 no.537 ms.165
Namun Sahih Muslim jld.1 nota kaki 479 ms.162 menyatakan bahawa, “Islam
tidak mengenakan peraturan yang ketat dan menyusahkan dalam apa keadaan. Dalam
berwuduk, tolak ansur bagi mengelap stoking diberikan sebagai kemudahan kepada
umat Islam
Mengapa terlalu
banyak peraturan? Sahih Muslim jld.3 nota kaki 2434 ms.1115-1116
menerangkan kepada kita..:
“Kadangkala ada
percanggahan tentang apa perlunya mencontohi Nabi Muhammad (s.a.w) walaupun pada
perkara yang remeh-remeh seperti makan menggunakan tangan kanan atau minum
sambil duduk dan sebagainya. Mereka tidak menyedari bahawa perkara kecil yang
terperinci dalam kehidupan Nabi (s.a.w) ini memberikan satu sistem undang-undang
dan peraturan tingkah laku terhadap hidup umat Islam sejak kelahiran hingga
kematian dan mengawal kelakuan dalam kehidupannya di dunia. Perincian yang kecil
ini sebenarnya melatih minda manusia bagi mengikut peraturan untuk kekal hidup
dengan penuh kesedaran, penghayatan dan secara terkawal."
Penterjemah sedar akan kesamaan kaum Farisi (ahli Mazhab lama umat
Yahudi) tetapi menyatakan seterusnya dalam nota kaki yang sama, “….matlamat
sebenar Sunnah bukanlah, sebagaimana sangkaan para pengkritik kita yang bersikap
menentang, iaitu untuk memupuk warga ala Farisi dan orang yang hidup secara
terlalu formal, tetapi untuk membentuk perilaku yang sedar, bertekad dan sepenuh
hati. Lelaki dan wanita seperti inilah yang menjadi para Sahabat Nabi…."
Pengajian Iklim dalam Hadis
"Abu
Hurairah meriwayatkan: Rasulullah (s.a.w) berkata: Api mengadu kepada Tuhan,
katanya: ‘Wahai Tuhan, ada bahagian daripada diriku yang digunakan atas orang
lain.’ Oleh itu, Api dibenarkan dua penghembusan nafas, sekali ketika musim
sejuk dan sekali lagi ketika musim panas. Sebab itu anda berasa terlalu panas
(ketika musim panas) dan terlalu sejuk (ketika musim sejuk). Sahih Muslim
jld.1 buku 4 no.1290 ms.302.
Cacian dan
Penipuan Tentang Yahudi dan Kristian dan Faham Antisemitik Umum
Orang Yahudi
memanggil Uzair sebagai anak Tuhan Surah 9:30, Sahih Muslim jld.1 buku 1
no.352 ms.117, Bukhari jld.9 buku 93 bab.24 no.532b ms.395; jld.6 buku 60
bab.80 no.105 ms.86. Menurut Bukhari jld.1 ms. xvii dan jld.6 buku 60
bab.80 no.105 ms.86, mereka menyembah Uzair.
"Kalau
tidak kerana Bani Israel, makanan tidak akan menjadi basi dan sajian (daging
dalam bahasa Arab) tidak akan menjadi busuk;…” Sahih Muslim jld.2 buku 8
no.3472 ms.753
Abu Hurairah
meriwayatkan bahawa tikus adalah penjelmaan sesetengah orang Yahudi. Buktinya
ialah tikus akan minum susu kambing tetapi bukan susu unta. Nabi Muhammad
menunjukkan dia mengetahui kitab Taurat melarang daging unta. Sahih Muslim
jld.4 buku 40 no.7135 ms.1541.
Orang Yahudi dan
Kristian akan berada di dalam neraka menggantikan orang Islam. Sahih Muslim
jld.4 buku 35 no.6665 ms.1444.
" Orang
Kristian…tegas mengatakan bahawa Roh Kudus menjelmakan dirinya menjadi Isa
Al-Masih.” Terjemahan Sahih Muslim jld.1 ms.127 nota kaki
393.
"… Orang
Yahudi dan Kristian tidak mencelup (rambut mereka), jadi tentanglah mereka.”
Sahih Muslim jld.3 buku 22 no.5245 ms.1156
Orang Yahudi
mengalami kehancuran sewaktu wanita memakai rambut palsu. Sahih Muslim
jld.3 buku 22 no.5306-5307 ms.1166-1167
"Apabila
kulit orang Israel bersentuhan dengan air kencing, dia memotong bahagian
tersebut dengan pemotong. Huzaifah berkata: aku berharap agar kawanmu itu tidak
dibebankan dengan sesuatu yang dahsyat.” Sahih Muslim jld.1 buku 2 no.523
ms.163
"Ibn ‘Imar meriwayatkan bahawa
Rasulullah (s.a.w.) bersabda: Kamu akan menentang orang Yahudi dan
akan membunuh mereka, bahkan batu turut berkata: ‘Marilah orang Islam, ada
Yahudi di sini (bersembunyi di sebalik batu); bunuhlah dia.’
Sahih Muslim
jld.4 bukuk39 no.6981, juga 6982-6983
ms.1510
Dajal (penentang
utama Sayidina
Rabbani Al-Masih Isa) akan diikuti oleh 70,000 orang Yahudi dari Isfahan
yang memakai selendang. Sahih Muslim jld.4 buku 39 no.7034 ms.1525
Kesimpulan
Tumpuan hidup dan
matlamat para ulama hadis adalah untuk mempercayai dan menyebarkan
perkara-perkara yang ditetapkan menurut Hadis. Orang Islam, secara aktif di
Indonesia, Pakistan dan kebanyakan negara Afrika, menumpukan hidup mereka untuk
mempengaruhi dan mengajak orang Islam yang lemah untuk mengikuti mereka. Apabila
anda mendengar orang Islam mahukan sebuah negara ditadbir menurut undang-undang
Syariah, itu bermakna pemerintahan berdasarkan Hadis dan Qur’an.
Malangnya, mereka
terlalu tertumpu pada tradisi di dalam Islam ini dan kepercayaan terhadap Tuhan
mereka gantikan dengan kepercayaan dan pegangan pada tradisi semata-mata.
Sewaktu kehidupan Sayidina Isa Al-Masih, Farisi juga mendaulatkan begitu banyak
tradisi di samping Kitab Injil. Isa mengetepikan dan membuang semuanya. Biarpun
Isa itu tidak pernah berdosa, secara sengaja Isa melanggar undang-undang
buatan manusia kalangan Farisi itu tentang hari Sabat (Sabtu). Tuhan menyeru
agar kita memecahkan tradisi yang bercanggah dengan-Nya malah Tuhan juga menyeru
agar kita melakukan sesuatu yang lebih daripada itu.
Tuhan mahu agar hati kita sentiasa mencari-cari-Nya. Tinggalkanlah segala macam
jaminan keselamatan palsu yang mementingkan diri dengan kekangan peraturan dan
serahkanlah hidup anda kepada Tuhan. Segala perintah-Nya akan memberi kamu
kegembiraan jika kamu mentaati-Nya. Berikut ialah apa yang anda patut lakukan.
Sedarlah bahawa
hanya ada satu Tuhan yang menyeru agar manusia mendatangi ke hadirat-Nya. Dia
menyayangi kita dan memerintah agar kita mentaati-Nya, dan bukan sekadar
mempercayai-Nya. Bertaubatlah atas dosa-dosamu yang berpunca daripada segala
perbuatan, baik perbuatan salah yang dibuat atau diucapkan, mahupun perbuatan
betul yang sepatutnya kamu lakukan tetapi kamu gagal mengerjakannya.
Bertaubatlah atas dosamu yang berpunca daripada pemikiran. Dosamu kerana enggan
mempercayai kebenaran yang ada di hadapan mata, dan mempercayai apa yang hati
kecil anda tahu itu sememangnya palsu. Bertaubatlah atas segala dosamu yang
timbul daripada memilih untuk meneruskan cara yang lebih selesa dalam
mempraktikkan agama (atau yang sebahagian tidak praktik) berbanding dengan
membawa dirimu lebih dekat kepada Tuhan yang mahu menjadi TUHAN di dalam hidup
kita.
Pengajian Hadis Sahih Muslim –
Bahagian 2
Ada bayangan
pada hati Muhammad. Sahih Muslim jld.4 buku 33 no.6522 ms.1418 berbunyi,
“Al-Agharr al-Muzani, … melaporkan bahawa Nabi Muhammad (s.a.w) melaporkan : “
Ada (waktunya) semacam bayangan pada hatiku dan aku memohon keampunan daripada
Allah beratus kali sehari.”
Waktu Yang Dilarang untuk Menunaikan Solat
Rutin ibadah solat
(juga disebut “sembahyang” di Malaysia) dalam Islam berbeza dengan apa
yang disebut berdoa mengikut rujukan Kristian. Dilarang bersolat sewaktu
matahari terbenam dan waktu di antara solat subuh dan syuruk (waktu matahari
terbit) menurut Bukhari jld.1 buku 10 bab.30 no.558-563 ms.323-325. Umat Islam
tidak digalakkan untuk bersolat semasa matahari mempunyai warna kuning di
sekelilingnya Sahih Muslim jld.1 buku 4 no.1301 jld.1 nota kaki 841
ms.304.
Dilarang bersolat
selepas waktu zuhur (solat tengah hari) kecuali ketika matahari tinggi di
langit. Abu Daud jld.1 buku 2 bab.450 no.1269 ms.335. Waktu yang dilarang
menunaikan solat diterangkan di dalam Abu Daud jld.1 buku 2 bab.450
no.1272-1273 ms.336.
"Matahari
terbit dan ketika itu ada tanduk Syaitan bersamanya dan bila matahari
semakin tinggi, tanduk itu meninggalkannya. Apabila matahari tiba ke
meridian, tanduk akan bergabung dengannya lagi dan bila matahari mengecil,
tanduk meninggalkannya dan apabila matahari hampir terbenam, tanduk akan
bergabung kembali.” Rasulullah, semoga Allah merahmatinya dan memberinya
ketenangan, melarang solat pada waktu-waktu tersebut.” Muwatta’ Imam Malik
15.10.44.
Wanita hendaklah
meninggalkan yakni dilarang menunaikan solat dalam tempoh haidnya setiap bulan.
Sahih Muslim jld.1 buku 3 no.652 ms.188-189, jld.1 buku 1 no.142 ms.48;
Bukhari jld.1 buku 6 no.322 ms.194, buku 6 no.327 ms.196; Sunan Nasa’i
jld.1 no.355-361 ms.281-284; jld.1 no.364-368 ms.285-286.
Tunaikan Solat, atau Rumah Anda Dibakar
Muhammad berkata
imam sepatutnya mengarahkan supaya rumah mereka yang meninggalkan solat (tanpa
alasan) dibakar. Sahih Muslim jld.1 buku 4 no.1369 ms.315. Himpunan
terkemudian Nasa’i jld.1:851 ms 51 meriwayatkan bahawa Muhammad sekadar
berfikir untuk memberi arahan sedemikian.
Tiada Jaminan Penyelamatan
"Dia
(Aisyah) berkata: Aku tidak pernah melihat baginda (Rasulullah) selepas itu
kecuali gigih berdoa memohon perlindungan daripada seksaan di dalam kubur.”
Sahih Muslim jld.1 buku 4 no.1214 ms.290
Sahih Muslim
jld.4 buku 40 no.7079 ms.1534 menceritakan hal dua malaikat (Kiraman Katibin)
yang dilantik bagi mencatat segala perbuatan manusia. Orang Islam percaya bahawa
satu malaikat mencatat kebaikan manakala satu lagi mencatat kejahatan.
Sahih Muslim
jld.2 buku 5 no.2205 ms.484 menyatakan bahawa, “Tiada sehari pun hamba (kepada
Allah) bangun pagi tanpa dilawati oleh dua malaikat. Seorang berkata: Ya Allah,
berikan pahala yang lebih kepadanya yang berbelanja (di jalan Allah) dan seorang
lagi berkata: Ya Allah, berilah kehancuran kepada orang yang tidak memberi."
Sifat Baran Muhammad
Muhammad mengherdik manusia sebab dia seorang yang panas baran. Sahih Muslim
jld.4 buku 30 no.6297 ms.1373. “Anas b. Malik melaporkan bahawa ada seorang anak
yatim bersama Umm Salaim (iaitu ibu kepada
Anas). Rasulullah (s.a.w) melihat anak yatim itu lalu berkata: Oh, kamu
rupanya dan sudah semakin dewasa. Semoga usia kamu tidak meningkat! Anak itu
pulang kepada Umm Sulaim sambil menangis. Umm Sulaim berkata: “Wahai anakku,
apakah yang berlaku kepadamu? Dia berkata: Rasulullah (s.a.w) telah
menyumpah aku supaya usiaku tidak bertambah sepanjang hayatku. Umm Sulaim
segera keluar lalu menutup kepalanya dengan tergesa-gesa sehingga bertemu dengan
Rasulullah (s.a.w). Nabi berkata kepadanya: Umm Sulaim, apakah yang berlaku
kepadamu? Katanya: Rasulullah, kamu
menyumpah puteriku yang yatim. Lalu Nabi berkata: Umm Sulaim, apakah
sumpahan itu? Dia berkata: Dia (anak yatim itu) berkata yang kamu telah
menyumpahnya dengan berkata yang usianya tidak akan bertambah sepanjang
hayatnya. Rasulullah (s.a.w) tersenyum lalu berkata
: Umm Sulaim, tahukah kamu yang aku
telah membuat perjanjian dengan Tuhan dan mengikut urus janji itu, aku berkata
kepada-Nya: Aku manusia biasa dan aku merasa sukacita sebagaimana seorang
manusia bersukacita dan aku akan tersinggung dan hilang sabar sepertimana
seorang manusia hilang kesabarannya, jadi sesiapa daripada kalangan umatku yang
aku sumpah sedangkan dia tidak patut menerima sumpahan itu, biarkanlah Ya Allah,
jadikanlah ia sebagai sumber penyucian dan kesucian yang mendekatkan dia kepada
(Allah) pada Hari Kebangkitan.
Muhammad juga menyumpah Muawiyah, bakal khalifah pertama daripada Bani Umayah,
kerana dia enggan berhenti makan dan tidak datang ketika Rasulullah mengarah
agar dia (Muawiyah) datang mendapatkannya (Rasulullah). Sahih Muslim
jld.4 buku 30 no.6298 ms.1373.
99 Nama Allah
99
nama Allah bagi umat Islam dinyatakan di dalam Sahih Muslim jld.4 buku 33
no.6475-6478 ms.1409-1410. Nota kaki memberikan nama ini dan kebanyakannya turut
dipersetujui oleh orang Kristian: Maha Pencipta, Pemula, Pemurah, Pengurnia,
Pemberi, Pemaaf, Pengampun, Pengasih, Penyayang, Memelihara, Pelindung,
Pemelihara, Hidup dll. Ada juga yang tidak biasa seperti Pemaksa, Penyebab
Kesedihan, Pengangkat, Yang Memuliakan, Yang Menyenangkan, Pembuat Semula dan
Yang Membantutkan. Antara yang tidak termasuk dalam 99 nama ini ialah beberapa
nama Tuhan di dalam Kitab Injil seperti: Bapa, Tuhan Maha Penyembuh, Benteng
kami dan Kubu kami.
Sebaliknya, Sahih Muslim jld.4 buku 37 no.6731-6732 ms.1468 menyatakan
bahawa adalah menjengkelkan bahawa seorang anak dikatakan adalah Putera Allah.
Kebanyakan warga Islam tidak tahu bahawa naskhah Perjanjian Lama yang menyebut
Tuhan sebagai Bapa telah ditemui sebelum zaman Sayidina
Al-Masih antara khazanah berupa Skrol Laut Mati. Surah 5:46 sudah menyatakan
bahawa Sayidina Isa Al-Masih telah “mengesahkan” Taurat yang ada sebelumnya.
Isa Kalimat Allah
"…bahawa
Muhammad adalah hamba-Nya (Allah) dan Pesuruh-Nya, bahawa Al-Masih adalah
hamba-Nya (Allah) dan anak daripada hamba perempuan-Nya dan dia (Al-Masih) ialah
kalimah-Nya yang juga Roh-Nya yang Dia sampaikan kepada Mariam,…"
"Isa
diterapkan gelar ‘Kalimat’ yang Allah sampaikan kepada Siti Mariam, dan ini
menunjukkan bahawa dia berwujud menerusi Perintah Allah, tanpa saluran biasa
yakni tanpa memerlukan bapa (Baidawi [pentafsir Islam yang terkenal]). Jika
seluruh alam semesta tercipta hanya menerusi penggunaan satu titah (kata) Allah
dan Adam boleh tercipta tanpa kedua-dua ibu dan bapa, boleh dibayangkan bahawa
perintah Allah dengan mudah sahaja boleh mencipta seorang manusia biarpun tanpa
fungsi bapa." (Sahih
Muslim
jld.1
nota
kaki 67 ms.21-22)
Sahih Muslim
jld.1 nota kaki ms.127 juga mengatakan bahawa
Isa
Putera Maryam
juga
digelar ‘Firman-Nya” di
Syurga.
Kemudian nota kaki ini menyatakan ia bermaksud “Atas Kuasa Tuhan” (iaitu dicipta
terus oleh Tuhan),
sebaliknya,
Injil al-Syarif tegaskan bahawa Isa adalah Kalimatullah yakni
Firman Allah dalam Bahasa Arab atau
"Logos”
di dalam
Bahasa Yunani.
Hanya Orang Beriman Akan Masuk Syurga
"…
Sesungguhnya hanya orang yang beriman akan masuk syurga."
(Sahih
Muslim
jld.1 buku 1 no.209
ms.65)
Bukhari jld.5 buku 59 no.515 ms.364: "
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah : ….Nabi berkata, “Wahai si polan bin si
polan! Bangunlah dan buat pengumuman bahawa tidak masuk syurga kecuali orang
beriman
…"
Bolehkah Islam Menghantar Seseorang Ke Neraka?
Sahih Muslim
jld.1 buku 1 no.284 ms.91
mengatakan bahawa orang Kristian dan Yahudi yang mendengar tentang Muhammad
tetapi tidak memeluk Islam akan masuk neraka
"…Lalu
orang Yahudi dikerahkan berkumpul dan mereka ditanya: Apakah yang kamu sembah?
Mereka berkata: Kami sembah Uzair (Yehezkiel), anak Allah. Lalu mereka
ditempelak:
Kamu menipu; Allah tidak mempunyai pasangan atau Anak! Apa yang kamu
mahukan? Mereka akan berkata: Kami berasa haus, wahai Tuhan kami! Hilangkanlah
dahaga kami. Mereka ditunjukkan (ke suatu arah) dan ditanya:
Mengapakah kamu tidak
ke
sana untuk mendapatkan air minuman?
Kemudian mereka akan ditolak ke arah Api (lalu dengan penuh kekecewaan mereka
mendapati) bahawa itu hanyalah fanta
morgana (dan api yang semakin marak) akan membakar satu sama lain dan mereka
jatuh ke dalam Api.
Kemudian orang Kristian dikerahkan berkumpul dan mereka ditanya: Apakah yang
kamu sembah? Mereka berkata: Kami sembah Isa al-Masih, Putera Allah. Lalu mereka
ditempelak:
Kamu menipu; Allah tidak mempunyai pasangan dan tiada beranak. Lalu
ditanya kepada mereka: Apa yang kamu mahukan?
Mereka akan berkata: Kami berasa haus, wahai Tuhan kami! Hilangkanlah
dahaga kami. Mereka ditunjukkan (ke suatu arah) dan ditanya:
Mengapakah kamu tidak ke sana untuk mendapatkan air minuman?
Tetapi mereka akan ditolak dan dikumpulkan ke arah Neraka,
yang tampak seperti fatamorgana kepada mereka, dan api itu akan membakar satu
sama lain. Mereka akan jatuh ke dalam Api sehingga tiada seorang pun yang
tinggal kecuali yang menyembah Allah, sama ada yang warak atau berdosa
…."
(Kemudian Allah muncul di hadapan orang Islam baik yang beriman
mahupun yang munafik dalam bentuk yang palsu untuk mendedahkan mereka yang
munafik. Kemudian Allah wujud dalam bentuk-Nya yang sejati [entah apalah bentuk
itu). Sahih Muslim jld.1 buku 1 no.352 ms.117.
Orang Islam Yang Membunuh Diri Akan Masuk Neraka
"…
Sesiapa yang membunuh dirinya akan diseksa pada Hari Kebangkitan (Kiamat) dengan
perkara itu juga …."
Sahih Muslim
jld.1 buku 1 no.199,201,202 ms.62.
Bukhari jld.5 buku 59 no.515 ms.364 and jld.5 buku 59 bab 37 no.518 ms.367
menceritakan bahawa ada seorang pahlawan Islam yang cedera parah, lalu dia
mengambil anak panah dari sarung anak panah dan membunuh dirinya dan masuk
Neraka.
"…Ketika
kami berada di tengah-tengah medan perang lelaki itu bertarung dengan hebat lalu
tercedera. Telah dikatakan: Rasulullah, orang yang pada mulanya kamu gelar
sebagai penghuni Api (Neraka) telah bertarung dengan hebat lalu mati. Melihat
keadaan ini Rasulullah (s.a.w.) berkata: Dia telah dihumban ke dalam Api
(Neraka). Ada antara mereka yang ragu-ragu (tentang nasibnya) apabila diberitahu
dia cedera parah dan bukannya mati. Pada waktu malam, dia tidak tahan (akan
kesakitan) dengan kecederaannya lalu membunuh dirinya."
Sahih Muslim
jld.1 buku 1 no.205 ms.63
Sebaliknya,
Sahih Muslim
jld.1 buku 1 no.211 ms.66
menceritakan bahawa ada seorang Islam pergi ke Madinah, jatuh sakit lalu
memotong jarinya. Darah mengalir keluar lalu dia mati. Kemudian, anak Amr iaitu
Tufail, menemuinya dalam mimpi dan dia diampunkan Allah dan tangannya dibalut.
Muhammad tidak kisah untuk melakukan solat mayat bagi orang yang membunuh
dirinya sendiri.
Sahih Muslim
jld.2 buku 4 no.2133 ms.464 .
Bagaimana Keadaan Neraka?
"Nu’man b. Bashir yang memberikan ucapannya berkata: Aku mendengar Rasulullah
(s.a.w) bersabda: Penderitaan paling ringan terhadap penghuni Neraka ketika Hari
Pembalasan ialah apabila seseorang itu diletakkan dua bara api di bawah tapak
kakinya dan otaknya akan menggelegak kerananya.” (Sahih Muslim jld.1 buku
1 no.414 ms.139)
Fatalisme Umat Islam Telah Ditakdirkan
"…bahawa
Rasulullah (s.a.w) datang pada satu malam untuk bertemunya (Ali) dan Fatimah
(putera baginda Rasulullah) lalu berkata: Apakah kamu menunaikan solat
(tahajud)? Aku (Ali) berkata: Rasulullah, sesungguhnya nyawaku berada di tangan
Allah dan apabila Dia mahu membangunkan aku, maka Dia membangunkan aku.
Rasulullah (s.a.w) pulang bila aku berkata demikian kepadanya Dia pulang sambil
menampar pahanya dengan tangannya dan aku mendengar dia berkata: Sesungguhnya
lelaki ini mempertikaikan banyak perkara.” Sahih Muslim jld.1 buku 4
no.1701 ms.375. (Muhammad tidak berkenan dengan perkara ini, tetapi tampaknya
baginda tiada apa-apa lagi yang mahu diperkatakan.)
Juga, Allah mentakdirkan dosa berpunca daripada hal-hal seksual
dalam
Bukhari
jld.8 buku 77 bab 8 no.609 ms.397-398.
Pena
sudah kering dan takdir mula menjadi kenyataan.
Sahih Muslim
jld.4 buku 31
no.6402
dan
nota kaki 2892 ms.1394.
Rampaian Hal-hal Islam
*
Anda
boleh membutakan mata seseorang jika mereka melemparkan pandangan ke rumah anda
tanpa izin.
Sahih Muslim
jld.3 buku 23 no.5370-5371 ms.1180
*
Usus
(tali perut) orang munafik akan keluar berjela-jela di Neraka kelak.
Sahih Muslim
jld. 4 buku 40 no.7122 ms.1539
* Syaitan akan masuk apabila anda menguap (tanpa menutup mulut dengan tangan).
Sahih Muslim
jld.4 buku 40 no.7130 ms.1540
*
Jangan masuk ke masjid selepas makan bawang putih, bawang merah dsb kerana
Malaikat juga akan terganggu dan mendapat mudarat dirosakkan oleh benda-benda
yang sama seperti manusia juga.
Sahih Muslim
jld.1 buku 4 no.1147 ms.280
*
Keajaiban akhir zaman ialah apabila bumi memuntahkan perak yang panjang-panjang.
Sahih Muslim
jld.2
buku 5 no.2210 ms.485
*
Bulan terbelah dua ketika zaman Rasulullah.
Sahih Muslim
jld.4 buku 37 no.6721,6724-6730 ms.1467-1468. Ini juga di dalam
Bukhari
jld.4 bab 26 dan no.830 ms.533;
Bukhari
jld.4 buku 56 bab 26 no.831 ms.533; jld.4 buku 56 bab 26 no.832 ms.534.
*
Semua akan digoda (terkena rejaman) Syaitan kecuali Isa.
Sahih Muslim
jld.4 buku 31 no.6429 ms.1399
Pemuliharaan Keandalan dan Kewibawaan Hadis
Kebanyakan Hadis dalam Sahih Muslim dimulakan dengan “….meriwayatkan / berkata”
atau yang serupa dengannya.
Banyak kali kata-kata yang sama diulang-ulang oleh orang yang berbeza dengan
hanya sedikit perbezaan.
Perkara yang menarik sekali ialah apabila Sahih Muslim dalam
jld.4 buku 28 no.5777 ms.1250
mengatakan bahawa para sahabat Rasulullah yang terakhir sekali meninggal dunia
pada tahun 100 Hijrah.
Itu
lebih kurang pada tahun 720 Masihi....
Sebenarnya Imam Muslim, pengumpul Hadis, meninggal dunia pada 875 M atau 150
tahun kemudian. Ada sesetengah peristiwa di mana orang yang terlibat dengan
hadis yang disebutkan meninggal dunia beberapa tahun selepas nabi Muhammad
wafat.
Jadi, kebanyakan Hadis adalah berdasarkan sumber yang tepat, seperti salah
seorang isteri Muhammad, diikuti oleh 150 hingga 250 tahun tanpa senarai perawi
(sanad). Imam Muslim mungkin mengetahui akan “rantaian perawi” yang
meriwayatkan sesetengah Hadis itu tetapi dia tidak menghuraikannya. Oleh itu,
apabila kita membaca Abu Hurairah atau Aisyah memperkatakan sesuatu yang
diambil, jangan tersilap faham yang Imam Muslim mendengarnya secara langsung,
tetapi jauh sekali!
Kesimpulan:
Oleh
kerana pengumpul Sahih Muslim, yakni Imam Muslim,
telah
meninggal
dunia
pada 875
TM
(dan
imam al-Bukhari
mati
pada 870
TM)
umat Islam
hanya
mempunyai 125 hingga 250 ‘tahun yang penuh
keyakinan’ di mana hadis yang dikumpulkan itu sahih.
Sebaliknya, ini
amat berbeza dengan kesahihan manuskrip Perjanjian Baru
dan Kitab Suci Injil.
Sayidina
Rabbani
Isa telah wafat pada 33
TM dan kitab Perjanjian Baru telah selesai ditulis pada sekitar tahun 50 hingga
90
TM.
Oleh itu
kita dapat
menghitung bahawa Kitab Suci Injil sharif mempunyai
17 hingga 40 ‘tahun yang penuh keyakinan’ dalam
memori
dan hafalan
para penulis Injil
serta saksi-saksi matanya yang lain!
Tambahan pula, manuskrip asal kitab Perjanjian Baru terawal yang terpelihara
adalah daripada tahun-tahun di antara 90 hingga 175 TM, yakni terdapat lebih
kurang 35 hingga 125 ‘tahun yang penuh keyakinan’ di mana kita telah memelihara
dengan baik dan boleh mempercayai apa yang tertulis.
Kesimpulan:
Setelah kita mengetahui bahawa pengumpul Hadis, Imam Muslim meninggal pada 875
TM
atau 261 H (Bukhari pada 870
TM atau 256 H), maka keyakinan umat Islam adalah
berlandaskan hadis yang dipercayai dikumpulkan secara tepat dan sah selama
125-150 tahun. Sebaliknya, keyakinan orang Kristian adalah berdasarkan kepada
kitab-kitab Perjanjian Baru yang ditulis di antara tahun 50-90
TM, iaitu 17-60
tahun selepas kewafatan Al-Masih,
Isa Putera Maryam
pada 33
TM. Tambahan pula, kitab Perjanjian Baru
di atas kertas papirus paling purba
dan kuno
yang ada adalah di antara 90-175 M. Oleh
itu, terdapat 67 hingga 142 tahun keyakinan yang terpelihara sehingga ia ditulis
kemudiannya.
Dalam kata lain, tempoh dari masa
Sayidina
Al-Masih Isa telah wafat sehingga teks
(atau mushaf)
Kitab
Suci
Injil paling awal yang terpelihara ialah
di antara
sekitar 67 hingga 142 tahun, waktu mana
penyampaian akidah Kristian adalah secara lisan.
Pada waktu itu ramai daripada saksi-saksi mata peristiwa-peristiwa yang
termaktub di dalam KS Injil, serta pelayanan Sayidina Isa A.M. yang sahih, masih
hidup
Tempoh masa ini kurang daripada
jurang waktu
bilamana
keimanan umat Islam
telah
dibangunkan
berlandaskan
kepada 'Sunnah
nabi' (yakni lewat kompilasi hadis-hadis "sahih" dsbnya).
Jadi, koleksi teks KS Injil,
melalui pengumpulan 'hadis-hadis Kristiannya' (istilah ini adalah sesuai sekali
dipakai kerana perbandingannya sangat munasabah dengan fenomena Hadis dalam
sejarah Islam dan Nabinya) mempunyai dasar keyakinan serta kewibawaan yang kukuh
dan cukup kuat yang mengesahkan ketulinannya yang murni dan sejati sebagai rekod
dan catatan Injil Sayidina Isa A.M. yang sebenar! Alhamdulillah!
Risalah Kebenaran
Barangkali anda tidak percaya bahawa kebanyakan daripada petikan kata-kata dalam
kertas ini merupakan ajaran daripada Tuhan
Allah
yang sebenar, saya juga begitu.
Adalah sesuatu yang menakjubkan apabila lebih satu bilion orang selama lebih
1,000 tahun menggunakan Sahih Muslim sebagai salah satu daripada autoriti
terpenting dalam agama dan
sistem perundangan
mereka.
Saya
sarankan kepada anda supaya janganlah berhenti mencari Tuhan yang sebenar,
tetapi usahlah membataskan pencarian anda atas sebab apa yang orang lain
mewar-warkan.
Janganlah
anda
berputus asa mencari kebenaran tentang ajaran Tuhan Allah, sebaliknya
lebarkanlah ruang lingkup pencarian melewati apa yang orang kata kita patut
percaya.
Untuk makluman anda, saya boleh katakan yang Islam memperkatakan sedikit sahaja
perkara yang benar. Ia benar memperkatakan bahawa Sayidina Isa adalah seorang
rasul Allah. Walau bagaimanapun, jika hadis dan tradisi umat Islam gagal membawa
cahaya kerohanian, mengapa tidak pula anda melihat kepada sabda-sabda yang
Sayidina Isa Al-Masih sendiri sudah pun mengungkapkan, dengan secukup-cukup
jelasnya?
Rujukan
Terjemahan separa dalam talian
Sahih Muslim
http://cwis.usc.edu/dept/MSA/fundamentals/
hadithsunnah/muslim/
Kitab Suci Al-Qur’an-ul-Karim: Terjemahan Bahasa Inggeris bagi makna dan Ulasan.
Diterjemahkan oleh ‘Abdullah Yusuf ‘Ali. Disemak dan disunting oleh Presidensi
Penyelidikan Islam, IFTA, Seruan dan Bimbingan. Kompleks Percetakan
Al-Qur’an-ul-Karim Raja Fahd (tiada tarikh)
Sahih Muslim oleh Imam Muslim. Diterjemahkan ke Bahasa Inggeris oleh ‘Abdul
Hamid Siddiqi. Penerbitan Islam Antarabangsa.
(tiada tarikh)
Kitab Injil
al-Sharif,
Kajian NIV: Versi Antarabangsa Baru Penerbit Injil Zondervan. 1985.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila layari ke www.MuslimHope.com.
Indeks Utama