返回总目录
Ada tujuh prinsip penting dalam Alkitab yang disokong oleh ayat-ayat dalam Al-Quran
PRINSIP PERTAMA: Allah Ada Matlamat Yang Istimewa
Untuk Hidup Anda
Terdapat prinsip-prinsip penting dalam Alkitab yang dipersetujui dan
disokong oleh ayat-ayat Al-Quran. Mahukah anda mengenali dan mengkaji prinsip-prinsip
ini bersama saya? Saya ingin mencadangkan sesuatu. Mengapa tidak anda mengambil
Al-Quran anda, dan saya, Alkitab saya, dan kita kaji prinsip-prinsip ini
satu persatu. Setuju tak ?
Para ahli sains sedunia bersetuju bahawa wujudunya prinsip-prinsip sejagat
yang mengatur tindak-tanduk segala sesuatu dalam alam semesta ini. Dengan
cara yang sama, ada pula prinsip-prinsip ruhaniah yang dikongsi bersama
dalam agama Islam, Kristian dan Yahudi yang mengatur perhubungan seorang
manusia dengan Allah. Dengan mengkaji kitab-kitab tiga agama ini, saya
pasti kita boleh memahami prinsip-prinsip ini yang berkuasa mengubah hidup
kita.
Prinsip 1 ialah satu prinsip yang positif dan menyentuh
keinginan manusia sejagat bagi mahu memiliki pengertian tentang tujuan
hidup ini. Prinsip 1 ialah satu prinsip yang penuh dengan harapan:
Allah
pun mempunyai satu tujuan yang istimewa untuk kehidupan anda.
Pencipta Alam ini mengasihi kita dan ingin memberkati kita dengan menjalin
satu perhubungan yang intim bersama kita. Komen-komen berikut dari Alkitab
dan Al-Quran akan membantu anda memahami kepentingan prinsip pertama ini.
Apakah tujuan Allah mencipta anda dan saya ? Salah satu sifat Allah
itu adalah Kasih. Dia ingin mengasihi dan Dia ingin dikasihi oleh insan
yang boleh membalas kasihNya itu. Tumbuhan dan binatang tidak dapat mengasihi
Allah secara Khalifah Allah. Allah mahu insan yang akan tindakbalas
kepada kasihanNya dengan cara yang paling bermakna. Jadi Allah telah mencipta
manusia mengikut peribadiNya dan membekalkan manusia dengan segala-gala
yang diperlukannya. Sedihnya manusia yang Allah ciptakan itu telah gagal
membalas kasih Allah dengan sewajarnya. Sebaliknya, manusia telah jatuh
menjunam ke dalam lembah cangkuman dosa dan telahpun berpisah daripada
Allah.
Kisah kegagalan manusia ini terkandung di dalam Al-Quran yaitu Surah
Al-Baqarah 2:30-39 dan Surah Al-A’raaf 7:18-25 dan dari Alkitab dalam Taurat,
Kejadian 1:26-31 dan 3:1-24. Ambillah sedikit masa untuk membaca petikan-petikan
ini. Jika anda memerlukan sebuah Al-Kitab atau pun senashkah Injil, janganlah
segan menghubungi kami untuk menerima satu naskhah percuma.
Al-Quran memanggil manusia yang Allah ciptakan itu khalifah. Khalifah
Allah bermaksud "wakil Allah." Alkitab pula dalam Taurat memperkenalkan
manusia sebagai ciptaan "dalam imej Allah" (Taurat, Kejadian 1:26-27).
Apakah maksudnya gelaran-gelaran ini yang telah diberikan kepada manusia
yang pertama oleh Allah Ta'ala ?
Daripada petikan-petikan di atas, kita dapat ketahui bagaimana Syaitan
telah menggunakan bermacam-macam godaan untuk menumpaskan manusia, seperti
yang dicatat dalam Al-Quran, dia juga memperalatkan agen-agennya yang lain,
umpamanya ular, seperti tercatit di dalam Al-Kitab. Menurut pengalaman
manusia pula, kita sentiasa digoda oleh Syaitan dan sering melakukan dosa-dosa
yang tidak diperkenankan oleh Tuhan. Akibatnya selalu amat menyedihkan.
Sekarang marilah kita memberi perhatian kita kepada satu ayat menarik
dalam Taurat yakni Kejadian 3:15.
(Allah berfirman kepada ular) Engkau dan perempuan itu akan saling
membenci; keturunannya dan keturunanmu akan sentiasa bermusuhan. Keturunannya
akan meremukkan kepalamu dan engkau (si ular) akan mematuk tumitnya (yakni
bahagian belakang kakinya saja).
Daripada nas Taurat ini Allah telah mengisytiharkan janjinya kepada
manusia yang telah mengingkari Allah oleh kerana dosa-dosa mereka dengan
menjanjikan mereka seorang penyelamat yang akan membebaskan manusia dari
kuasa Setan dan kongkongannya. Perhatikan bahawa Penyelamat ini akan datang
daripada
zuriat seorang wanita tanpa apa-apa campurtangan lelaki dalam proses
penghamilannya Penyelamat ini. Perhatikan juga dalam Al-Quran, Penyelamat
ini digelar "Petunjuk Allah" pada penghujung kisah ketumpasan manusia:
"Jika datang petunjukKu kepadamu, maka barang siapa mengikut PetunjukKu
itu, nescaya tak ada ketakutan atas mereka dan tiada mereka berdukacita."
(Surah Al-Baqarah 2:38)
Sekarang ambillah sedikit masa sekarang untuk mengkaji ayat-ayat berikut:
Taurat
Ingatlah bahawa TUHAN, Allah kamu satu-satunya Allah, dan Dia setia.
Dia akan menepati perjanjian-Nya dan sentiasa menunjukkan kasih-Nya kepada
seribu generasi orang yang mengasihi Dia, dan yang taat kepada hukum-Nya.
(Ulangan 7:9)
Zabur
Engkau memberkati mereka yang taat kepada-Mu, ya TUHAN; kasih-Mu
melindungi mereka seperti perisai. (Mazmur 5:12)
Injil
Dia akan merahmati orang yang menghormati-Nya, keturunan demi keturunan.
(Lukas 1:50)
Al-Quran
Kalau sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertaqwa, nescaya
Kami tumpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi. (Surah
Al-A’raaf 7:96)
Kesemua petikan di atas secara amnya menyatakan bahawa Allah mengambil
berat tentang manusia yang telah diciptakan-Nya. Melalui para nabi dan
rasul Dia menyatakan yang Dia mengambil berat tentang kita dan ingin menganugerahi
kita dengan kedamaian, keselamatan, sukacita, bimbingan hidup, kekuatan
serta panduan-Nya. Segala berkat ini berhasil daripada satu perhubungan
yang akrab dengan Allah -satu perhubungan rapat dengan Allah serta mengenali
sifat-sifatNya yang mulia.
Sebuah mentol elektrik yang tidak menarik dan tidak bermaya akan berubah
dengan serta-merta apabila anda menyambungkan mentol itu kepada satu sumber
elektrik. Mentol itu akibatnya menjadi hidup dan terang. Mentol itu menjadi
cantik, menarik dan berguna kepada penggunanya, "menyalakan" kehidupan
mereka serta dapat membantu orang lain. Ini adalah satu penggambaran kehidupan
kita sebelum mengenal Allah serta selepas kita mengenali-Nya dan seterusnya
menjalin perhubungan yang rapat bersama denganNya.
Berikut adalah beberapa rujukan menggambarkan perhubungan akrab diantara
Tuhan dengan insan-insanNya seperti ini (keintiman dengan Allah) di dalam
Al-Kitab dan Al-Quran:
Taurat
Masa kedukaanmu akan berakhir. Aku, TUHAN, akan menjadi penerang abadi
bagimu, lebih kekal daripada matahari dan bulan. (Yesaya 60:20)
Zabur
Jalan yang menuju kehidupan Engkau tunjukkan kepadaku; hadirat-Mu
menggembirakan aku, dan sentiasa membahagiakan aku. (Mazmur 16:11)
TUHAN adalah cahayaku dan penyelamatku; aku tidak akan takut kepada
sesiapa pun. Tuhan melindungi aku daripada segala bahaya; aku tidak akan
gentar. (Mazmur 27:1)
Injil
Allah sudah memanggil kamu keluar daripada kegelapan supaya masuk
ke dalam cahaya-Nya yang gemilang. (1 Petrus 2:9b)
Al-Quran
Allah (memberi) nur (cahaya) langit dan bumi. Umpama cahayaNya, seperti
sebuah lubang di dinding rumah, di dalamnya ada pelita. Pelita itu di dalam
gelas. Gelas itu seperti bintang yang berkilau-kilauan. Pelita itu dinyalakan
dengan minyak pohon yang diberkati, iaitu minyak zaitun yang (tumbuh) bukan
di timur dan bukan pula di barat, minyak itu hampir bercahaya dengan sendirinya,
meskipun tiada disentuh api. Cahaya berdampingan dengan cahaya. Allah menunjuki
siapa yang dikehendakiNya kepada cahayaNya itu. (Surah An-Nur 24:35)
Keterangan yang indah tentang cahaya Allah ini mungkin telah timbul
apabila Nabi Muhammad melihat lampu-lampu candelier di dalam sebuah gereja
yang besar di salah satu negeri Timur tengah semasa satu daripada perjalanan
perdagangannya. Candelier-candelier yang cantik ini digantung di bumbung
gereja-gereja di situ. Candelier-candelier ini memegang lampu-lampu gelas
yang penuh dengan minyak zaitun, minyak dari pokok zaitun yang bukan milik
Barat atau Timur tetapi seluruh dunia. Di atas minyak ini terapung sumbu
yang bernyala yang memenuhi gereja dan semua penganut yang ada dengan cahaya.
Dengan cara yang sama, Allah ingin menyelamatkan sesiapa sahaja yang mencari
Dia kepada terang cahaya-Nya.
Indeks Utama