返回总目录
Keganasan, Kezaliman dan Pencerobohan Hak Asasi Manusia...?
Keganasan, Penindasan dan Pencerobohan Hak
Asasi Manusia
- Satu Imbasan Kembali kepada
Peristiwa keganasan September 11, 2001
di World Trade Center, New
York.
Hari Selasa, 11 haribulan
September 2001 merupakan seolah-olah suatu hari yang biasa sahaja di Kotaraya New
York, Amerika Syarikat. Orang ramai memulakan hari mereka itu dengan kesibukan
hari kerja awal minggu. Beberapa buah pesawat penumpang bermula menerbangi
penumpang-penumpang mereka ke destinasi-destinasi setempat atau pun luar negeri.
Di antara mereka, dua buah pesawat, yaitu dari United Airlines (UAL) dan
American Airlines (AA) telah berlepas dari pantai timur USA. Tidak lama
kemudian, radio dan televisyen memberitakan tentang kemalangan yang besar
terjadi di salah satu menara World Trade Center (WTC) New York. Alangkah
terkejutnya bila gambar-gambar sebuah pesawat 747 daripada AA telah merempuh
menara pencakar langit yang canggih itu, disiarkan di kaca televisyen seluruh dunia ! Krew televisyen CNN, AP, ABC dan
lain-lain telah merakamkan secara 'live' kebakaran yang akibat daripada
rempuhan pesawat itu, juga bagaimana orang-orang dan pekerja yang sudah
terperangkap dalam menara itu cuba meminta tolong dari tingkap-tingkap di
tingkat yang sangat tinggi bangunan itu! Terdapat juga ramai orang yang telah
melompat hidup-hidup dari tingkat yang terlalu tinggi, di mana amat sukar atau
mustahil bagi pertolongan sempat sampai kepada mereka. Begitu malangkah nasib
semua mangsa-mangsa tak berdosa ini sehingga tidak dapat ditolong ?
Tiba-tiba terdapat lagi lapuran yang mengejutkan dan cukup seram yang
dipaparkan di kaca TV sekali lagi. Satu lagi rempuhan pesawat-yang kedua
! Kali ini pesawat UAL yang membawa penumpang-penumpang telah merempuh
menara pencakar langit yang kedua WTC itu! Adakah ini kebetulannya suatu
kemalangan ? Sudah tentu tidak ! Kali ini, pesawat penumpang itu dipandu jauh
lebih laju daripada pesawat yang telah merempuh menara yang pertama WTC itu.
Sekali lagi, mangsa-mangsa dalam bangunan pencakar langit kedua itu jelas
kelihatan keluar ditingkap-tingkap mereka dan ramai juga yang melompat setinggi
60 ke 70 tingkat ke bawah, sudah pasti majoriti orang-orang ini telah menemui
ajal mereka sesudah lompatan itu.
Tidak lama kemudian satu lagi berita menggemparkan dilapurkan : Pentagon
yaitu Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat telah 'diserang' oleh sebuah
lagi pesawat penumpang-yang ketiga, yang telah merempuh ke dalam
bangunan Pentagon itu ! Semua penumpang dalam pesawat itu terkorban, juga
beberapa orang di dalam bangunan itu. Adakah ini semua hanya kebetulan
semata-mata? Sudah pastilah tidak. Sebuah lagi pesawat penumpang -
pesawat yang keempat, telah dirampas pengganas-pengganas Islam
sedang menuju ke White House atau pun Camp David - tetapi terkandas di atas
padang sebelum dapat mencapai sasaran mereka! Syukur kepada Tuhan yang telah
mengelakkan rempuhan yang keempat itu daripada terjadi!
Daripada corak sasaran-sasaran semua rempuhan pesawat-pesawat itu,
timing mereka dan juga penyiasatan yang telah diadakan, jelaslah
peristiwa-peristiwa ini semua bukanlah 'kemalangan' semata-mata, tetapi
adalah tindakan keganasan yang telah dirancang dan diatur rapi oleh
musuh-musuh Amerika Syarikat. Presiden Amerika, George Bush telah
mengidentifikasikan militan-militan Islam al-Qaeda yang disebalik gerakan
Taliban di Afghanistan sebagai pengganas-pengganas yang bertanggung jawab
melakukan jenayah laknat ini.
Bukti-bukti jelas telah muncul yang menunjukkan pengganas-pengganas Islamlah
sememangnya disebalik 'serangan-serangan' ini, dan merekalah yang telah
merancang, menyokong dan melaksanakan kerja laknat ini cukup lama. Kotak hitam
yang telah diperolehi semula dari pesawat-pesawat termalang itu serta rakaman
video-video al-Qaeda dan juga penyiasatan FBI dan CIA telah membongkar
bukti-bukti kukuh yang mendedahkan rancangan jahat pengganas-pengganas Islam
yang mampu dan telah melakukan jenayah terkutuk ini. Tidak dipersoalkan lagi,
jenayah laknat ini adalah tidak lain dan tidak bukan, tanggung jawab
pengganas-pengganas Islam (dan bukanlah kaum Yahudi dan teori persuhabatan yang
lain).
Adakah pengganas-pengganas Islam ini telah puas hati dengan tindakan rampasan
pesawat-pesawat itu? Nampaknya tidak juga! Tidak lama kemudian, pada awal tahun
2002 pula, beberapa cubaan serangan pengganas lagi telah berjaya ditangkis oleh
pihak keselamatan Amerika. Tetapi seorang lagi pengganas pesawat telah muncul
awal tahun 2002. Abdel Rahim, atau nama lainnya 'The Shoe Bomber'
telah cuba meletupkan pesawat American Airlines dengan sejenis bom kasut yang
telah dipakainya ke dalam pesawat itu. Pesawat itu yang belum berlepas dari
Miami menuju ke Paris, Perancis, apabila penumpang penumpang lain telah melihat
Abdel Rahim mencuba hidupkan bom buatan yang di dalam kasutnya. Lalu mereka
menyerbu Rahim dan menangkapkannya. Dia diserahkan kepada polis dan penyiasatan
mereka mendedahkan bahawa sekali lagi, pengganas Islam ini ada pertalian dengan
kumpulan pengganas al-Qaeda dan Osama bin Laden.
Kekejaman demi kekejaman telah dilakukan oleh kumpulan-kumpulan pengganas
Islam ini, dan mereka tidaklah 'bertaubat' dari jenayah laknat mereka itu. Tidak
lama kemudian, satu lagi kumpulan militan di Pakistan telah menangkap seorang
wartawan Amerika Wall Street Journal, bernama Daniel Pearl dan telah
memotong lehernya tanpa berhati perut. Daniel Pearl ini hanya seorang wartawan,
yang tidak bersalah atau memusuhi mana-mana pihak Islam. Daniel telah
meninggalkan balunya dengan bayi mereka yang belum lagi berlahir.
Baru-baru ini pula, di Pakistan sekali lagi, pengganas-pengganas Islam telah
mengebom sebuah gereja yang penuh dengan orang menjalankan ibadat sembahyang
Ahad mereka. Tindakan keganasan ini telah meragut nyawa seramai lima orang,
termasuk ibu dan anak-anak yang tidak berdosa. Sudah amat jelas
pengganas-pengganas Islam ini belum lagi puas hati dengan tindakan-tindakan
kekejaman mereka.
Pada waktu yang sama, satu lagi peristiwa berlaku di India. Sebuah koc
keretapi penuh dengan penganut agama Hindu dalam perjalanan ke suatu upacara
keagamaan di Gujarat telah dirusuhi oleh sekumpulan orang-orang Islam.
Perusuh-perusuh ini telah mengunci pintu-pintu koc itu, dan seterusnya membakar
koc itu yang penuh dengan penumpang-penumpangnya. Akibatnya, ramai nyawa telah
diragut dan ramai yang mengalami kebakaran yang teruk.
Apakah yang menyebabkan dan mendorong umat Islam ini untuk mengganas sebegitu
? Adakah agama Islam sendiri yang menyebabkan mereka melakukannya ? Kenapakah
dari awal lagi sejarah Islam dan kepimpinannya serta umatnya sendiri banyak
berunsur keganasan dan pembunuhan dan telah mengalami banyak peristiwa-peristiwa
keganasan yang lain, contohnya pembunuhan pembunuhan Kalifah-kalifah Islam
sesama sendiri dalam abad pertama Hijrah ?
Kita akan perhatikan analisa seorang bekas Muslim (bernama 'A.S.')
darihal soalan-soalan di atas. Beliau telah menulis sebuah rencana yang
berjudul: 'Jihad dan Ketamadunan'. Dia bermula dengan satu peristiwa
terkenal dalam sejarah Islam yang bernama 'Peperangan di Badr', dari sana,
beliau telah dapat kesan titik berdarah sejarah jihad dalam
al-Qur'an dan Islam sehingga hari ini.
Jihad dan Ketamadunan
Peperangan Badr
Peperangan Badr mungkin dikira sesetengah pihak satu peristiwa yang kecil,
akan tetapi ia telah pengaruhi sejarah Manusia secara besar dan mustahak. Kajian
lebih mendalam peristiwa perang Badr ini mendedahkan kepentingannya yang besar
dalam sejarah Islam kerana is adalah exposisi dan pengamalan pertama ajaran
Islam yang bergelar jihad.
'Jihad' itu adalah satu perkataan Arab, yang secara harfiah bererti
'perjuangan' atau 'pergelutan', tetapi sebagai satu ajaran dalam agama
Islam, ia menegakkan berperang bagi Jalan Allah, sehingga kepentingan dan
keutamaannya ke atas mereka yang bukan-Islam sudah dipastikan. Juga sehingga
mereka yang bukan-Islam menunduk dan mengabaikan agama mereka dan memeluk Islam
ATAU pun mereka menunduk dan berpatuh membayar sejenis cukai yang bernama
'Jizyah' yaitu cukai penghinaan/penundukan.
Jihad menegakkan keadaan berperang terus-menerus menentang para Musyrikin
yang termasuk umat Hindu, Buddha, atheis, Deis, para pencuriga dan juga umat
Yahudi dan Kristian. Menurut doktrin ini, dosa yang terbesar seseorang ialah
untuk menafikan Allah dan rasulNya Muhammad-yang mempunyai hak mutlak keatas
mereka yang beriman dan juga yang harus diidolakan (sanjung tinggi). Inilah
mencukupi sebagai alasan umat Islam untuk menyerang dan menundukkan
wilayah-wilayah yang bukan Islam! Yang menakjubkan ialah hakekat Allah menyogok
para Muslimin berperang Jihad dengan pengishtiharan pembunuhan, pembakaran,
rogol dan pengambilan hamba-hamba sebagai cara-cara yang sah lagi diperkenankan
Allah. Tetapi sebaliknya, semua ini adalah pencerobohan dan penindasan yang
paling keji dan tidak bermoral dari segi perikemanusiaan.
Adakah Allah itu benar-benar adil, atau adakah jihad, yang
disarankanNya, mengeksploitasikan konsep Allah bagi memperjuangkan keutamaan
budaya Arab ? Untuk mencari jawaban-jawaban bagi soalan diatas, kita haruslah
meneliti latar belakang geografik tanah Arab kerana keadaan fizikal sebuah
wilayah menentukan socio-budaya dan tabiat penduduknya.
Kemunduran ekonomi penduduk tanah Arab telah menghasilkan masyarakat
pertanian yang telah bercabang kepada dua kumpulan : yakni pertama, kumpulan
Badwi. Mereka ini terpaksa senantiasa berpindah-randah mencari
tanah pertanian yang subur dan juga padang-padang rumput sesuai bagi
ternakan-ternakan mereka. Samping itu, mereka juga terpaksa merompak dan mencuri
daripada kumpulan-kumpulan yang lain dan juga merompak kafilah-kafilah pedagang
di sekitar padang pasir. Walaupun tindakan ini perompakan semata-mata, aktiviti
rampasan dan pencurian ini telah mempastikan sekuriti dan kesejahteraan
puak-puak Badwi ini, oleh itu tindakan-tindakan sedemikian tidak dikutuk sebagai
jahat atau berdosa, sebaliknya ia dianggap sebagai suatu sumber kuasa,
keseronokan dan kepangkatan tinggi. Institusi perompakan ini dikenali
sebagai Ghazwa (razzia) telah wujud cukup lama sebelum
munculnya nabi Muhammad (wira teragung dunia Arab). Penyair Umayyad,
al-Qutami telah lantunkan tentang adat tersebut dalam dua kerat
syair beliau :
" Urusan kami ialah untuk merompak musuh kami, jiran kami dan
juga
saudara kami sendiri, jika tiada yang ada selain daripada saudara
sendiri."
Jelaslah, merompak dan mencuri dari orang lain dan jiran-jiran mereka adalah
satu tabiat dan 'adat rasmi' rakyat Arab dan inilah sebabnya kegiatan ini tindak
dianggap berdosa tetapi sebaliknya suatu tanda kehebatan kelakian serta satu
perkara dikagumi. Sesudah menyedari kepentingan hal ini, Nabi Muhammad telah
menjadikan amalan Arab ini sebagai satu pengajaran agama dalam Islam yaitu
'Jihad'. Jihad ini adalah peperangan suci menentang para Kafir untuk menegakkan
sebuah empayar Arab. Tetapi, empayar ini yang sebenarnya tidak berbedza dari
empayar dunia yang lain, harusnya berkelihatan alim. Jadi, ia digelarkan
'Empayar Suci Allah' (yang kononnya Tuhan yang teragung, tetapi perlukan kuasa
manusia untuk dilahirkan!).
Ajaran Jihad ini telah mengambil adat-resam Arab bernama "Razzia"
(merompak dan merampas) yang amat berkesan! Ia sarankan pengutamaan tanah dan
budaya Arab sambil penghapusan mereka yang bukan Arab dalam nama Allah (yang
maha pengasih & penyayang). Ia telah mempromosikan kewibawaan pendukungnya
dengan tipu helah yaitu serigala diperlihatkan sebagai domba biri-biri, salah
dipaparkan sebagai benar dan kekaburan seperti cahaya terang!
Saya sudah pun cuba menjelaskan sifat sebenar Jihad, tetapi memandangkan
unsur emosinya dan juga kerana complexitynya, adalah perlu bagi saya
ulangi penjelasan saya tentang mekanisma perang yang dahagakan darah ini. Jihad
bukanlah satu daripada batu asas empayar Arab saja tetapi adalah hari ini juga
salah satu tiang utama empayar rohaninya. Hari ini, ia muncul sebagai satu
cabaran kepada maruah intelektual dan sifat moral manusia dan tamadunnya. Oleh
itu, disini, saya sekali lagi memberikan penjelasan ringkas tentang Jihad
Islam.
1. Prinsip pertama Jihad adalah seseorang penanut Islam
kehilangan kebebasannya untuk membuat pilihannya sendiri dan menjadi hamba abdi
kepada Allah. Ini pula ada di luar skop budaya biasa dan tatatertib manusiawi
:
"Maka apabila telah habis bulan suci, hendaklah perangi
orang-orang musyrik di mana kamu jumpai dan hendaklah ambil mereka itu
menjadi tawanan dan kepunglah mereka dan serang-hendaplah
mereka, pada tiap-tiap jalan yang dilaluinya." Surah 9 : 5
Lagi pun, ada tercatit dalam al-Quran arahan Allah kepada Muhammad untuk
mengajak dan mengarah umat Islam untuk pergi berperang. Ayat ini memberi galakan
dan dorongan kepada mereka yang mematuhinya!
"Hai nabi (Muhammad), ajaklah orang-orang yang beriman (orang Islam) itu
berperang. Jika ada dua puluh orang diantaramu yang berhati
sabar, nescaya dapat mereka mengalahkan dua ratus orang kafir. Jika ada
seratus diantara kamu dapat mengalahkan seribu orang kafir,
kerana mereka itu tiada mengerti." Surah 8 : 65
Orang yang terbunuh pada jalan Allah mempertahankan agamaNya, maka
tiadalah disia-siakan amalan mereka." Surah 47 : 4
Harus diingati juga bahwa dalam Islam, Firdaus itu berkonsep sebagai suatu
tempat keseronokan yang tidak terhingga yang berleluasa. Di mana terdapat
pelayan-pelayan yang cantik dan juga yang tampan untuk melayani kemahuan syahwat
penghuni-penghuninya, dan mereka ini tidak akan kehilangan kedaraan atau pun
keterunaan mereka! Ada sungai yang mengalir dengan arak (air khamar) yang tidak
berputus. Semua ini dapat dinikmati tanpa apa-apa bayaran dan mereka ini tidak
akan kenali keperitan, sakit-penyakit atau pun maut. Itulah yang menanti kaum
syahid kononnya, menurut Islam !
2. Apa pula Perjuangan Allah itu? Ia adalah untuk membunuh para musyrikin
semata-mata! Siapa pula musyrik itu ? Dia yang tidak mempercayai akan
Muhammad.Tidak kira jika insan itu mengasihi Tuhan atau tidak! Allah lazimnya
menghapuskan para kafirun ini untuk muliakan DiriNya dan juga Muhammad sehingga
Dia telah membahagikan Manusia kepada dua bahagian bermusuhan yang tetap.
"Sesungguhnya orang-orang yang menentang Allah dan rasulnya, mereka itu
termasuk dalam orang-orang yang terhina. Allah telah menuliskan : Demi
sesungguhnya Aku akan menang. Aku dan rasul-rasulku. Sungguh Allah Mahakuat
lagi Maha perkuasa. Engkau tiada memperoleh kaum yang beriman kepada Allah dan
hari kemudian, bahawa mereka mengasihi orang-orang yang menentang Allah dan
rasulNya meskipun mereka itu bapa, anak, saudara atau kaum keluarga mereka."
Surah 58:20
Pendek kata, ini bererti bahawa hanya umat Muslim ada di pihak Tuhan kerana
mereka tidak memihak dengan saudara-mara mereka sendiri jika saudara-mara ini
adalah kafir atau para musyrikin. Disebabkan kepercayaan kumpulan Muslim ini,
mereka akan pasti mengatasi para kafirun-yang berpihak dengan Syaitan.
Juga terdapat perintah tegas untuk berperang dengan umat bukan-Islam.
"Perangilah orang-orang yang tiada beriman kepada Allah dan hari
yang kemudian, mereka tiada mengharamkan apa yang telah diharamkan Allah dan
rasulNya dan tiada pula beragama dengan agama yang benar.." Surah
9:25
Ayat ini pula menekankan tugas seorang Muslim menentang orang yang
bukan-Islam; termasuklah Ahli-Kitab yakni Yahudi dan Kristian Nasrani - yang
tergolong bersama-sama dengan para kafirun! Mereka harus ditentang dan diperangi
sehingga mereka menyerah diri (diatasi) dan membayar jizyah
sebagai tanda penghinaan dan kejatuhan mereka!
Untuk menerima jizyah atau ufti dari para musyrikin dalam nama Tuhan adalah
tujuan sebenar Islam. Jelaslah kelihatan adat rampasan orang-orang Arab yang
berselindung disebalik perintah keagamaan. Jadi, mencuri, membunuh dan merogol
tidaklah lagi merupakan tindakan-tindakan keji dan jahat yang harus dihukum.
Sebaliknya, semua ini adalah perbuatan-perbuatan saleh yang akan dibalasi Tuhan
dengan ganjaran-ganjaran yang wajar.Justru itu, bila si penjihad berjaya
mengatasi musuhnya, dia memperoleh hasil rampasannya, juga dia berhak menyimpan
wanita-wanita dari mereka yang ditewaskannya. Dia boleh bermaharajalela sambil
menerima ufti dan jizyahnya. Sebaliknya, jika dia dibunuh semasa peperangan,
maka dia akan terus masuki syurga firdausi dimana ada sungai-sungai penuh dengan
air khamar (arak), susu serta madu untuk dinikmati. Disamping juga ada anak-anak
dara yang anggun dan cantik dan juga lelaki-lelaki yang tampan yang tidak sabar
menanti melayani dan menghibur para syahid itu. Jadi, si Mujahid (Syahid) atau
si Asykar Suci itu akan menang, tidak kira dia mati atau tidak!
Nabi Islam juga memastikan rompakan-rompakan tersebut bukanlah lagi
kegiatan-kegiatan samseng yang dikeji, tetapi 'ditingkatkan' kepada satu
organisasi yang disegani dan berdisiplin, berserta dengan cop mohor ilahi :
"Ketahuilah bahawa Syurga ada di bawah teduhan pedang."
(Sahih Al Bukhari: 4.73)
Justru itu, pedang pahlawan telah menjadi tali penyambung diantara
rompakan-rompakan dan Syurga, ini pula menjadi ilham dan dorongan bagi
orang-orang Arab menakluki dan memerintah dunia. Peperangan di Badr walaupun
satu peristiwa kecil, telah muncul sebagai iktibar bagi gerakan perkembangan
pengaruh rohaniah Arab; yang telah semakin berkembang 1400 tahun yang lepas.
Muhammad cukup bijak dan bukan saja berjaya dalam saranannya untuk mengunakan
pedang bagi agama barunya, tetapi juga berjaya mengumpul ramai pengikut-pengikut
kepadanya demi saranan tersebut. Majoriti daripada mereka yang mengangkatnya
sebagai pemimpin adalah papa, lapar dan terkongkong dengan macam-macam beban.
Mereka sanggup melakukan apa saja bagi meringankan bebanan ekonomi mereka dan
juga balas dendam mereka keatas penindas-penindas mereka dari Mekkah,
yang telah menghalau mereka keluar dari kampung halaman mereka dan berhijrah ke
Madinah mencari perlindungan.Mereka terpaksa berhijrah dari Mekkah ke Madinah
akibat reaksi negatif dan kemarahan besar penduduk-penduduk kota Mekkah terhadap
kegiatan menggembangkan agama Muhammad secara agresif.
Para pelarian ini juga rasa tidak senang hati dengan hakikat pergantungan
mereka kepada para Ansari bagi menyara hidup mereka (yaitu penduduk tempatan
Madinah yang menerima Islam).Nabi Islam telah sedar betapa tersinggungnya
pengikut-pengikutnya ini, dan dia telah berusaha merubah kesinggungan ini kepada
kesempatan untuk membalas dendam keatas mereka yang telah membawa kesusahan ini
kepada mereka-yakni para kafirun itu. Sekarang mereka mempunyai alasan yang
"sah" bagi menyerang, merompak dan merampas daripada musuh-musuh mereka
orang-orang kafir itu! Alasan ini membenarkan umat Islam untuk berjihad keatas
para kafir ini dengan sokongan dan pertolongan Allah disebalik mereka, ini
adalah satu perang suci keatas musuh Islam. Mereka harus berperang
bagi Allah dan Muhammad walaupun mereka tidak menyukai atau berminat buat
begitu!
"Diperlukan atas kamu untuk berperang, sedang berperang itu suatu yang kamu
benci; dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia LEBIH BAIK UNTUKMU.."
Surah 2 : 216
"Apabila kamu menemui orang-orang kafir di medan perang, maka pukullah
leher mereka; sehingga bila TELAH BANYAK KAMU MEMBUNUH
MEREKA, maka tawanlah mereka dan kukuhkanlah ikatan tawanan itu
...Orang yang terbunuh pada jalan Allah mempertahankan agamaNya, maka tiadalah
disia-siakan amalan mereka." Surah 47 : 4
Untuk menyerang, membunuh, menceroboh dan merampas daripada orang semata-mata
kerana mereka dianggap kafir dan tidak beriman dengan Muhammad telah kononnya
disarankan oleh Allah sebagai tanda ketaqwaan dan kepatuhan yang paling tinggi !
Seseorang itu boleh percaya dan beriman didalam Tuhan secara ikhlasnya - tetapi
beliau tetap seorang kafir DAN harus dijihadkan selain daripada dia
mengakui bahawa Muhammad adalah seorang Nabi. Jelaslah faktor pencadang dalam
hal runcing ini adalah Muhammad, dan bukan Allah!
Perintah mengarahkan 'rampasan suci' ini sangat efektif memerangsangkan
semangat penjihad-penjihad ini kerana mereka percaya rompakan dan rampasan
tersebut dilakukan demi nama Allah dan untuk menyenangkan hatiNya, bukan untuk
keuntungan mereka sendiri. Jadi, seorang asykar Allah haruslah
sekurang-kurangnya dua kali lebih berani dan 'garang' daripada asykar yang biasa
sahaja. Oleh itu, Nabi telah memperlihatkan kesukaan hati Allah :
"Sesungguhnya Allah mempertahankan mereka yang beriman. Sesungguhnya Allah
tiada mengasihi tiap-tiap orang khianat lagi kafir. Telah diizinkan
berperang kepada mereka yang diperangi, disebabkan mereka teraniaya.
Sesungguhnya Allah Mahakuasa menolong mereka itu-yaitu orang-orang yang diusir
dari negerinya tanpa kebenaran...sesungguhnya Allah menolong orang yang
menolongNya. Sungguh Allah Mahakuat lagi Mahakuasa." Surah 22 :
38-40.
Perhatikan janji Allah untuk menolong umat Muslim membalas dendam keatas
musuh-musuh mereka! Yang mengherankan disini ialah untuk berdendam adalah untuk
menolong Allah. Ini berbau sebagai suatu strategi yang ilahi, yang melandaskan
prinsip menceroboh, merompak dan membunuh mereka yang bukan-Islam sebagai satu
cara hidup, dan kita akan lihat bagaimana Peperangan di Badr adalah peristiwa
perang yang sulung berakibat daripada prinsip ini. Walau pun ia agak kecil, ia
telah menjadi satu peristiwa amat penting, dan ia telah mempengaruhi sejarah
manusia dengan besar. Justru, adalah menarik untuk kita mengetahui
rinciannya.
Usaha Muhammad untuk memperkembangkan Islam tidak ada banyak hasil sebelum
musim panas 621 T.M. Pada musim itu, telah datang duabelas lelaki dari Madinah
ke Mekkah untuk menunaikan hajj mereka. Mereka telah mendengar khotbah Muhammad
itu dan lepas itu memeluk agamanya yang baru. Mereka juga bertekad untuk
mengembangkan agama itu diantara penduduk Madinah. Pada tahun seterusnya 622
T.M., seramai 75 orang para hajji termasuk dua wanita datang dari Madinah dan
memeluk agama Muhammad itu. Mereka pun amat taksub dengan agama baru ini
sehingga mereka menjemput Muhammad pindah ke Madinah dan hidup bersama mereka
demi keselamatannya dan untuk mengelakkan kemarahan penduduk Makkah. Dia pun
menanyakan kepada mereka kalau mereka akan mempertahankannya seperti salah
seorang daripada kumpulan mereka sendiri. Mereka menjawabnya secara positif
tetapi dengan satu syarat : "Apakah ganjaran kami, jika kami alami kehilangan
atau meninggal dunia akibatnya ?" Nabi Muhammad menjawab : "Firdaus, sudah
tentu."
Pertemuan-pertemuan ini dikenali sebagai dua Perjanjian al-Alaqba telah
menggalakan Muhammad mempengaruhi pengikut-pengikutnya di Mekkah untuk berhijrah
ke kota Madinah sedikit demi sedikit. Apabila tujuh-puluh daripada mereka telah
berpindah ke sana, dia sendiri dengan senyap-senyap sempat melarikan diri ke
Madinah daripada angkara musuh-musuhnya di Makkah yang telah bersumpah untuk
membunuhnya sebelum dia dapat larikan diri. Dia telah sampai di sana pada
September 24, 622 T.M. Pelarian ini dipanggil Hijrah dan merupakan
permulaan sejarah Islam secara tradisional. Walau bagaimanapun, kepentingan
tarikh ini dipercayai berasal bukan daripada penghijrahan itu, tetapi, dalam
"kepercayaan terputusnya tali persaudaraan orang Muslim dengan saudara-saudara
mereka yang bukan Islam, dan kewujudannya satu kesatuan diantara semua umat
Islam, dimana saja mereka berasal".
Bagi memahami latarbelakangnya, harus disedari bahawa Muhammad adalah dari
puak Qureysh di Makkah tetapi orang-orang Madinah berdarah daging dengan
suku-suku dan kabilah yang lain. Dengan menjadi Muslim, mereka semua, termasuk
Muhammad telah bersatu dalam Islam dan sekaligus kehilangan perbedaan-perbedaan
kepuakan mereka.
Fahaman hijrah ini, seolah-olahnya merupakan sesuatu yang mulia di
permukaannya. Tetapi pekung-pekungnya didedahkan sesudah dikaji dengan lebih
mendalam. Sesudah Muhammad menjadi lebih kuat, beliau mengumumkan bahawa hak
untuk memerintah diatas mereka adalah di dalam tangan kaum
Qureysh-yaitu sukunya sendiri! Itulah sebabnya SEMUA Kalifah-kalifah Arab
di timur maupun di barat adalah daripada suku kaum Muhammad sendiri yaitu
Qureysh !
Para penghijrah dari Makkah itu mengambil masa selama lapan-belas bulan untuk
bermastautin di Madinah. Muhammad telah diberi sebidang tanah untuk membina
sebuah rumah. Setelah menguatkan kuasanya keatas kota itu, dia telah mula
berpoligami sesudah kematian isterinya yang pertama Khadijah (yang juga bekas
majikannya). Di keliling rumah beliau telah dibinakan beberapa rumah bagi
menampung isteri-isterinya dan gundik-gundiknya, yang berjumlah sembilan orang.
Pengikut-pengikutnya telah bertemu dalam rumah beliau dan juga untuk berdoa,
jadi ia telah dijadikan masjid Madinah.
Pengikut-pengikut Nabi Muhammad itu, yakni para penghijrah dan juga penduduk
Madinah, telah berharap mereka akan menerima ganjaran-ganjaran yang sewajar
kerana mereka telah memasuki agama Islam-"satu-satunya agama Allah yang
mulia..". Mereka berharapan untuk diredhai Allah setelah para kafirun telah
dikorbankan. Allah yang Maha-mengetahui itu telah makbulkan doa-doa orang-orang
ini dengan mewahyukan melalui Muhammad ajaran Jihad
- yaitu menceroboh dan membunuh para kafirun dan merampaskan kekayaan, harta
benda dan juga wanita-wanita mereka.
Sebenarnya ini bukanlah hal yang baru kerana orang Arab sudah lazimnya
merompak dan merampas daripada kafilah-kafilah pedagang-pedagang yang
berlalu-lalang di sana. Islam dengan kebijaksanaan pengasasnya-Muhammad, telah
mengambilalih amalan Arab ini dan menamakannya Jihad, yang kini
dilakukan untuk kemuliaan Allah. Dengan mengubah-suaikan tindakan menceroboh dan
merompak penduduk setempat ini kepada sesuatu yang diperkenankan Ilahi, langkah
ini telah memerangsangkan iltizam orang-orang Muslim yang telah baru masuk Islam
untuk melakukan jihad mereka dengan cukup taksub. Sebenarnya, penjihad-penjihad
ini bertindak seperti robot-robot yang taksub kepada kegiatan pencerobohan
mereka itu yang dikira sebagai satu sifat ketaqwaan mereka!
Umat Qureysh adalah satu komuniti pedagang-pedagang. Di musim luruh,
kafilah-kafilah dagangan mereka akan bertolak ke wilayah-wilayah Yaman dan
Habsyah dan pada musim bunga mereka akan ke Syam dan Parsi. Di antara
dagangan-dagangan meraka ialah kemenyan, batu-batu permata, besi dan juga hasil
kulit binatang. Kuli-kulit binatang itu merupakan satu bahan ekspot yang utama.
Syam dan Parsi merupakan pasaran-pasaran utama bagi bahan-bahan ini dan mereka
berharga amat mahal di wilayah-wilayah tersebut. Pedagang-pedagang Makkah
berniagakan barang-barangan, sutera dan barangan mewah yang lain di Gaza dan di
pasar-pasar yang lain. Menurut kemampuan orang-orang zaman silam itu,
kafilah-kafilah ini adalah amat besar kerana akan mengandungi sebanyak 2,000
ekor unta yang membawa kargo mereka yang bernilai sekurang-kurangnya 50,000
Dinar atau mithkal. Mithkal pula ada matawang Emas yang bernilai sama dengan
Aureus Bizantium. Yaitu lebih kurang 4 Ringgit. Empat-belas abad dahulu, nilai
dagangan 200,000 Ringgit bagi setiap kafilah bersamaan dengan berjuta-juta
ringgit pada hari ini.
Satu Ciri istimewa kafilah-kafilah ini ialah keseluruhan para penduduk Mekkah
terlibat membiayai kafilah-kafilah tersebut Orang kaya dan termasuk juga mereka
yang berpendapatan rendah.Kafilah-kafilah ini adalah hasil pelaburan sesebuah
perkampungan di Mekkah. Mereka juga seringkali diserang dan dirompak oleh
perompak-perompak jalanan. Itulah sebabnya mereka diiringi oleh 'asykar-asykar
pertahanan' dan saiz kumpulan askar-askar ini bergantung kepada nilai dagangan
kafilah-kafilah masing-masing.
Bila ajaran Jihad itu mula-mula diamalkan, para pedagang Mekkah amat takut
sekali. Mereka merisaukan risiko kepada perniagaan mereka dengan daerah di
utara, kerana mereka terpaksa melalui daerah itu sambil pergi dari Madinah ke
tepi pantai. Nabi Muhammad sendiri telah mengetuai Ghazawat itu yakni Razzia
(ekspidisi rompak) menyerang Kafilah-kafilah Makkah pada 623 TM.yang heran
adalah nabi inilah yang juga mensyariatkan hukuman potong tangan bagi perompak
dan pencuri! Ketiga-tiga percubaan razzianya telah gagal, akhirnya pada bulan
Januari 624 TM, Muhammad berjaya merompak dari sebuah kafilah yang kembali
daripada Yaman apabila kafilah itu berhenti singgah di Nakhlah, berdekatan
dengan Makkah.
Kegagalan razzia yang ketiga Nabi adalah sebenarnya sebahagian dari
peperangan Badr. Abu Sufian telah ketuai satu kafilah ke Syam pada Oktober 623
TM. Kafilah ini mengangkut banyak sekali barangan buatan Arab yang laris di
pasaran Syam. Nabi Muhammad meminta sukarelawan-sukarelawan mengikut bersama
dengannya dalam rompakan-rompakan ini. 200 orang lelaki telah sahut seruannya.
Dengan hanya 30 ekor unta, mereka masing-masing terpaksa menunggang unta-unta
itu bergilir-gilir.Rencananya ialah untuk menyerang kafilah di Osheira dalam
perjalannya ke Yenbo, tetapi bila penyamun-penyamun itu sampai ke tempat
sasaran, kafilah Abu Sufian itu sudah pun sempat berlalu dari situ.
Kargo-kargo tersebut amatlah penting kepada orang Muslim. Khabar terlepasnya
kafilah Abu Sufian itu tidak disenangi oleh Muhammad dan dia menjadi lebih tekad
untuk serang hendapnya semasa perjalanan balik mereka! Tetapi musuh-musuh Nabi
di Madinah telah mengetahui tentang tekadnya itu dan mereka memberi amaran
kepada kaum Abu Sufian di Makkah tentang bahaya itu.
Pada 12 Ramadan, hari Ahad, Muhammad telah melancarkan serangan hendapnya
terhadap kafilah itu apabila dia menyedari betapa besar ganjaran di dalamnya.
Kaum Muslimin di Madinah kurang sabar mahu merampas sebanyak rampasan yang boleh
daripada kafilah itu, sehingga kaum bukan-Muslim pun telah mengingininya.
Beberapa di antara mereka telah memberitahu Nabi hasrat mereka untuk menceburi
dalam razzia (serang-hendap) ini, tetapi mereka adalah para Kafirun. Muhammad
menjawab Razzia ini hanya untuk orang Islam sahaja dan para kafirun tidak
dibenarkan melibatkan diri. Jadi, satu-satunya cara untuk orang-orang kafir itu
merompak bersama-sama Nabi Muhammad itu ialah : Masuk Islam! Para kafirun itu
cepat-cepat mengucap "Muhammadar'rasullullah" yaitu 'Muhammad itu
rasul Allah' dan barulah mereka diterima masuk rombongan rompakan rasullullah
itu.
Setelah ambilkira semua penambahan itu, rombongan Razzia Muhammad itu
berjumlah sebanyak 315 lelaki; lapan puluh dari mereka pelarian daripada Mekkah
(bersama-sama Nabi), dan dari bakinya, sesuku daripada suku kaum Aus, dan
selainnya daripada kaum Khazraj. Binatang mereka hanya dua ekor kuda dan
tiga-puluh ekor unta, jadi mereka terpaksa menanggung binatang-binatang itu
bergilir-gilir untuk mengatasi keletihan mereka! Dari segi keasykaran, ini tidak
bolehlah dianggap sekumpulan asykar. Tetapi kehebatan berperang mereka telah
berpunca daripada semangat ketaksuban dalam iman mereka. Suatu iman yang
kononnya berunsur keadilan moral dan ketaqwaan, berdasarkan kepada jihad, yang
tidak mengutuk menyerang, merompak, merogol dan menghancurkan harta benda mereka
yang tidak percayakan Islam, tetapi sanggup melakukan semua itu bagi memperoleh
kononnya nikmat-nikmat syurgawi ! Ketaksuban inilah yang menghapuskan fikiran
kekalahan mereka, semua kesedaran dosa dan pencerobohan dan sebaliknya telah
memerangsangkan mereka menjadi hulubalang dan pahlawan bagi Allah yang tak
terbanding untuk mencari, merompak dan mencuri harta-harta kafilah itu yang
sebenarnya hak pemilik-pemilik mereka!
Muhammad dan rombongannya, apabila sampai ke Al-Ruha telah menerima berita
askar-askar Qureysh sedang bergerak maju menentangnya. Dia memanggil
timbalan-timbalannya bermesyuarat perang bagi menangkis orang Qureysh itu. Walau
pun Muhammad seorang dari Mekkah, sebagai orang Muslim dia tidak menghiraukan
pertalian darahnya dengan musuh-musuhnya yang juga dari Mekkah.
Tetapi pengikut-pengikutnya dari Madinah telah menyanjungnya tinggi sehingga
wakil mereka Sa'ad bin Muadh telah berkata "Nabi Allah! Majulah ke mana
engkau ingini, berkemahlah dimana-mana saja, berperanglah atau berdamailah
dengan sesiapa engkau rela. Kami janji, demi Allah yang mengutusmu, walaupun
engkau berarak sehingga unta-unta kami rebah mati, kami akan bersama-sama engkau
ke hujung Bumi, tiada seorang pun yang berkecuali.."
Apabila mesyuarat tersebut hampir tammat, Nabi Muhammad yang menggelarkan
dirinya sebagai 'Rahmat'ullah kepada Manusia" telah memohon sumpah Allah menimpa
para kafirun itu! Dia telah berdoa,
" Ya Tuhan, Janganlah membiarkan Abu Jahal, Firaun umatnya melarikan diri.
Jangan benarkan Zama'a larikan diri; tetapi biarlah mata ayahandanya
menjadi sakit dan buta kerana meratapinya..!"
Sumpah Nabi ini diucapkan dengan satu matlamat psikoloji. Walaupun rombongan
Nabi itu adalah kecil berbanding dengan musuh-musuh kafir mereka. Tetapi
mendengari sumpah Nabi ini telah mendorongkan pengikut-pengikutnya yakin mereka
sudah menerima kuasa untuk menjatuhkan para kafirun itu!
Sebelum kedua kumpulan musuh itu bertembung, dengarlah doa Nabi Muhammad itu
kepada Allahnya sebagai rangsangan terakhir bagi pengikut-pengikutnya :
"Ya Allah, capailah untuk aku apa yang Engkau telah menjanjikan aku ! Ya
Allah, bawalah apa yang Engkau telah janjikan dulu, Ya Allah! Jika kumpulan
Muslim yang kecil ini terhapus, Engkau tidak akan disembah di Bumi
ini."
Sahih Muslim Jilid 3, 4360.
Para sejarawan mungkin hairan mendengar seorang manusia menyatakan kepada
Penciptanya apa akibatnya jikalau Pencipta itu tidak mendengar akan
arahan-arahannya. Akhirnya, yang Mahakuasa menyetujui dengan seruan manusia itu
oleh sebab Dia takut akan kehilangan atau kekurangan penyembah-penyembahNya!
Sebaliknya, pengikut-pengikut Nabi pula tidak hiraukan isu-isu itu semua kerana
mereka yakin Allah sentiasa mendengari arahan-arahan Nabi Muhammad dan oleh itu
peperangan mereka akan semestinya berakhir dengan kemenangan besar bagi
mereka.
Dengan itu, pada hari peperangan Badr itu, jatuh pada 17 Ramadan 623 TM
(bersamaan 2 AH). Pada hari itu angin kuat telah bertiup dengan kencangnya. Bila
tiupan angin kencang yang pertama telah menderas lembah, Muhammad mengatakan
pada pengikutnya itulah malaikat Jibril yang datang membawa sebanyak 1,000
malaikat lain untuk menolong mereka. Dua tiupan angin yang kuat seterusnya
diandaikan Nabi sebagai ketibaan malaikat-malaikat Mikail dan Israphil yang
masing-masing membawa 1,000 malaikat lain untuk berperang di sisi orang Muslim!
Tidak seorang pun yang berhenti seketika untuk merenungkan persoalan
kenapakah malaikat-malaikat ini hanya dapat dilihat oleh Muhammad sahaja tetapi
tidak kepada mata pahlawan-pahlawan yang lain ? Juga, malaikat tersebut
sesungguhnya adalah makhluk-makhluk yang amat lemah, kerana seramai 3,000
malaikat diperlukan berlawan dengan hanya 1,000 manusia dari Mekkah! Al-Quran
juga telah bersaksi kepada peristiwa ini :
"Sesungguhnya Allah telah menolongmu ketika peperangan di Badar, sedangkan
kamu lemah; maka takutlah kamu kepada Allah mudah-mudahan kamu berterima
kasih. Ketika kamu berkata kepada orang-orang beriman dalam perang : 'Tidakkah
mencukupi bagimu, bahawa Tuhanmu menolongmu dengan tiga ribu malaikat yang
diturunkan ? Ya, jika kamu sabar dan taqwa dan datang orang-orang Kafir itu
segera kepadamu, Tuhanmu menolongmu dengan lima ribu malaikat yang mempunyai
tanda."
Surah 3 : 123-125
Dari segi moden, rampasan perang daripada Perang Badar ini agak remeh, tetapi
pada zaman itu rampasan itu telah main peranan yang besar sekali membena empayar
Arab. Rampasan itu berhasil "dengan 115 ekor unta, 14 ekor kuda, koleksi
baju-baju dan permaidani-permaidani yang amat besar, barangan kulit binatang,
alat-peralatan dan juga baju peperangan." Pedang Abu Jahal yang terkenal itu
("Zulfikr") telah diserahkan kepada Muhammad pula.
Contoh-Contoh Lain dan Kesimpulannya
Perang Badar ini sesungguhnya telah diperangkan dalam nama
Jihad. Ini bererti untuk : membina satu Empayar Arab dengan
menafikan umat bukan-Islam hak-hak asasi mereka, kecuali, hak untuk
diperhambakan dan dipergunakan oleh tuan-tuan Arab mereka. Pengabdian ini
bukanlah buat sementara saja, tetapi untuk selama-lamanya oleh kerana satu
matlamat Jihad adalah penghinaan orang bukan Islam untuk selama-lamanya melalui
satu sistem penaklukan dan pembayaran 'ufti' untuk selama-lamanya. Bila kita
mengkaji ajaran Jihad ini lebih mendalam, jelaslah bahwa ia bercabang jauh
kepada penduduk yang bukan-Islam juga. Mereka kena masuk agama Islam secara
dipaksa dan oleh senjata perang penakluk mereka. Penganut-penganut begini
dikecualikan daripada membayar cukai 'Jizayah' atau pun cukai
kepala.Walau bagaimanapun, mereka ini dianggap sebagai rakyat kelas kedua , dan
demi itu, mereka boleh dieksploitasikan / dipergunakan untuk keuntungan ekonomi
dan juga boleh ditindas dari segi kepercayaan dan akidah mereka!
Perhatikanlah kata-kata nabi Muhammad dari Hadis sahih yang dipetik daripada
'Empat-Puluh Hadis An-Nawawi' ini :
"Dari lapuran Ibn Umar - tentang pernyataan Rasulullah(saw) yaitu :
'Saya telah diperintahkan Allah untuk BERPERANG keatas seluruh umat
Manusia sehingga mereka akui tiada Tuhan melainkan Allah, dan Muhammad
adalah rasul-Nya, jika mereka lakukan demikian, saya tidak akan membunuh
mereka dan tidak akan merampas harta-benda mereka...'.
Kedua-dua
al-Bukhari dan Muslim melapurkan ini."
Matn al-Arba`in an-Nawawiya fi'l-Ahadith as-sahiha an-nabawiya,
Kaherah, 1350 Hijrah. Yahya b.Sharaf ad-Din an-Nawawi.
Jika pembaca kurang senangi dan kurang percayai Hadith-hadith sahih tersebut,
rujuklah kepada nas al-Quran sendiri, kepada ayat terkenal itu yang digelarkan
ulamak-ulamak Islam sebagai Ayat Pedang, di bawah ini :
"Maka apabila telah habis bulan suci, hendaklah kamu PERANGI dan
MEMBUNUH orang-orang musyrik di mana kamu jumpai dan hendaklah ambil mereka
itu menjadi tawanan dan kepunglah mereka dan serang-hendaplah mereka, pada
tiap-tiap jalan yang dilaluinya."
Surah 9 : 5
Surah ini telah diterima oleh Muhammad dalam 631 TM yakni setahun sebelum
kematian Muhammad itu. Jadi, ia adalah satu ayat yang lebih 'terkini' daripada
ayat seperti Surah 2/256 yang suka disebut-sebutkan para pendakwah Islam
kononnya 'tidak ada paksaan dalam Islam...'. Sebaliknya, amat jelas dan ketara
Ayat Pedang di atas yang sebenarnya menjadi amalan serta
dukungan Muhammad dan bakal-bakal Khalifahnya yang telah memperkembangkan
wilayah-wilayah Islam itu dengan Pedang-pedang mereka yang zalim lagi
berdarah.
Jadi, sudah terbuktilah bahawa unsur-unsur keganasan, kezaliman dan jihad
yang tidak berhati perut itu sesungguhnya berakar-umbi dengan mendalamnya pada
sejarah Islam dan pemimpin-pemimpinnya. Kita telah melihat kata-kata
Muhammad pengasas agama Islam sendiri, dan juga Tuhannya Allah yang menganjurkan
tindakan-tindakan Jihad yang ganas dan zalim itu.
Sekarang, marilah kita melihat bagaimana kezaliman, kedengkian balas-dendam dan pencerobohan hak asasi pula adalah sifat-sifat lazim nabi Muhammad itu; dengan memetik daripada sumber sah seperti Sirat Rasulullah oleh tokoh-tokoh Ibn Ishaq dan Ibn Hisham.
a) Pembunuhan Abu Afak
Abu Afak adalah seorang dari Bani Amir bin Auf dari Bani Ubayda. Dia kurang senang dengan pembunuhan al-harith bin Suwayd bin Samit oleh Rasul Islam itu. Dia telah gubah sepatah pantun untuk meluahkan perasaan beliau tentang pembunuhan sahabatnya itu :
'Seorang penunggang telah datangi (Bani ini) dan memecah-belahkannya kepada dua, Berkata:
'Dibenarkan, 'Ditegah!' Dan macam-macam lagi.
Jikalau semua orang meyakini kemuliaan atau kerajaan,
Mereka Semua akan mengikuti "Tubba" sahaja'
Setelah mendengar Syair ini, Rasul Allah telah bersungut, 'Siapakah akan MENGHAPUSKAN si Pengacau ini untuk saya ?' Maka Salim bin Umayr, saudara kepada Bani Amir bin Auf telah pergi dan MEMBUNUH orang tua itu! Dia telah bunuh orang tua, Abu Afak itu dalam tidurnya pada larut malam.
Sirat Rasullullah,995, oleh Ibn Ishaq, dengan Nota-nota oleh Ibn Hisham. 1987. Oxford Unversity Press, Karachi, Oxford, New York, Delhi
b) Pembunuhan Asmah Binti Marwan
Asmah Binti Marwan berasal dari bani Umaya B.Zayd. Apabila Abu Afak telah dibunuh, Asmah tidak senang hati dengan Islam serta pengikut-pengikutnya dan beliau telah menuduh mereka seperti berikut :
'Saya menghina Ibn Malik dan al-Nabit
Serta 'Auf dan Ibn al-Khazraj.
Engkau patuhi orang asing dan bukan dari antara kamu sendiri
Seorang yang bukan dari Murad atau pun Madhhij.
Apakah baiknya yang akibat dari pembunuhan ketua-ketuamu ?
Sama seperti orang yang lapar akan bubur masakanmu?
Tidakkah di antaramu penjaga-penjaga maruah
Yang boleh serang hendapnya,
Serta memadamkan harapan-harapan orang sepertinya ?'
Bila nabi Muhammad telah mendengar kata-kata Asmah itu, dia berkata : 'Siapakah yang akan HAPUSKAN Binti Marwan ini untuk saya ?' Oleh itu, Umayr bin Adiy al-Khatmi yang telah mendengari soalan itu, pada waktu malam yang sama, pergi ke rumah Asmah binti Marwan dan membunuhnya dengan kejam!
Pada keesokannya, dia pergi ke Muhammad dan memberitahukannya tentang pembunuhan itu dan telah menerima galakan daripada Muhammad yang berkata :'Engkau telah menolong Allah dan rasul-Nya, ya Umayr!' Apabila Umayr bertanya jika dia akan terima apa-apa akibat padah daripada pembunuhan Asmah itu, Muhammad menjawab :'Kambing-kambing pun tidak akan menghiraukan tentangnya itu..'
Sirat Rasullullah,996, oleh Ibn Ishaq, dengan Nota-nota oleh Ibn Hisham. 1987. Oxford Unversity Press, Karachi, Oxford, New York, Delhi
Adakah tindakan-tindakan seperti di atas itu secocok dengan "Rahmatullah kepada Dunia"? Yang digelarkan kepada Muhammad itu ?? APAkah ancaman yang ditakuti Muhammad dari SEORANG TUA seperti Abu Afak atau pun Asmah binti Marwan?? Adakah mereka memegang pedang mengancam nabi Islam itu?? Mereka tidak mampu menggunakan SENJATA APA-APA Pun!! Hanya kata-kata mereka yang menolak kepimpinan Muhammad itu yang membuatnya begitu dengki sekali sehingga menginginkan balasan dendam dan penghapusan mereka! Ini jelaslah sifat-sifat seorang yang sudah sakit dengan mabuk kuasa, yang bertindak sedemikian rupa!
Muhammad jugalah terbukti sebagai seorang yang tidak berhati perut atau belas kasihan. Dalam kata-katanya diatas dia telah menyindir sehingga kambing-kambing pun tidak akan mengindahkan kematian Asmah b.Marwan. Apakah ITU merupakan 'contoh agung' yang harus diikuti dan diteladani semua orang !!! JAUH SEKALI !! Sebaliknya, ia adalah contoh yang amat BURUK Sekali !
Ini bukanlah satu usaha para orientalis dan sebagainya untuk memburukkan atau memperolok nama Muhammad itu. Ia bukan azam orang-orang yang membenci Islam untuk mengejikan nama agama tersebut, tetapi sebaliknya, ini merupakan pendedahan peribadi dan sifat-sifat nabi Muhammad yang sebenar seperti terkandung di dalam sumber-sumber SAH Islam sendiri. Pembaca boleh merujuk kepada sumber-sumber tersebut dan mengkajinya untuk diri sendiri!
Jadi, demikianlah akibatnya bila mana jihad diamalkan keatas mana-mana kumpulan
manusia! Pengasasnya Muhammad telah giat mengamalkannya dengan ZALIMNYA dari permulaan sejarah
Islam, keempat-empat Khalifah beliau juga tidak segan mengamalkannya dengan begitu
ketara - terutamanya untuk perkembangkan sempadan wilayah-wilayah Islam di zaman
mereka. Sejarah Islam berikutnya tidak kurang dengan contoh-contoh Jihad
sebagai cara mengembangkan agama Islam, sehingga perkembangan mereka disekatkan
oleh Raja Charles di Peperangan Tours, Eropah. Walau bagaimanapun, jelaslah
sehingga hari INI jihad tidaklah ditinggalkan penganut-penganut Islam,
oleh sebab mereka hanya meneladani contoh jelas pengasas agama mereka, Muhammad.
Indeks Utama
Answering Islam Main Site (English)