|
9
|
Muhammad telah mengajar bahawa AlKitab pada awalnya adalah
sesungguhnya benar, tetapi kononnya telah dicemari oleh umat Yahudi dan
Kristian dan kini ‘mengandungi kesilapan’. Ini pula telah diperbaiki oleh
ajaran-ajaran Quran.
|
Joseph Smith mengajar bahawa Al-Kitab adalah firman Tuhan sejauh mana
ia telah ‘diterjemahkan secara betul’.
Menurut Smith, kononnya AlKitab ada kesilapan yang dia telah cuba
‘membetulkan’ dalam karya Inspired
Versionnya, diantara
yang lain.
|
|
10
|
Wahyu-wahyu kepada Muhammad telah “memansuhkan” segala
‘wahyu-wahyu’ yang telah datang dahulunya daripada Allah.
|
Wahyu-wahyu kepada Smith juga telah “memansuhkan” segala
wahyu-wahyu lain yang telah turun.
|
|
11
|
Muhammad mengamalkan poligami.
|
Joseph Smith telah menerima wahyu yang membenarkannya untuk juga
mengamalkan poligami. (contoh, lihat D & C 132). Berpoligami telah
diamalkan olehnya secara rahsia se awal tahun 1830.4
|
|
12
|
Muhammad telah amat berminat dalam isteri yang sangat muda
umurnya. Beberapa antara isterinya hanya remaja muda tatkala dinikahkan
dengan beliau. Seorang isteri telah ditunangkan kepadanya semasa umurnya
hanya enam tahun! 5
|
Smith juga mempunyai ramai isteri yang muda belaka. Beberapa antara mereka hanya budak perempuan
remaja.6
|
|
13
|
Islam dan al-Quran mengajar teori ‘Mansukh wa’l nasikh’, yakni
Allah seolah-olah telah berubah-ubah fikirannya dan juga wahyuNya. Dari itu, wahyu
Tuhan tidaklah tetap ataupun statik, tetapi sentiasa berubah-ubah dan
silih ganti-berganti, termasuk kandungan nas al-Quran sendiri, Surah 2/206
& surah 16/101.
|
Joseph Smith telah berubah-ubah ajarannya banyak kali, contohnya, tentang berpoligami. Wahyunya sentiasa berubah-ubah, sesuai
dengan keadaan semasa dan situasi sekeliling beliau dan untuk memenuhi
keperluan semasa beliau. Contohnya, Manifesto 1890 darihal
berpoligami, serta Wahyu tahun 1978 tentang saudara kulit hitam
dan keimaman.
|
|
14
|
Muhammad telah tuntut bahawa al-Quran adalah firman Tuhan yang tidak
bercacat dan murni; diimlakkan secara langsung kepadanya. Tetapi pada
mula-mulanya, terdapat beberapa versi koleksi al-Quran yang berbeda-beda,
dan memerlukan proses revisi dan penyelarasan oleh sebuah komiti sebelum
sebuah nashkah yang ‘sahih’ dapat dihasilkan untuk diguna pakai.7
|
Smith juga telah menuntut bahawa Book of Mormon adalah firman Tuhan yang
tidak bercacat dan suci-murni; diimlakkan secara langsung kepadanya.
Walau bagaimanapun, sebanyak 4000 revisi telah diadakan
sejak cetakan pertamanya pada tahun 1830 sehingga edisi “the Book of
Mormon” hari ini.8
|
|
15
|
Muhammad seringkali menerima ‘wahyu’ secara langsung mengenai
sahabat-sahabat dan juga tentang musuh-musuhnya. Wahyu-wahyu ini
diturunkan khususnya untuk memenuhi keperluan-keperluan peribadinya, contohnya
Surah 66 and 111.
|
Smith seringkali menerima ‘wahyu’ secara langsung mengenai sahabat-sahabat
dan juga tentang musuh-musuhnya. Wahyu-wahyu ini juga diturunkan khususnya
untuk memenuhi keperluan-keperluan peribadinya, contohnya D & C 3, 47,
dan 64 ayat 15-32.
|
|
16
|
Muhammad kurang mempedulikan keadaan dan keperluan wanita yang sebenar – dan ini terbukti dalam bagaimana Islam tangani
status wanita hari ini. Dalam Hadith, Islam mengajar bahawa kelayakan
seorang wanita memasuki Syurga bergantung kepada pelayanannya terhadap
suaminya.9
|
Smith juga kurang memperdulikan keadaan dan keperluan wanita yang sebenar – dan ini terbukti dalam Gereja LDS hari ini.
Ajaran LDS mengajar bahawa seorang wanita akan diperkenankan di Syurga
hanya jika dia terikat kepada suaminya yang beragama Mormon. Pemimpin LDS
awalan mengajar kaum wanita hanya boleh ‘dibangkitkan ke syurga’, melalui
suami-suami LDS mereka.10
|
|
17
|
Walaupun Muhammad hanya bergelar ‘Nabi’, namun beliau dipermuliakan,
dikagumi dan disalawat sebagai suatu junjungan amat tinggi.
|
Walaupun Joseph Smith hanya bergelar ‘Nabi’, namun beliau dipermuliakan,
dikagumi dan disanjung sangat tinggi sebagai satu junjungan yang agung.
|
|
18
|
Muhammad disanjung sangat tinggi sebagai Nabi dan Rasul Allah. Untuk
mencurigai Muhammad atau berkata-kata menentangnya adalah dosa besar,
yang wajar mendatangi hukuman bunuh. Lihatlah sahaja peristiwa Fatwa
menghalalkan pembunuhan ke atas Salman Rushdie dan karyanya The Satanic Verses.
|
Smith disanjung sangat tinggi sebagai Nabi dan Rasul Tuhan. Beliau dikagumi
dan dipermuliakan seperti dewata. Semasa zaman Kerajaan Deseret,
sesiapa yang berkata-kata menentang Nabi Smith mengundang hukuman bunuh!
Contohnya, peristiwa Pembunuhan Beramai-ramai di Mountain Meadows.
|
|
19
|
Muhammad dikira ‘rasul teragung Allah’. Dia jauh lebih besar daripada Nabi-nabi lain
dari Allah. Saidina Isa Al-Masih, walaupun Baginda seorang Nabi dan Rasul
Allah juga, sebenarnya dikira ‘lebih rendah’ daripada Muhammad!
|
Joseph Smith juga dikira sebagai Rasul Teragung seluruh sejarah. Walau pun Saidina Isa diperakui ‘lebih tinggi’
daripada Smith secara zahir, sebenarnya Joseph Smithlah yang jauh lebih
utama dan central dalam keimanan Mormon/LDS, jauh lebih penting
daripada Saidina Isa.11
Pemimpin LDS awalan telah mengajar bahawa Smith berperanan sebagai
‘Penentu’ pada Hari Perhitungan.12
|
|
20
|
Kalimat perakuan Islam disebut
sebagai Kalimat Syahadat. Ini mengaku bahawa “Aku bersaksi
bahawa tidak ada Tuhan selain daripada Allah, dan Muhammad adalah
Rasul-Nya.” Kepercayaan Islam yang mendasar sesungguhnya menumpukan
kepercayaan amat besar dalam nabi Islam, Muhammad.
|
Kalimat perakuan LDS ialah melalui Syahadat
Mormonisme. Ini harus diperakui oleh setiap penganut LDS. Syahadat
Mormonisme yang mendasar mengakui bahawa Kitab Mormon adalah Firman Tuhan,
dan Joseph Smith adalah Rasul Tuhan. Kepercayaan mendasar Mormonisme
bertumpukan dan berpusat kepada Smith.
|
|
21
|
Al-Quran menggambarkan Taman Firdaus sebagai tempat di mana lelaki Islam yang
beriman dan perwira-perwira Islam terutamanya, akan menikmati kepuasan nafs
mereka melalui layanan para houri
di sana. Surah ar-Rahman 55/70 – 74.
|
Teologi serta akidah LDS mengajar
bahawa di Syurga para lelaki Mormon yang beriman akan juga menikmati
kepuasan nafs mereka melalui layanan para “isteri-isteri rohaniah”
mereka yang berada di alam syurgawi.
|
|
22
|
Muhammad telah mencuba mengubahsuai hakikat peristiwa-peristiwa bersejarah
agama samawi. Contohnya, dia
menyatakan bahawa Nabi Ibrahim telah mencuba menyembelihkan anaknya bagi
Allah di tanah Arab, bukan di tanah Kanaan.
|
Joseph Smith juga telah mencuba mengubahsuai hakikat peristiwa-peristiwa
bersejarah agama purbakala.
Contohnya, dia menyatakan bahawa Taman Firdaus yang asli, adalah di Missouri,
dan bukan di timur tengah.
|
|
23
|
Muhammad telah mendirikan beberapa ‘kota suci’ yang baru, yakni Madinat an-nabi, dan juga Makkah
– yang LEBIH penting daripada Kota Suci Baitulmaquddis.
|
Smith juga telah mengasaskan kota suci yang baru — Independence di Missouri di atas
Jerusalem (Baitulmaquddis). Di situlah kononnya akan didirikan Kota Baru Baitulmaquddis.
|
|
24
|
Muhammad telah membidaatkan dan merevisikan sejarah dan silsilah
ajaran samawi yang munasabah.
Islam telah mengajar bahawa kononnya Ismail adalah ‘anak perjanjian’ Tuhan
kepada Nabi Ibrahim. Dan juga kononnya umat Arablah ‘pewaris-pewaris’
janji-janji Allah tentang tanah suci. Semua umat di luar Darul Islam
adalah kononnya berada di wilayah Darul Harb dan demi itu, mereka
boleh diperangi.
|
Smith juga telah membidaatkan dan merevisikan sejarah dan silsilah ajaran
samawi yang munasabah. LDS
mengajar bahawa umat Mormon adalah sebenarnya ‘umat Israel’ dan harus mewarisi semua janji-janji Tuhan kepada
Ibrahim.13 Semua umat
non-LDS adalah dikira sebagai “Gentiles” yakni “mereka yang
dikutuki Allah.”
|
|
25
|
Muhammad seorang pahlawan perang.
Dia telah mengetuai rombongan-rombongan perang dalam usaha Razzia,
yaitu rusuhan-rusuhan perompakan yang merompak dan mencuri dari
kabilah-kabilah pedagang di situ. Selain dari itu, beliau juga memimpin
rombongan tenteranya dalam usaha perangnya menguasai seluruh tanah Arab.
|
Joseph Smith seorang yang dikira perwira dan pejuang perang. Dia telah mendirikan kumpulan-kumpulan tentera
perang Mormon Khemah Zion, dan juga kumpulan tentara Legion
Nauvoo. Dia juga dianugerahi
pangkat seorang Leftenan Jenderal militia Mormon itu.
|
|
26
|
Muhammad memiliki cita-cita besar politik disamping kerohanian.
Dia telah menguasai hampir seluruh tanah Arab sebagai pemerintahnya,
setelah beliau memasuki Mekah dari Madinah. Hari ini juga, Islam adalah satu
sistem politik selain daripada sistem keagamaan.
|
Joseph Smith juga memiliki cita-cita besar politik disamping
matlamat keagamaan. Di Nauvoo, dia mendirikan suatu badan proto-Kerajaan
yang digelar ‘the Council of 50’ (“Majlis 50”), yang telah mengelarkannya
“Pemerintah atas Bumi”. Dia telah juga bersaing untuk menjadi Presiden
Amerika Syarikat! Hari ini juga,
Gereja LDS amat terlibat dalam dunia politik.
|
|
27
|
Rasul Allah Islam menggalakkan kekerasan dan juga keganasan - Surah 9/5 &
29. Balasan dendam terhadap
musuh-musuhnya seringkali dilakukan.14 Di antara pengikut Muhammad terdapat kader
para sukarelawan yang sanggup menghapuskan musuh-musuhnya dengan
sukarela.15 Seperti
mana tercatat dalam Sirat Rasul Allah, Muhammad Ibn Ishaq, hal.995-996.
|
Nabi Smith juga menggalakkan kekerasan dan keganasan. Balas
dendam terhadap musuh-musuhnya seringkali dilakukan. Di antara pengikut
Joseph Smith terdapat kader para sukarelawan yang sanggup menghapuskan
musuh-musuhnya dengan sukarela—mereka ini digelar ahli “Danites”
atau “Malaikat-malaikat Balas Dendam.”
|
|
28
|
Terdapat amalan keberhalaan yang terpendam dalam Islam. Pada asalnya,
Batu Hitam dan Ka’abah di Mekah itu merupakan Kuil Berhala yang berisi
penuh dengan lebih daripada 360 patung berhala dewa-dewi umat Arab yang
menyembahkan patung-patung itu. Hari ini, jutaan umat Islam, setiap hari,
bersujud kepada Ka’abah dan batu hitam yang sama itu! Muhammad sendiri
telah perintahkan pengikut Islam untuk bersujud menghala ke Ka’abah, walaupun
ia masih lagi penuh berisi dengan patung-patung berhala dewa-dewi orang
Arab; Surah 2/149-150 & 142.
|
Joseph Smith juga sangat dipengaruhi oleh unsur-unsur paganisme dan
keberhalaan kuno.16 Beliau seringkali bernujum dan mencuba
menilik ramalan. Dia telah banyak menggunakan ‘Batu-batu intai’nya untuk
mencari harta karun. Agamanya ada juga mengandungi sifat-sifat
politheisma. Ajaran Mormon
mempunyai ciri-ciri astrologi (ilmu nujum), Freemasons
dan juga pyramidology.17
|
|
29
|
Selepas kewafatan Nabi, pengikut-pengikut Muhammad telah bertelagah dan
berpecah-belah atas persoalan politik dan kuasa. Majoriti besar
daripada mereka telah angkat pengganti Nabi Muhammad sebagai Khalifah (Ketua)
mereka. Kelompok lain pula, yaitu pecahan Imam Ali, hanya mengakui
sahnya kepimpinan seorang daripada ahli keluarga Muhammad sahaja. Jadi,
lahirlah perpecahan di antara ahli-ahli Sunnah (wa’l Jamaah) dan
ahli-ahli Shia dalam agama Islam.
|
Selepas kewafatan Nabi mereka, pengikut-pengikut Joseph Smith telah juga
bertelagah dan berpecah-belah atas persoalan politik dan kuasa.
Majoriti besar daripada mereka telah angkat seorang daripada pengganti Joseph
Smith sebagai Rasul (Apostle) bagi mengetuai mereka (yakni Brigham Young).
Kelompok lain pula hanya mengakui sahnya kepimpinan seorang daripada ahli
keluarga J.Smith sahaja. Jadi, lahirlah perpecahan di antara ahli The LDS
Church of Utah dan The Reorganized LDS Church
(sekarang digelar The Community of Christ).
|