'Haruskah atau tidak saya membaca Kitab Suci Injil? Ini adalah satu soalan yang bukan hanya ditanya oleh Yusuf tetapi oleh ramai orang Muslim dari berbagai budaya, bahasa, pengakuan dan umur. Jadi, jika anda juga sedang bergumul dengan soalan yang sama ini, cadangan-cadangan berikut boleh membantu anda mencari penyeselesaiannya.
"Saya seringkali mendapati diri saya terperangkap di antara dua pandangan yang bertentangan mengenai Injil.." kata Yusuf sekali lagi :
Yang pertama adalah kesaksian al-Quran tentang KS Injil, yang mengajar umat Islam bahawa Injil itu adalah satu Wahyu daripada Allah - Surah 3/65 dan 5/69 & 71, juga satu pembimbing kepada Manusia, penerang dan satu pengesahan kepada Kitab Taurat - Surah 3/3 dan 5/47.
Kedua, adalah hemat pendapat sekumpulan Ulamak saja - yang menegah pembacaan Kitab Suci Injil dan pada masa yang sama untuk mengkritiknya. Mereka luahkan hemat mereka bahawa kononnya 'KS Injil sudah dicemari, di ubah dan mengandungi cerita tidak bermoral dan kononnya al-Quran telah "memansuhkan utusannya".'
Sebelum mulakan perjalanan untuk membuktikan apakah hujah atas ini benar atau tidak, telitilah lima perkara berikut dengan berhati-hati…
Apakah Itu INJIL ?
Perkataan asal Yunani untuk Injil adalah Euanggelion, yang bermaksud khabar atau berita yang baik.
Euanggelion biasanya dipakai untuk mengumumkan satu kejayaan atau satu peristiwa istimewa dan penting dalam ertikata budaya Yunani.
Begitu juga dengan kelahiran Isa al-Masih sebagai Penyelamat (nama Ibrani baginda Yashu = Penyelamat, yang Membawa Keselamatan), telah diberitakan lebih awal oleh Malaikat sebagai satu Khabar Baik (Eunggelion) dari Allah, dalam Lukas 2 : 10-11.
Yesus yakni Isa al-Masih itu adalah kedua-duanya sekali - Berita Baik Allah kepada Manusia, dan pembawa Khabar yang mengisytiharkan Berita Baik Allah - seperti dipaparkan dalam Markus 1 : 15.
Oleh kerana itu, Euanggelion ialah satu 'istilah teknikal' yang dipakai untuk merujuk kepada koleksi dua puluh tujuh buku yang menghasilkan Injil. Penyataan asli yang dipakai untuk Injil ialah 'Perjanjian Baru.'
Perkataan 'Perjanjian' harus difahami sebagai suatu Perjanjian yang dibuat di antara dan yang mengikati dua belah Pihak.
Lihatlah nas-nas Al-Kitab yang berikut :
Yeremia 31:31,
Lukas 22 : 20,
2 Korintus 3:6,
Ibrani 8:8, 13; 9:15 & 12:24.
Perjanjian Baru adalah pengesahan Taurat Allah yang telah diberi kepada Nabi Musa, yaitu yang merupakan titik tengah Perjanjian lama.
Apakah INJIL kononnya telah "dicemari" ?